65

296 11 0
                                    

Anif Zayyan

Sebelah malam mereka berdua turun ke pasar malam di Brincang. Suhu agak dingin dan berangin.  Setiap gerai mereka kunjungi. Kebanyakan gerai menjual pakaian, pelbagai barangan hiasan serta gerai makanan dan buah-buahan.

Murni dan Kak Yati memilih apa sahaja yang berkenan dihati mereka. Setelah lebih satu jam keluar masuk gerai, Murni mengajak Kak Yati makan malam di salah sebuah restoren paling hampir dengan tapak pasar malam.

Mereka berdua memesan makanan panas. Memandangkan malam semakin larut, kesejukan pula semakin terasa. Pakaian tebal yang dipakai seolah tidak dapat menahan mereka dari rasa sejuk yang mencengkam.

"Hai..." Tegur seseorang.

Mereka berdua menoleh ke arah yang empunya suara. Seorang lelaki berkulit cerah berdiri berhampiran meja yang mereka duduki.

"Masih ingat saya lagi?" Pertanyaan lelaki itu ditujukan kepada Murni.

"Maaf, saya tak ingat. Siapa ya?" Murni cuba mengingati di mana dia pernah melihat lelaki itu.

"Ehh, awak ni bukan ke lelaki yang tereksiden dengan Cik Murni masa dekat supermarket dulu?" Kak Yati masih ingat lagi wajah lelaki yang pernah terlanggar Murni ketika mereka membeli keperluan dapur beberapa bulan dahulu.

"Siapa dia kak?" Murni cuba mengecam wajah lelaki tersebut. Lelaki berbadan sederhana kurus itu cuma tersenyum.

"Ha betullah tu. Sepuluh markah untuk akak. Sayalah orangnya. Err, boleh saya duduk?" Dia meminta izin.

Murni memandang sekeliling. Hampir kesemua meja makan dalam restoren itu dipenuhi pengunjung.

"Hmm, duduklah." Ujar Murni mengizinkan.

Lelaki itu terus duduk di kerusi kosong sebelah Kak Yati, berhadapan dengan Murni.

"Err, saya Anif Zayyan. Umur 27 tahun. Asal dari sini lah. Orang tanah tinggi. Kerja petik buah strawberry." Kak Yati tergelak kecil apabila mendengar cara lelaki itu mengenalkan diri.

Murni memandang wajah didepannya. Lelaki bernama Anif itu nampaknya seorang yang periang, juga punya sedikit sifat humor. Tak ada tokoh sebagai pemetik buah, sebab pakaiannya nampak kemas dan bersih.

"Err awak siapa nama?" Lagi sekali Kak Yati tertawa. Lawak juga budak Anif Zayyan ini rupanya.

"Saya Hariyati, nama pendek Yati. Panggil aje Kak Yati." Kak Yati mencelah. Tahu Anif Zayyan tujukan soalan kepada Murni tapi sengaja mahu mengusik.

"Ohh, hai Kak Yati. Hehe." Tangannya dilambai pada Kak Yati disebelahnya. Kak Yati juga turut sama membalas lambaian Anif Zayyan.

"Saya Murni." Dia menjawab sepatah. Murni terus menyuap makanan dan mengunyah perlahan.

"Tak nak pelawa saya makan ke?" Mata Anif Zayyan menatap gadis cantik itu. Sungguh dia terpikat dengan sepasang mata milik Murni. Mata itu tidak seperti warna asli milik orang melayu.

Murni menghentikan kunyahan.

"Order lah sendiri. Bukan ke awak hanya menumpang duduk kat meja saya." Wajah Anif Zayyan di pandang selintas lalu.

"Ohh ha'ah lah. Lupa pulak saya."  Segera digamit seorang pelayan restoren supaya datang mengambil pesanan. Lalu Anif Zayyan memesan satu gelas teh kosong berperisa strawberry.

"Tak order makanan ke Encik Zayyan?" Tanya Kak Yati pula.

Anif Zayyan yang sedang leka memerhati Murni makan tidak menjawab. Mungkin terlalu leka merenung Murni.

'Haishh, teruk angau budak ni,' bisik hati Kak Yati.

"Jom Kak Yati, kita balik. Dah lewat malam ni." Murni bangun diikuti oleh Kak Yati. Anif Zayyan segera menghabiskan air digelasnya.

Dia bangun lalu mengekori Murni dan Kak Yati ke kuanter pembayaran. Murni membayar semua harga makanan dan minuman bersekali dengan teh berperisa strawberry.

"Terima kasih sebab tolong bayarkan minuman saya."

"Tak apalah, bukan mahal sangat pun", ujar Murni.

Mereka bertiga melangkah keluar dari restoren. Murni meletak kereta agak jauh dari situ. Kerana masa sampai pasar malam tadi, agak susah hendak cari parkir yang paling hampir dengan pasar malam.

"Saya temankan Murni dan Kak Yati sampai ke kereta ye. Sebab jalan kat depan tu agak gelap. Bahaya malam-malam gini." Anif Zayyan menyeluk poket  baju panas untuk mengurangkan rasa sejuk.

"Ohh, terima kasih." Ucap Murni sambil terus melangkah perlahan bersama Kak Yati. Mujur juga tidak banyak barang yang mereka beli tadi. Kalau tidak pasti lenguh tangan menjinjing plastik barang.

"Murni menginap di mana?" Suara Anif Zayyan sekali lagi kedengaran. Ketika itu mereka sudah hampir sampai di kawasan Murni meletakkan keretanya.

"Dekat sebuah vila atas bukit tak jauh dari sini."

"Ohh, nak ke kalau saya temankan awak sampai ke vila. Saya ikut kereta awak dari belakang dengan motosikal saya." Sekali lagi lelaki itu menawarkan pertolongan.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now