27. Cinta ?

5.3K 159 85
                                    

Aku leka memerhati sekumpulan keluarga kecil yang cukup gembira berkelah di bawah pokok yang separa rimbun itu. Ibu dan bapanya dalam usia pertengahan abad, manakala anak - anaknya seramai dua orang sedang melayan anak - anak masing - masing. Tersenyum aku melihat sang anak merengek mahu mandi laut mengikut abangnya.

"Mandilah, pergi mandi! Kejap lagi kena tangkap dengan naga, adik sorang tak lepas keluar. Yang lain semua pandai berenang. Tak takut?" Sang emak menyakat anaknya yang merengek tadi. Terdiam anak kecil itu, takutkan naga.

Hati yang terluka, membawa aku ke Pantai Chendering, 7KM dari bandar Kuala Terengganu. Aku mahu mencari sahabatku Zaidah Nafeesa sebenarnya. Walaupun aku sudah lupa di mana keberadaan mereka sekeluarga.

Dan hatiku terus rasa kosong, walau bayu laut berhembus perlahan dilayari pemandangan indah laut biru.

Sejak kebelakangan ini, aku sering beratib menyebut nama ibu, ibu. Aku rindukan ibu yang tak pernah ada masa untukku itu. Ibu yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya.

Ada suatu rahsia berkenaan ibu yang aku simpan. Namun aku tak mampu menipu diri sendiri lagi.

Sekarang, buat masa ini, aku tidak mendapat sebarang pesanan email daripada seseorang yang perkenalkan dirinya sebagai Mr. GP itu. Tetapi kandungan emailnya sebelum ini adalah bersifat sangat - sangat disturbing. Dan hal ini juga seperti meletak aku pada keadaan berjaga - jaga dan aku tidak lagi berasa tenang dengan perkara ini.

Mr.GP ada mengirim aku gambar ibu sebenarnya. Tetapi bukanlah gambar dalam keadaan baik. Beberapa keping gambar menayangkan ibuku yang cantik itu, berpegangan tangan dengan entah mat saleh mana. Ada juga gambar yang menunjukkan ibuku berpakaian seksi yang kalau aku pun akan kufikir berkali - kali untuk memakainya.

Aku membesar dengan didikan agama yang cukup sempurna. Namun ibu mula mengabaikan diri dan pegangan sejak dia bercerai dengan baba. Dan apabila baba bernikah lain dengan gadis muda pilihannya tak lama selepas mereka bercerai, ibu jadi lebih teruk berbanding sebelumnya. Teruk dalam konteks yang aku mahu sampaikan ini adalah; ibu jadi makin workaholic dan semakin mengabaikan aku, hinggalah kini. Lain - lain perbuatannya di belakang aku, tidaklah aku ketahui. Well, aku bukanlah wanita baik - baik untuk memburukkan ibu. Namun tak keterlaluan aku katakan aku jadi begi atas asbab perpecahan keluargaku.

Dan gambar - gambar yang dikirim oleh Mr.GP itu ternyata menunjukkan siapa ibu aku sebenarnya. Apa true color dia, dan apa yang dikejarnya selama ini.

Sekarang aku cuma mampu berdoa, supaya gambar - gambar yang dikirim itu hanyalah sejenis gambar edit photoshop. Aku mahu percaya, ibuku adalah ibu yang terbaik yang menyediakan segala keperluan untukku dengan cara halal.

Email yang cukup misteri itu, aku buka kembali. Gambar - gambar tak semenggah ibu aku tonton satu persatu dengan rasa berat hati. Yang aku perasan, sepuluh keping gambar itu adalah gambar ibu bersama sepuluh lelaki berlainan bangsa dan kewarganegaraan. Ada berkulit gelap, ada berkulit merah, ada bermata sepet, yang gemuk, yang tinggi, di dalam kereta mewah, di dalam pusat karoke, di lorong - lorong pedestrian walkway, di mana - mana saja. Ada yang bertudung, ada yang terlalu seksi. Celaka, tak tahu ke ibu aku tu dah 50-an umurnya?

Tettt... Tetrt... Tetttt

Tak semena - mena aku dapat pesanan email daripada Mr.GP. Berderau terus darahku. Aku memerhati sekeliling. Adakah aku sedang diperhatikan?

"kalau itu yang you fikir, believe me that pics are not photoshopped. And yes, your mom is a whore. High class prostitute. Berapa lama dah you kena tipu dengan dia :) "

Aku telan liur. Segera aku bangun, mahu meninggalkan Pantai Chendering yang tak mampu menenangkan aku itu. Bimbang dipengapakan satu hal juga. Sudahlah aku sebatang kara sekarang.

Happy ReunionOù les histoires vivent. Découvrez maintenant