Part I -

54 12 0
                                    

Barang terakhir aku perlu hantar harini adalah di rumah pakcik Park. Aku pelik jugak, pakcik Park ni jarang suruh cod kat rumah. Biasanya kat cafe je. Ah, buat apa aku pedulikan ?

Loceng rumah aku tekan. Sekali tekan, tiada sahutan. Dua kali tekan, sama jugak. Eh pakcik ni nak bergurau ke apa ?

Aku balikkan badan dari pintu rumah.

" Pakcik Park ni kan, dah laa order barang malam - malam. Pastu sesuka hati sidai orang kat depan rumah dia. Dia tak terfikir ke tiba - tiba ada hantu nak culik aku ? Uih meremang odoe ! "

Sambil sibuk membebel, tanganku menjalar kebelakang mencari loceng rumah.

" Aih, loceng ni pun nak ajak aku main hide and seek macam granny tu ke ? " soal aku sendiri.

Aku cepat berpaling. Hampir gugur jantung aku apabila melihat seorang lelaki tidak berbaju di hadapanku.

" Astaghfirullahalazim ! Mata suci aku woi ! " beristighfar aku siot.

" Tak payah nak suci sangat, dada aku pun kau raba " ujarnya sinis.

Ya tuhan, malu aku taik. Kurang asam masin betul lelaki ni.

" Nah ambik ni barang kau, aku pergi dulu ! " pantas aku berlari dan menunggang motosikalku pergi.

Aku bersumpah aku taknak jumpa lelaki tu dah. Dalam mimpi pun taknak ! Jatuh air muka aku odoe !

- SKIP -

" Jay, mana duit barang tadi ? " soal Hyeji, atasan aku yang memegang duit.

" Ah nah, ni dia " aku hulurkan duit pada Hyeji.

Dia mengira duit itu. Alah, cukup punya. Apa dia fikir aku nak mencuri ke ?

Tiba - tiba dia menoleh ke arahku. Eh asal pulak ? Takkan tak cukup ? Tak terfikir lagi aku nak mencuri.

" Mana lagi 7000 won ? " soalnya.

Eh, mana pulak ?

Lama aku memikirkan kedudukam 7000 won yang tiba - tiba lesap tu. Mana pulak terbangnya duit tu ? Alahaii

" Aaaa-- Ha, pada lelaki tu ! " baru aku ingat aku tak ambik bayaran pada lelaki tu tadi. Fucek.

" Kau pergi ambik sekarang ! " arahnya.

Dengan kelajuan cicak dikejar kucing gila, aku menunggang motosikalku kembali ke rumah pakcik Park tadi. Ya tuhan, selamatkan la aku daripada gangguan syaiton dalam rumah tu.

Pintu rumah aku ketuk berhati - hati. Kalau jadi apa - apa nanti, bagitau oppa aku yang dia tu huduh dan sila sedar diri jangan nak riak sangat.

Perlahan pintu rumah itu terbuka dan disitu berdirinya lelaki tak guna tadi. Eh suka hati aku je label orang tak guna, macam la aku berguna sangat.

" Ha kau nak apa ? Nak raba aku lagi ? " soalnya selamba.

" Eh tak ! MasyaAllah, insaf oi insaf. Aku datang nak ambil duit barang yang kau beli tadi " kataku.

" Bukan aku dah bayar ke ? " soalnya sendiri.

" Zaman bila pulak kau bayar ? Zaman Neolitik ? Mesolitik ? Ke logam ? " habis semus zaman prasejarah aku keluarkan.

" Zaman batu. Kejap aku ambil duit " sempat lagi dia menjawab tu.

Aku menggeleng. Kenapa aku yang dipertemukan dengan makhluk macam dia ni ? Bencana, bencana.

" Nah, keep the change " katanya.

Aku ambil dan kira.

" Keep the change hotak kau ! Duit kau bagi ni pun tak cukup ! " hamburku.

" Ye dok ? " soalnya.

Duit di tangannya aku rampas dan terus menunggang motosikalku.

" Yang ni aku keep change dia. Annyeong ! " aku terus beredar.

Selamat kepada aku nyawa tak melayang.











CONTINUED

[ H ] The Failed Revenge [PJM]Where stories live. Discover now