22. Janji

5.2K 152 18
                                    

" Awak dah janji kan?"

Daniel berhenti melangkah.
Dia kenal, itu suara Julia. Daniel mengeluh, sebelum berpaling menghadap wanita itu. Namun sebaik dilihat penampilan baru Julia, Daniel jadi kaget.

"Buang tebiat eh?" Sinis pertanyaan Daniel menghentam Julia yang tercegat di perkarangan ruang luar pejabat.

"Kenapa benci sangat dekat saya yea?" Julia menunduk. Daniel senyum senget.

"Tak payah berlakon, Julia. Tanggal baliklah jubah dengan tudung labuh kau tu. Tak laku kalau nak berlakon depan aku. Apa kau nak? Lama hilang, tiba - tiba muncul depan office aku. Duit dah habis?"

"Tempat lama saya, takkan tak boleh singgah kot?" Julia menapak menghampiri Daniel, namun lelaki itu mengundur tidak mahu terlalu dekat dengan bekas kekasihnya itu.

"Kau yang pilih untuk keluar dari sini, ikut mamat cina kaya tu. Sekarang kenapa teragak nak datang tempat yang kau pernah ludah ni?" Daniel tarik wajah serius. Wajah Julia ditenung marah. Julia mengeluh perlahan.

"Walau apapun yang berlaku awak dah janji takkan tinggalkan saya. Mana pergi semua janji awak tu? Sekarang saya sebatang kara. Awak abaikan saya." Air mata Julia menitik.

Daniel sedikit tersentuh sebenarnya. Dalam banyak - banyak perubahan yang dia perhatikan, kali ini Julia berbeza. Selama ini jika dia berjanji untuk berubah jadi baik, tak pernah bertahan lama. Paling lama dalam rekod cuma sebulan setengah.

"Kau duduk mana sekarang?" Suara Daniel sedikit mengendur.

"Sekarang saya takde kerja, jadi menyewa bilik kecil dekat area Shah Alam dengan kawan." Julia bersuara minta simpati.

Benar, dia sudah berjanji mahu menjaga wanita itu. Seteruk manapun Julia, dia patut kotakan janjinya walau hati rasa tawar.

Daniel mengeluh perlahan, lalu dia duduk di kerusi rotan berhampiran. Briefcase dibuka, lalu dia keluarkan segugus kunci dengan keychain kepala kucing.

"Kau duduklah rumah aku dekat Seksyen 11 tu. Nanti aku carikan kau kerja area sana." Daniel bangun, bersedia untuk masuk ke dalam pejabatnya.

"Dah taknak offer saya kerja sini lagi ke?" Julia tarik briefcase yang dibimbit Daniel.

"Nope, go to hell with your bullshit dicipline. Perangai macam kau patut pergi jaga parking bawah sana tu. Kerja malas, melawa je tahu." Daniel kembali dingin, teringatkan betapa disasternya pengurusan syarikat suatu masa dulu saat ia dikawal Julia.

"Maaf, saya minta maaf. Saya sedar siapa saya." Julia tunduk mengesat mata yang sudah mula digenangi air.

Daniel jadi serba salah. Dia bukan sekasar ini. Tapi Julia sudah diberi peluang berkali - kali. Dia boleh memaafkan Julia yang nampaknya sudah benar - benar berubah, mungkin. Tapi untuk wanita itu kembali bekerja dalam syarikatnya, mustahil.

"Untung jadi perempuan eh? Buat salah then mengaku salah, mintak maaf then berlagak as if there's nothing happened. Tunggang agama sikit, pakai jubah, tudung labuh, menangis sikit then ada lah yang kasihan. Untung betul." Daniel senyum sinis memandang Julia atas bawah.

"Kenapa awak kejam sangat ni? Ni bukan awak Daniel!" Suara Julia makin tinggi, melawan esakan yang makin kuat. Daniel jadi rimas.

"Dah Julia, dah. Better kau keluar sekarang! Pandai hidup kan? Aku bagi rumah ni pun dah cukup baik tau?" Tengking Daniel.

"Kenapa ni Dani? Marah apa ni?" Satu suara lain menegur. Kini giliran Julia pula senyum sinis merenung Daniel.

" Padanlah dah taknak ambik I kerja, dah pasang perempuan lain pula jadi tempat lepas sayang." Julia berbisik, sinis dalam tangisnya.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now