5. Farhad dan Cemburu

26.9K 166 14
                                    

I think, I'm in love again. Why too soon?

Aku bukan baru kenal Farhad sehari dua. Dia sepupu aku. Dia dah bersama aku selama susah senang aku. Dia bukan lagi fuckboy yang aku pernah gelar suatu masa dulu. Dia adalah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan baik. Dan sekarang,  I'm madly in love with him.

Bukan sebab aku mudah jatuh cinta, no. Sebab aku nampak kesungguhan dia. Beza usia 7 tahun tak halang kami untuk terus serius dalam perhubungan. Dan aku tak terdesak untuk cari pengganti Shahfri, tapi aku memang selesa dengan Farhad. Cukup selesa. Sebab dia ada bersama aku sejak dulu lagi. Dia tahu apa struggle aku, apa kelebihan kekurangan aku, segalanya tentang aku.

Ada yang bertanya, aku tak takut nanti Farhad jadi macam Shahfri kalau awal sangat untuk aku kembali bercinta? Dulu Shahfri jaga aku tapi sekarang? Layan aku macam sampah dan kami berakhir dengan perceraian. Entahlah. Pada aku Farhad tak hipokrit. Shahfri? Aku pernah bagi peluang kedua pada dia lepas apa dia buat pada aku dan anak aku, sebelum lahirnya Sofea dan Aiman ni. Tapi sekarang sampai macam ni dia perlakukan aku. Jadi kisah sejarah aku bersama Shahfri sudah wajar untuk aku lupakan.

Aku sebenarnya tak mampu nak besarkan Sofea dan Aiman tanpa seorang bapa. Bukan tak mampu, tapi kedua anakku itu layak hidup dalam kasih seorang bapa meskipun bapa kandung mereka tak mahu bertanggungjawab. Dulu dua kembar ni mungkin aku boleh tipu yang daddy busy dengan kerja. Tapi sekarang? Sofea yang bijak tu dah mula bising tanya apa yang sebenarnya berlaku antara aku dan daddynya. Siap tanya, Farhad akan jadi daddy baru ke?

Budak - budak pun faham.

* * *

"Stay sini, dear?" Farhad yang sedang main game dengan Aiman dan Sofea hanya senyum mendengar pelawaanku. Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak.

"I kena balik KL malam ni jugak. Esok ada hal penting sayang." Farhad bernada kecewa, namun masih melayan Sofea dan Aiman yang berebut mahukan perhatian Farhad.

"Ala daddy Faad janganlah balik lagi!" Aiman merengek sambil peluk Farhad. "Tak boleh sayang, daddy Faad ada work." Farhad usap kepala Aiman. Aiman sudah mencebik sedih.

"Tapi nanti daddy balik semula. Daddy belikan drone yang kita tengok kat YouTube tadi okay? Sofea pulak nak new tablet kan? Nanti daddy belikan jugak." Farhad berjanji.

"Yeayyyyy!" Kedua mereka bersorak gembira sambil memeluk Farhad erat. Aku senyum senget. Nanti kalau dah besar anak - anak aku jadi gadget freaks, memang aku salahkan Farhad. Namun ada rasa bahagia mencelah hingga buat senyumanku makin melebar.

SELEPAS menidurkan Sofea dan Aiman, Farhad datang ke bilikku, memelukku yang sedang duduk di meja solek sambil menyisir rambut.

" I tau you kecewa sebab I tinggalkan you. I minta maaf sayang, I terpaksa atas urusan company. Jangan risau ya. Balik dari US nanti kita uruskan pernikahan kita okay?" Farhad pegang bahu aku, sebagai tanda yang janjinya itu akan ditepati.

"You tak bagitahu I apa - apa tentang benda ni, tiba - tiba nak ke US. Setahun tu, anything could happen. Kenapa tak nikah je dulu? Then kita boleh stay di sana sama - sama." Aku merajuk. Setahun tu bukan tempoh sekejap! Sementelah aku juga tak ada apa - apa komitmen, jadi apa salahnya aku ikut.

Farhad diam, lama. "Tengoklah nanti pertengahan tahun di sana. I cuba usha sesuai tak untuk besarkan anak - anak di sana, then kita boleh nikah pertengahan tahun ke macam mana."

Tubuhku dirangkul lebih kemas. Nafas hangat Farhad yang berhembus di tengkuk buat rajukku sedikit terpujuk.

"I sayang you. I tak sanggup dah nak berjauhan dengan you." Air mataku bergenang di tubir mata.

"I lagi sayangkan you tahu tak? Dah, ni last I ke oversea sebab urusan kerja. Lepas ni hidup I untuk you aje. Jangan risau okay sayang?" Farhad mengusap rambutku lembut. Kemudian terus dirangkul tubuhku dan dibawa ke atas katil.

"Shahfri ada call tadi." Farhad yang sedang mengucup - ngucup pipi dan leherku, kaku dari perbuatannya. "Oh, so dia nak apa?" Suara Farhad kedengaran sedikit mendatar, aku dapat kesan riak cemburunya sedang bermaharajalela.

"Dia tanya khabar anak - anak dialah."

"Oh, anak - anak dia. Habis dia buang you dengan anak - anak selama ni takde kesal apa pulak?" Farhad senyum sinis.

"You belum jadi bapa lagi Farhad. So you tak tahu yang that special bond between them can't be broken." Aku terangkan pada Farhad supaya dia faham dan tak cemburu.

"Oh okay." Ayat cliche itu keluar dari mulut Farhad. Cemburunya masih tak dapat direndahkan.

"Sometimes, I rindu juga kenangan dengan dia. Entah apa yang berlaku sampai kami berpisah macam ni." Aku merenung ke siling dengan wajah kosong, menembusi Farhad yang sedang menindihku.

Farhad bangun perlahan, mengeluh dan segera menyelimutkan aku. Kemudian dicapai pouch bag dan beg pakaiannya.

"You, takkan dah nak balik?" Aku bangun dan capai tangan Farhad. Aneh, dia lepaskan tanganku. Walaupun lembut, tapi aku tetap rasa keanehannya.

"I kena balik sekarang." Tuturnya ringkas. Aku menurutnya ke pintu utama walaupun dia ada akses untuk ke rumah aku bila - bila masa dan dia halang untuk aku mengiringnya pulang.

"Sayang. You marahkan I ke? I minta maaf." Farhad terus peluk dan kucup dahiku. Wajahku diusap lembut. "Hope you akan bersama semula dengan Shahfri. Hope dia boleh berubah. I tumpang bahagia." Farhad senyum, namun aku rasa ia cuma sebuah senyuman palsu.

Takkan dia tak faham, sesiapapun akan rindukan kenangan dengan ex kita kan? Tak perlu terasa hati kalau tahu aku takkan berpaling balik pada Shahfri. Dia cuma salah satu dari beribu kenangan yang aku ada. Dan tak salah kot, kalau aku merindui kenangan lalu?

"Take care, Chyra." Farhad usap pipiku kemudian terus ke keretanya. Enjin dihidupkan, dan sekejap saja Farhad sudah hilang dari pandanganku.

"Siapa tu Chyra? Kerap pulak aku tengok dia datang sini. Mamat Pakistan mana kau jumpa ni?" Arul yang aku kira mungkin sampai ke rumah aku tak berapa lama selepas Farhad pergi, hanya memerhati dengan wajah kosong tiada perasaan yang selalu dia guna jika mahu bergosip denganku.

"Abang sepupu akulah. Dia je yang selalu ambik berat pada aku sekarang, tak macam orang lain." Aku bersuara acuh tak acuh. Malas melayan gosip Arul. "Hah. Apa tujuan kau datang ni?"

"Aku sebenarnya nak nombor phone kau. Senang nak ajak lepak." Arul tersengih.

"Kau tak boleh mintak dekat mak kau ke setan? Gigih jalan kaki ke rumah aku." Aku rasa menyirap pula dengan lelaki yang tak boleh berfikir sebegini. Ke saja nak mengorat aku?

"Baru nampak kesungguhannya sayang." Arul ketawa. "Sebenarnya aku nak ajak kau lepak satu tempat best ni. Mesti kau suka." Arul masih berteka - teki.

"Tempat mana?" Aku kerut dahi.

"Mehlah." Pelawa Arul. Aku berkira - kira untuk pergi. Takkan kau nak tinggalkan Sofea dan Aiman di rumah?

Happy ReunionWhere stories live. Discover now