Episode 1 [Pindah]

132 39 4
                                    

Jungkook termenung jauh memandang kearah luar tingkap bas.
Hari ini adalah hari pertamanya menuju kesekolah baru.

FLASHBACK

"Hoi budak! Aku mintak kau beli roti kat bawah tu 1 minit ja, kau pergi 5 minit?!"
Marah Woo Bin.

"Maaf."
Jungkook tunduk membetulkan cermin matanya.

"Hah... kau ni memang..."
Woo Bin menarik nafas menenangkan dirinya.

"Lembap!"
Jangjun menunjal kepala Jungkook.

"Maaf."
Jungkook tunduk berkali-kali.

"Ambilkan aku air kat meja sana."
Pinta Woo Bin.

Jungkook lekas pergi kemejanya. Airnya.
Dia harus memberikan air tinnya yang baru dibelinya tadi.

"Cepatlah!"
Marah Woo Bin.

"Ya."
Jungkook pergi kearah Woo Bin.

Semua orang didalam kelas hanya diam. Masing-masing tak mahu masuk campur hal geng kaki buli.

Jungkook memberikan air tin pada Woo Bin.

"Buka."
Arah Woo Bin.

Jungkook membukanya. Agak susah tapi dicuba jua.
Tiba-tiba tangannya yang menggigil itu terlepas pegangan pada air tin tersebut lalu air itu tumpah terkena baju Ten yang duduk disebelah Jangjun.

"Hoi!"
Ten terus berdiri mengibas pakaiannya.

Mereka membawanya kebelakang sekolah lalu membelasahnya tanpa belas kasihan.

Ditumbuk, ditendang dan dipijak.
Setelah puas, mereka pergi meninggalkannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan.

Air mata Jungkook mengalir deras. Peritnya perasaan menjadi orang yang dibuli.

END FLASHBACK

Jungkook melepaskan keluhannya.
Biarlah apa nak jadi, kini dia sudah berpindah sekolah.
Meskipun lebih jauh dari rumahnya, dia harus menemui ketenangan untuk belajar.

*
*
*

Pelajar-pelajar bermain, bersembang dan melakukan hal masing-masing didalam kelas.

Dikoridor, semua mata terpaku. Bagaikan silauan malaikat lalu dihadapan.
Mereka semua beratur ditepi memberi laluan pada sekumpulan pelajar yang terkenal disekolah.
Sekumpulan pelajar yang hot, bergaya dan sangat terkenal sebagai 'Bangtan'.

Yang berjalan sambil membaca buku namanya Namjoon. Budak paling pandai diantara mereka.

Yang malu-malu dan tersenyum kecil namanya adalah Jimin. Sangat kecil, comel dan pemalu.

Yang agak cool dan serius adalah Yoongi. Paling jarang nak nampak dia senyum.

Yang agak riang dan friendly namanya adalah Hoseok. Dia pandai mencuri hati para gadis. Hanya dengan senyuman, dia mampu membuatkan seseorang terangau-angau padanya.

Yang sering mengambil berat tentang pelajar perempuan, lembut dan ramah namanya adalah Jin. Sangat menggoda dan kacak!

Yang terakhir adalah seorang lelaki yang sangat sangat sangat periang. Lawaknya tak dapat dikawal lagi bahkan tiada obat ini orang, Taehyung.

Mereka melangkah menuju kekelas mereka dengan bergayanya.
Para gadis terpukau dan ada yang menjerit memanggil nama mereka.

"Macam artis."
Ujar Jin pada Hoseok lalu mereka berdua ketawa.

"Maaf!"
IU mencelah laluan mereka untuk bergegas.

"Hey!"
Taehyung menjegilkan matanya. Sampai hati IU menolaknya.

EIGHT | BTS ✔Where stories live. Discover now