44. ...

2.5K 46 5
                                    

Aku hanya mahu Daniel! Walaupun semua orang kata aku koma selama beberapa bulan, tapi aku tak dapat halang hatiku daripada hanya mencintai Daniel. Ya ampun, kenapalah tiada sesiapa faham hal ini?

"Selama empat bulan tu, takkan saya koma takde improvement?" Aku tanya Shahfri yang sedang mengemas pakaianku.

"Sebab ada improvementlah doktor hold sampai empat bulan. Sebab ada brain activity. Kalau brain dead tak boleh nak buat apa dah."

"Takde beza pun." Aku mengeluh perlahan.

"Besar bezanya sayang. Untuk Bie teruskan kehidupan." Shahfri pandang wajahku. Wajahnya tiba - tiba sayu.

"Kaki saya sengal." Aku cuba mengurut pehaku, mahu mengubah topik. Entah sengal dimana akupun tak pasti. Tapi rasa mencucuknya agak kuat. Dengan kaki yang lemah sebegini, apa puncanya aku pun belum jelas lagi. Nak kata patah, Ortho kata dah sembuh.

"Nanti Bie urut sikit. Ubat tahan sakit yang nurse bagi tadi Sayang belum makan?" Aku geleng kepala. Sakit hati pun ada juga ni. Tak semena sakit hati pada Shahfri yang hanya melipat dan mengemas pakaianku.

"Kenapa Sayang?" Shahfri berhenti mengemas, lalu datang mendapatkanku. Aku pandang mata Shahfri, tajam.

"Kenapa ye, apa yang awak buat pada saya sampai saya lari bawa anak - anak?"

"Nak dengar full story?" Shahfri menyoal. Aku angguk laju.

"Will you believe me then?" Soalnya lagi.
"Depends."
"Depends on what?"
"On how you deliver that story." Aku angkat bahu.
"Nanti balik rumahlah. Bie taknak tergesa - gesa." "See, I already don't want to believe you." Aku cebik.
"Bukan, tunggu keadaan selesa sikit okay?"

***

Aku berkeras, tak mahu Shahfri bantu aku buat apa - apa. Sampai dia hampir mengalah bila setiap masa aku suruh dia pulang ke Pahang. Sekarang aku rasa sangat lapang sebab dia pulang ke PPHP atas urusan kerja. Jadi aku dapat luangkan masa bersendirian ; untuk dua hari saja. Itu sudah cukup bagus kerana sejak aku keluar dari hospital, belum ada satu saatpun lagi yang aku boleh bersendirian tanpa diganggu Shahfri. Aku nak mandipun dia sibuk -sibuk nak mandikan.

"Menung apa tu anak ibu?" Ibu datang sambil membawa semangkuk buah potong. Aku pandang mangkuk berisi campuran buah tembikai, buah naga dan buah strawberi itu, lalu pandangan dialih kepada Ibu.

"Chyra tengah fikir macam mana nak get rid of Shahfri." Aku jawab jujur.

"Astaghfirullah, kenapa sampai fikir ke arah tu Chyra?" Ibu yang pada asalnya mahu menjemur pakaian, terus duduk di sebelah aku.

Aku rasa mahu menangis. Sampai bila aku harus hadapi kesakitan ini?

"Ibu. Boleh Chyra cakap sesuatu dengan ibu?"
"Okay. Ibu dengar."
"Selama Chyra jadi anak ibu, ibu sedar tak sikit sangat masa yang ibu ada dengan Chyra?" Ibu diam, lalu mengangguk perlahan.
"I tried. Ibu tahu Ibu salah. Banyak sangat kesalahan ibu. Thats why I want to make it up. Ibu dah selalu abaikan Chyra. Sekarang Ibu dah retired. Ibu nak penuhi masa yang ada untuk anak Ibu ni.

"Tipulah kalau Chyra tak rindu Aiman dengan Sofia. Tipulah Chyra tak rasa sebak bila ziarah kubur anak - anak Chyra tu. Tapi Chyra takde memori tu Ibu. Sebab Chyra kuat rasa Shahfri yang buat diorang accident. Semua tu masih jelas dalam memori Chyra. So Ibu, macam mana Chyra nak terima semua ni sedangkan Chyra sendiri ada timeline Chyra sepanjang Chyra tak sedar. Kepala Chyra sakit Ibu. Sakit sangat setiap kali memikirkan mana logik semua ni." Aku menangis. Menangis hingga kepalaku rasa berdenyut sakitnya.

"ASSALAMUALAIKUM."
Ibu yang sedang memelukku, bangun seketika saat mendengar suara garau seorang lelaki memberi salam dari luar rumah.

Selang beberapa minit, Ibu kembali ke arah tempat dudukku, bersama satu wajah yang sangat aku rindukan.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now