34

358 15 0
                                    

Makan malam

Alhamdulillah projek rumah Inap Desa sudah hampir 90 peratus siap. Tidak sampai enam bulan, rumah pusaka nenek Murni bertukar wajah. Hanya tinggal kerja-kerja memasang hiasan dalaman dan membina lanskap taman serta mengecat tembok disekeliling rumah.

WhatsApp kiriman dari Khaeir di baca. Gambar-gambar yang dikirimkan juga di teliti. Setiap perkembangan pembinaan dan naik taraf rumah pusaka dilaporkan oleh Khaeir terus kepada Murni.

Kini keluarga Pak Saleh dan Mak Mai sudah boleh menarik nafas lega. Kalau sebelum ini mereka seolah tidak percaya akan kemampuan kewangan Murni untuk membaiki dan membaik pulih rumah pusaka itu.

Murni sudah pun menceritakan tentang aset dan wang simpanan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya. Tentang pekerjaan dan jawatan yang dijawatnya ketika ini.

Murni bercadang mahu mengadakan kenduri doa selamat di rumah pusaka itu apabila semua kerja-kerja berjaya diselesaikan nanti.

Ada mesej masuk diterima. Dibuka dan dibaca. Kiriman dari Zhafik mengajaknya makan malam. Zhafik akan mengambilnya di apartmen sebentar lagi.

Ajakan itu diterima dengan senang hati, memandangkan rasa terhutahg budi atas pertolongan Zhafik tempohari.

Murni bersiap ala kadar. Blaus lengan panjang separas punggung berwarna emarald dipadankan dengan skirt potongan mermaid berwarna hitam. Tudung bawal berwarna kuning mustard bercorak geometri.

Wajah yang putih bersih hanya di alas nipis dengan bedak kompak. Bibir pula di oles dengan lip balm yang mengikut warna semulajadi bibirnya. Hanya itu sahaja.

Loceng pintu berbunyi. Tas tangan dan telefon bimbit diatas meja tamu di capai. Murni membuka pintu masuk aparment. Zhafik sedang berdiri dimuka pintu.

"Assalamualaikum..."

Salam dijawab perlahan. Zhafik hanya tersenyum memerhati. Lelaki itu nampak segak dengan hanya memakai baju t putih lengan pendek berkolar. Berseluar jeans biru kehitaman. Rambut disisir rapi.

Zhafik membantu Murni mengunci gril. Kemudian mereka berjalan beiringan menuju ke pintu lif. Masing-masing hanya berdiam diri sehingga lif berhenti di basement tempat Zhafik meletakkan keretanya. Zhafik membukakan pintu kereta untuk Murni.

'Awak ok tak, senyap je dari tadi." Zhafik bersuara setelah dilihatnya Murni hanya diam, tanpa sepatah kata. Menjadikan dia turut sama mati kutu hendak berkata-kata.

Murni mengangkat wajah dan menoleh kearah Zhafik yang kebetulan memandangnya.

"Saya okay," jawab gadis itu perlahan, lantas mengalihkan pandangan ke hadapan. Suasana malam yang masih awal agak sibuk dengan kenderaan.

'Bagaimana tinggal di apartmen sekarang, selesa tak?"

"Alhamdulillah, cukup selesa. Cuma apartmen tu agak besar untuk saya tinggal seorang diri."

"Ajaklah kawan-kawan tinggal sekali. Ataupun awak ambil je pembantu rumah. Tak lah rasa sunyi sangat."

"Saya tak ramai kawan. Nana seorang je kawan saya sejak dulu. Tapi dia tinggal tinggal dengan adik lelakinya yang masih belajar."

"Oh...," Zhafik mula faham. Kereta yang dipandu memasuki perkarangan sebuah restoran.

"Jom, dah sampai pun." Zhafik dan Murni turun dari kereta.

Zhafik sudah menempah meja untuk mereka berdua. Pelayan restoran menunjukkan meja untuk mereka, yang terletak agak tersorak tetapi berhampiran dinding cermin yang boleh melihat suasana diluar restoran.

Kad menu dibelek. Setelah memilih makanan masing-masing, mereka hanya menanti pesanan tiba.

"Encik Zhafik, saya nak jemput awak datang ke kenduri di rumah keluarga saya bulan depan."

"Kenduri... awak nak kahwin dah ke?"

Murni ketawa melihat wajah Zhafik yang agak terkejut.

"Taklah, saya nak buat kenduri doa selamat je. Datanglah nanti. Keluarga Encik Hakim pun saya jemput sama."

"Ohh, ingatkan awak nak buat kenduri kahwin. Lega saya dengar." Zhafik ketawa perlahan.

"Lega kenapa?" Wajah Murni berkerut bila mendengar perkataan itu yang disebut oleh Zhafik.

"Lega lah, sebab saya mungkin masih ada peluang." Zhafik senyum. Murni masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Zhafik.

"Peluang apa pulak. Apa maksud Encik Zhafik?" Murni seolah baru menyedari sesuatu. Namun dia endahkan sahaja apa yang terlintas di fikirannya saat itu.

Sebelum sempat Zhafik menjawab, pelayan restoran tiba membawa makanan yang dipesan. Zhafik menjemput Murni makan. Suasana kembali sepi.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now