40. Sebuah Penjelasan

2.5K 56 8
                                    

"Bangun! Bangun!" Mata yang kepedihan kupaksa buka. Aku rupanya diikat kemas di sebuah kerusi besi, dalam sebuah bilik kelam yang hapak namun dingin mencengkam hingga ke tulang.

Hanya separuh kelopak mataku beri kerjasama. Cukup kabur pandanganku namun cukup jelas untuk aku intepret siapakah di depanku itu. Hatiku rasa sakit yang terlalu sakit.

"Ca... Carl." Terketar - ketar nama lelaki itu aku sebut. Aku tahu, itu adalah Carl. Yang berdiri di depanku itu adalah si bedebah Carl.

Brrrrrrrrrr!

Kepalaku terngeleng ke kiri dan kanan, bagi mengalirkan air dingin yang dicurah ke kepala. Serentak itu rasa dingin makin mencucuk tubuh.

"Sekejap lagi aku bagi kau jumpa mastermind di sebalik semua ni. Kau relax dulu. Lepas ni game akan jadi lebih menarik." Carl senyum sinis sambil mengusap pipiku. Aku geram, kalaulah aku dapat sepak telurnya sekuat hatiku pasti dia kesenakan.

"Siapa kau sebenarnya, Carl? Dasar babi betul main kasar camni." Dengusku. Aku tahu dia memang takkan jawab soalanku tapi aku sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang perlu aku soal padanya.

"Just a pawn doing job for his king." Jawab Carl sambil mengusap kepalaku, sama seperti yang kuramal. Tiada jawapan, hanya kata penuh biasan.

BEBERAPA ketika, aku dengar derap kaki berkasut boot menuju ke bilik kurunganku. Bunyi besi yang saling bergeseran juga makin kuat kudengar. Aku mengerut dahi menahan rasa sakit di kepala.

Pintu bilik yang lebar dan tinggi itu terbuka sendiri tanpa disentuh sesiapa, lalu masuklah beberapa lelaki berpakaian ala tentera serba kehitaman. Di sisi mereka tersisip kemas selaras senapang model M4. Setiap seorang dari mereka mengheret seorang perempuan yang diikat dengan rantai besi kakinya. Oh, dari situlah bunyi besi bertingkah itu. Apa yang mereka mahu lakukan pada perempuan - perempuan malang itu?

Pandanganku yang makin jelas mengira jumlah perempuan - perempuan yang diseret mereka ; ada lima orang kesemuanya. Dua daripada mereka sangat aku kenali, iaitu Julia dan Feena. Makin terbeliaklah mata aku dibuatnya, lebih - lebih lagi saat melihat Feena yang sudah dibotakkan kepalanya itu.

"Chyra! Chyra! Tolong I Chyra!" Feena menjerit memanggilku. Serentak itu tubuhnya dihentak dengan belakang senapang hingga tersembam bekas kawan baikku itu.

"Capt, leave her to us. You can rest now. You have to attend a big day tomorrow." Tentera yang memegang Julia, menyuruh Carl meninggalkan bilik itu.

"You don't have any power to give me even a single order. I do what I want." Dingin suara Carl menjawab, membuatkan tentera itu tertunduk keseganan.

Carl mundar mandir di hadapanku seperti sedang keresahan. Aku diam seribu bahasa. Kalau aku menjerit tak tentu hala seperti Julia dan Feena pun tak guna. Membuang tenaga nak buat apa. Lebih baik aku cuba bertenang. Dan, kalau nyawaku berakhir di bilik sejuk ini. Aku redha. Aku sudah penat dengan hidup aku yang sebegini. Sekurangnya dapat juga aku bertemu anak - anakku di 'sana' nanti andai hidupku takat ini saja.

Tak semena - mena di hadapanku terpapar sebuah skrin besar dengan gambar muka hadapan seperti dalam permainan video. Carl yang sedang menekan - nekan di telefonnya segera menoleh ke arah pintu utama. "Tuan, I did'nt expect you to come this early." Segera Carl tunduk hormat ke arah seorang lelaki berjaket labuh dan bertopeng wajah anjing.

"Good job, Carl. Leave her to me now. You may go. " Lelaki bertopeng anjing memberi arahan. Aku hanya memerhati tanpa berani menyampuk dan bersuara. Carl kelihatan ragu - ragu untuk pergi.
"What?" Lelaki bertopeng anjing menyoal Carl yang masih tegak berdiri tidak berganjak.

"You'd promised me to give me back my memory, my everything. I need that now, please. I need to find my roots, my family."

Lelaki bertopeng anjing mengeluh perlahan, namun cukup kuat untuk aku dengar.

Happy ReunionUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum