36

331 17 0
                                    

Kak Yati

Ketukan di pintu bilik tidurnya kedengaran.

"Cik Murni, sarapan dah siap." Suara Kak Yati memanggil.

"Yer kak Yati. Saya dah bangun. Kejap lagi saya keluar." Jeritnya sedikit kuat. Tadi dia sudah bangun solat subuh. Lepas solat dia baring santai di katil sambil membelek telefon.

Segera dia bangun dan turun dari katil. Dikemas dan dirapikan sarung tilam dan bantal. Setelah siap, tuala mandi dicapai lalu menuju ke bilik mandi.

Hari minggu begini dia tidak punya rencana mahu kemana-mana. Selesai mandi, dia masuk ke bilik menyimpan pakaian. Memilih pakaian ringkas, seluar palazo berbelang hitam putih bersama baju t lengan pendek bercorak polka dot.

Keluar dari bilik, aroma harum nasi lemak singgah dihidung. Kak Yati, pembantu rumah yang baru diambil bekerja sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di sinki.

"Kak Yati, jom sarapan." Memang sudah jadi kebiasaan sejak bekerja di rumah itu, setiap kali waktu makan, Kak Yati akan makan bersamanya. Dia tidak pentingkan diri sebagai majikan. Kak Yati telah di anggap bagai kakak kandung sendiri.

Usai bersarapan dia duduk di sofa. Tv dinyalakan. Namun telefon tetap tidak lepas dari pegangan.

Ada mesej dari Khaeir. Hanya memberi laporan tentang inap desa yang sudah mula menjadi tumpuan. Ramai yang berminat untuk menyewa.

Segala urusan inap desa, Murni serahkan kepada Khaeir. Setiap bulan Murni akan membayar elaun kepada Khaeir. Walaupun pernah di tolak, namun akhirnya Khaeir menerima juga.

Teringat akan perbualan dan luahan Khaeir malam itu. Dia tahu Khaeir kecewa. Sejak malam itu, dia dan Khaeir sudah jarang berbalas mesej kecuali jika berkaitan kerja.

Lelaki itu, biarpun hanya bekerja kampung, tetapi sangat rajin. Hasil ladang yang diusaha kan sangat menguntungkan. Segalanya diusahakan dengan tulang empat kerat.

Khaier bertubuh sederhana, agak kurus. Wajahnya tampan, berkulit sedikit cerah dan tidak merokok. Khaeir adalah bekas graduan namun dia memilih untuk bekerja sendiri selepas gagal mendapat pekerjaan.

Murni mengeluh perlahan. Tiada lagi lelaki yang pernah singgah dalam hatinya. Tiada manusia pernah di dambakan untuk mengisi hatinya yang kosong.

Zhafik juga tidak mendapat tempat dihatinya, biarpun lelaki itu punya kerja yang bagus, berpenampilan menarik dan segak. Dia tahu Zhafik adalah seorang duda dan bekas peguam.

Antara dua lelaki itu, ada banyak perbezaan. Khaeir yang agak pendiam. Zhafik pula seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.

"Hmmm..." Sedikit keluahan terlepas dari bibirnya. Kini dia hanya berserah. Jika ada jodoh, memang adalah nanti lelaki yang akan bergelar kekasih hatinya. Akan ada lah seorang raja yang bertakhta disisinya nanti.

Dia bangun menuju ke dapur mencari Kak Yati. Wanita itu sedang sibuk mengemop lantai dapur.

"Kak Yati, petang nanti kita keluar shopping ya. Nanti akak senaraikan barang-barang dapur yang hendak di beli."

Kak Yati menoleh. "Baiklah Cik Murni."

Pagi minggu yang agak membosankan. Hanya duduk terperap di rumah. Murni masuk ke bilik. Sebuah novel di ambil dari rak buku. Novel cinta yang baru sahaja dibeli seminggu yang lalu.

Satu notifikasi masuk ke telefon bimbitnya. Murni membuka dan membaca mesej yang di kirim di laman whatsApp.

Hanya Zhafik dan Nana yang terlebih rajin mahu tahu apa aktiviti hujung minggu Murni. Sejak kebelakangan ini, Zhafik rajin mengajaknya keluar janji temu. Namun bukan semua ajakan itu dapat dipenuhi. Lagipun dia tidak mahu Zhafik menaruh harapan terhadapnya sama seperti Khaeir.

Dia masih belum bersedia menerima lelaki dalam hidupnya. 

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now