Episode 32 [Maksud sebenar bahagia]

29 10 0
                                    

Jimin menyiram pokok dengan makciknya yang duduk dikerusi roda sambil menanam benih pokok yang baru.
Setiap hari Jimin akan mengunjungi makciknya dan membantu makciknya.
Rumah Hoseok sangat jauh dari situ, jadi Jimin menyewa sebuah rumah teres dengan gajinya yang kini bekerja sebagai arkitek.
Dengan kebahagiaan, dia mampu meneruskan langkahnya tanpa menoleh lagi.

Taehyung dan ibunya menghidangkan makan petang dimeja makan.
"Saya dah balik!"
Taemin masuk kedalam rumah kemas memakai kot dan menjinjing beg. Dia kini telah bekerja diperusahaan ayah Yoongi.
"Jom makan!"
Taehyung menarik tangan abangnya kemeja makan.
"Taehyung.. bagilah abang kamu rehat dulu. Dia kan baru balik."
Tegur Puan Kim.
"Tak apa ibu, kita makan sama-sama."
Taemin senyum.
Keluarga mereka merupakan keluarga yang bahagia.
Dengan gaji bonus Taemin disetiap bulan, Taemin tidak membenarkan Taehyung bekerja dan hanya perlu menjaga ibu mereka dirumah.
Nasib baik bos nya adalah ayah kepada Yoongi yang merupakan sahabat baik Taehyung, dapatlah dia gaji double bonus setiap bulan.

"Milk prawn and salted egg!"
Beritahu tukang ambil order.
"COPY!"
"Balas Jin yang sibuk memasak didepan api yang menjulang.
Kini Jin merupakan seorang chef direstoran terkemuka. Berkat dia selalu masak untuk rakan-rakannya, kini dia ditahap pro memasak.
Wah.. kacaknya chef tu..
Cuba tengok chef tu, memasak pun macam model!
Wah...
Hensem!
Pujian demi pujian didengari Jin sambil memasak. Pelanggan-pelanggan ni betul-betul buat dia bangga.
Jin memasak sambil menunjukkan skillnya, banggalah dipuji tadi.

"Okay class. Settle kan kerja yang saya bagi, minggu depan kita adakan presentation."
Ujar Namjoon sambil membuka cermin matanya.
"Baiklah, lecturer hensem!"
Pelajar-pelajar perempuan yang kuat menyakat mula ketawa.
Bukan senang nak dapat lecture macam model ni.
Namjoon senyum, ternampak lesung pipitnya yang menawan.
Wah!
Kacaknya..
On crush..
Lecturer!
Lesung pipit dia!
Namjoon terus keluar dari kelasnya, tak boleh nak dilayan pelajar-pelajarnya tu.
Selalu sangat puji lebih-lebih. Nasib baik pelajar lelakinya pun tak begitu, kalau sama entah lah. Nak kena buat kelas 'NO LGBTQ'.
Akhirnya dia berjaya menjadi pensyarah yang diidamkannya. Dikeranakan ilmunya yang melimpah-limpah dikepala otak, dengan masa yang singkat dia dapat realitikan angan-angannya.

"Baiklah, saya mainkan dulu. Kamu semua dengar balik, saya taknak ada yang salah lagi."
Ujar Yoongi. Dia duduk diatas bangku lalu memainkan piano.
Pelajar-pelajarnya melihatnya menumpukan perhatian pada pembelajaran kelas piano mereka.
Ada yang curi-curi mengambil gambar Yoongi yang sedang bermain piano itu. Tapi malang dia terlupa untuk mematikan flashlight membuatkan Yoongi berhenti bermain piano dan memandangnya.
Yoongi bangun dari bangkunya, yang ambil gambarnya bukan pelajar perempuan tapi ianya pelajar lelaki.
"Maaf, saya cuma mengidolakan cikgu."
Lelaki itu tunduk.
Betul-betul mengingatkan Yoongi pada adiknya, Woozi.
Yoongi tersenyum lalu mengusap kepala lelaki itu seperti anak anjing.
"Tumpukan perhatian."
Tegur Yoongi sambil senyum manis.
Apa-apa pun kini dia berjaya menjadi seorang guru music yang tertumpukan pada piano dan guitar. Tak sangka dia akan capai cita-citanya.

"Ya! Bersama kita penyanyi terkenal yang semakin melonjak didunia seni nyanyian...! Jeon Jungkook!"
In Ha dan Bo Gum bertepuk tangan sebagai pengacara.
Jungkook tunduk berkali-kali sambil tersenyum manis.
"Baiklah Jungkook. Sekarang dah masuk ke album yang kelima yang berjaya diterbitkan di Small Hit Entertainment. Tapi album pertama masih lagi dalam sale dan mencatat diantara sale yang paling tinggi."
Ujar Bo Gum.
Peminat-peminat mula bersorak gemuruh.
"Boleh ceritakan apa yang specialnya pada album pertama Jungkook."
Pinta In Ha.
"Baiklah. Album pertama saya yang bertajuk Bangtan, nama tu saya sendiri yang letak dna bukannya perusahaan. Bangtan dulunya nama geng saya dari zaman sekolah sampai sekarang. Dan saya gabungkan memori kami dan dijadikan sebagai lagu. Ianya 100% dari hati dan musicnya saya berkabolarasi dengan salah seorang dari mereka iaitu Suga."
Beritahu Jungkook.
"Oh, Suga? Memang namanya Suga atau nama samaran?"
Soal Bo Gum.
"Tak. Namanya lain tapi dia tak nak terlaku ramai orang mengenalinya jadi dia menggunakan nama samaran Suga untuk diletakkan sebagai nama kabolarasi."
Jawab Jungkook.
Kini dia berjaya menjadi seorang solois yang terkenal. Dia mempunyai ramai peminat yang sentiasa memberi sokongan.
Dulu, dia sendirian tanpa keluarga dan kekasihnya meninggal. Kini dia dikelilingi oleh orang yang dia sayangi dan orang yang menyayanginya.

Hoseok duduk disofa lalu membuka tv dan menontonnya sambil makan popcorn yang baru dibelinya semalam.
Tiba-tiba Ji Woo datang duduk disebelah Hoseok dan menukar siaran. Bukan setakat itu, Ji Woo juga mengambil popcorn Hoseok tanpa kebenaran!
"Woi! Suka hati ja!"
Hoseok menyorokkan popcornnya.
"Kongsi laa.."
Pinta Ji Woo.
"Tak boleh."
Hoseok menggeleng.
Puan Song datang duduk disofa.
"Ibu! Tengok kakak ni! Dah la kacau tv orang lepas tu mintak makanan orang!"
Hoseok mengadu.
"Hoseok.. kongsi ja la. Kan berkongsi dapat merapatkan hubungan kasih sayang."
Ujar Puan Yoon sambil senyum.
Hoseok muncung sepertu itik. Apalah mak dia ni! Selalu sangat bagi ayat deep!
"Nah.."
Hoseok menghulurkan popcorn pada Ji Woo untuk dikongsi.
"Terima kasih adik ku sayang yang comel yang baik yang busuk ni!"
Ji Woo memeluk Hoseok.
"AHH! LEMASLAH!"
Hoseok meronta-ronta agar dilepaskan.
Puan Yoon tersenyum. Mereka berdua seperti anjing dan kucing kadangnya, ada masa mereka akan jadi sangat baik dan sangat rapat.
"Saya dah balik!"
Jung Hee masuk kedalam rumah. Kini dia tak sibuk diluar Negara lagi kerana dia telah membuka cawangan di Korea juga untuk meluangkan masa dirumah bersama keluarganya.
"Ayah! Tengok kakak tu!"
Hoseok berlari kearah ayahnya.
"Hey! Tadi nak bagi popcorn! Bak la sini!"
Ji Woo mengejar Hoseok.
Hoseok menyorok dibelakang ayahnya manakala Ji Woo cuba mendapatkan Hoseok.
Jung Hee tertawa, hari-hari kena hadap telatah anak-anaknya yang aktif ini.

Akhirnya mereka berbahagia. Sangat bahagia dan mereka cuba untuk mengelak dari penderitaan lagi.

    BERSAMBUNG

EIGHT | BTS ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant