44

312 11 0
                                    

Perasaan

Sorotan matanya di halakan ke luar tingkap pejabat. Rintik-rintik hujan yang masih lebat menghentam kaca cermin. Pandangannya sedikit berbalam. Langit masih gelap. Belum ada tanda-tanda hujan akan berhenti. Di bawah sana, di jalan raya, kenderaan bertali arus. Sesak.

Hari-hari dijalani seperti biasa. Segala kerja di pejabat dilakukan dengan baik. Kilang perabot dibawah kendaliannya semakin dikenali ramai. Perkembangan kilang sangat bagus. Pelanggan-pelanggannya banyak dari sektor kerajaan dan koperat. Permintaan ke atas perabot keluaran syarikat Timbers & Mines begitu tinggi.

Walaupun kerja-kerjanya semakin bertambah, Murni tidak pernah merungut. Hakim banyak membantu dia. Pekerja-pekerjanya juga boleh diharap. Mereka bekerja dalam satu pasukan. Kebajikan pekerja juga tidak sesekali diabaikan.

Kembali dia duduk di kerusi. Jam di tangan direnung. Waktu pejabat sudah lama berakhir. Namun dia masih belum mahu pulang. Mungkin sekejap lagi, bisiknya.

Baki kopi di dalam cawan dihirup. Kertas-kertas yang berselerak di kemaskan. Dia membuka buku planner. Meneliti jadual kerja untuk esok.

Telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Cepat-cepat dicapai dan meneliti nama pemanggil. Hakim.

Panggilan dijawab. Satu senyuman terukir di bibir gadis itu. Buru-buru dia mengambil tas tangan. Selepas berpuashati dengan meja yang sudah kemas, dia bangun. Telefon disimpan dalam tas tangan yang sudah pun di sangkut di bahu.

Cawan kosong diambil, seraya kakinya melangkah menuju ke pintu. Kemudian pintu itu dikunci.

Suasana pejabat agak lengang. Hanya kelihatan seorang dua pekerjanya yang masih duduk menunggu hujan teduh barangkali. Hanya senyuman yang diberikan ketika bertembung dengan pekerja itu.

Cawan yang dipegangnya tadi dibawa ke pantri, kemudian dibasuh dan ditiarapkan dalam bakul pengeringan. Sesudah itu dia berjalan keluar menuju pintu lif. Butang lif ditekan.

Sesampainya di lobi. Dia nampak Nana sedang berdiri ditepi kuanter penyambut tetamu. Hujan diluar masih lebat. Dia melangkah menghampiri Nana.

"Weh babe, pesal kau tercegat kat sini. Kenapa tak balik lagi?" Tegurannya membuatkan Nana sedikit terkejut.

"Ehh kau. Tak, aku tengah tunggu si angah ni. Tak sampai- sampai lagi." Ujar Nana.

"Angah datang sini ambil engkau. Kereta kau mana?" Murni tahu Nana sudah ada kereta sendiri. Sudah tidak bawa motorsikal lagi untuk kemana-mana.

"Angah pinjam pagi tadi sebab nak hantar model rumah yang dia reka tu. Dia malas nak bawak naik motor. So pagi tadi dia hantar aku masuk kerja lepas tu baru dia ke kolej." Mata Nana tetap memandang arah pintu masuk lobi.

"Ohh, mesti trafik sesak teruk hujan-hujan macam ni. Kejap lagi sampai la tu. Yang kau berdiri dekat sini buat apa. Duduklah kat sofa tu."

"Aku dah banyak kali bangun duduk, rasa nak terkucil pun ada ni ha. Setengah jam dah aku tunggu tau. Dahlah sejuk aircond dalam ni." Kedua belah lengannya di gosok-gosok untuk menghangatkan tubuh.

"Ehh kau pergilah tandas dulu. Biar aku je yang tunggu angah. Pergilah."

"Ha ok...kau tunggu kejap ehh." Nana pantas meninggalkan Murni. Laju dia berjalan menuju ke tandas.

Murni melihat jam tangan. Janjinya untuk bertemu dengan Hakim ada kira-kira sepuluh minit lagi. Dia menunggu lelaki itu turun dari pejabatnya.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now