29

331 16 0
                                    

Dendam

"Suka tak?"

Suatu hamparan mewah diperlihatkan sebaik sahaja pintu apartmen itu dibuka oleh Hakim.

Hakim memandang ke arah Murni yang kelihatan seperti hilang suara. Memek wajahnya nampak terkejut.

"Apa ni, apartmen siapa ni?"

Tadi sebaik sahaja dia sampai di pejabat, Hakim terus mengajak dia datang ke bangunan itu dan membawa dia melihat sebuah apartmen.

"Apartmen ni syarikat sediakan untuk awak. Lepas ni awak boleh lah tinggal di sini." Jelas Hakim.

"Tapi....!"

"Ayah dan ibu yang serahkan pada saya untuk carikan sebuah rumah yang lengkap dan selesa untuk awak atau awak boleh tinggal dirumah ayah dan ibu saya. Mana satu awak nak?" Hakim membuat penawaran.

"Tapi, saya lagi selesa tinggal dibilik kecil yang saya sewa tu." Mana mungkin dia tinggal di sebuah apartmen yang sangat luas dan punya 4 bilik sebegitu. Sendirian pula.

"Bilik sewa awak tu tak sesuai untuk orang yang berjawatan dan bergaji besar macam awak. Kalau dulu awak kerja kat pasaraya tu, tak ada siapa pun nak peduli, bilik itu memang sesuai untuk awak tinggal."

Mata Murni meyorot sekitar ruangan rumah itu. Ruang tamu sudah siap dipenuhi dengan sofa. Hiasan dalamannya sangat mewah. Meja makan berkerusi lapan yang sangat besar.

Kakinya melangkah kebahagian dapur. Table top, kabinet melekap di dinding dan kitchen island memang cantik siap dengan segala kelengkapan memasak.

"Kalau awak mahu, awak boleh ajak Nana tinggal dengan awak. Ataupun awak boleh menggajikan seorang atau dua pembantu rumah dan tukang masak." Cadang Hakim.

Murni ketawa bila Hakim menyebut tentang pembantu rumah dan tukang masak. Apa ke pelik, bukannya dia sudah berkahwin atau berkeluarga. Bukan juga dia tak pandai memasak atau berkemas rumah.

"Melampau la kalau nak pakai maid dan chef kat rumah. Saya belum kahwin lah. Setakat ni saya mampu buat sendiri semuanya. Bukannya saya tak biasa." Tutur Murni. Hakim turut ketawa.

"Jadi macam mana, setuju tak untuk tinggal di sini?" Tanya Hakim. Jika Murni setuju, pasti ibu dan ayahnya akan gembira.

"Nanti lah saya fikir dulu. Syarikat baru sahaja belikan saya sebuah kereta. Saya rasa macam semuanya terlalu cepat. Dalam masa beberapa bulan saja saya dah punya kerja, kereta dan bakal ada rumah baru. Saya pun tak habis fikir lagi dengan rezeki yang saya dapat ni." Ujar Murni panjang lebar. 

Bukan dia tidak mahu bersyukur, tetapi segala yang terjadi memang tidak terduga olehnya. Tidak sampai setengah tahun, Allah telah memberi dia rezeki yang cukup mewah.

"Jom, kita pergi makan." Suara Hakim mencantas apa yang sedang ada di fikirannya.

Hakim menyerahkan kunci apartmen kepada Murni selepas dia mengunci pintu utama apartmen. Mereka lantas melangkah seiringan menuju ke pintu lif.

*****

"Ahemmm!!... Seronok makan berdua nampak?" Susuk Khadija sudah tercegat sebelah kerusi Hakim.

Kebetulan pula dia berada di restoren itu kerana berjanji temu dengan penganjur pentas peragaan untuk mendapatkan slot modeling.

"Dija. Buat apa kat sini?" Hakim tidak terkejut dengan kehadiran Khadija sebab dia sudah nampak gadis itu semasa masuk ke restoren. Tetapi diendahkan sahaja.

"I ada discussion dengan member kat sini. And you pulak kenapa you keluar dan pergi makan dengan dia ni?" Mata Khadija menjeling kearah Murni.

"I pun ada job discussion dengan Murni. Hal kerja juga." Ujar Hakim menjawab pertanyaan Khadija. Dia tahu Khadija sedang marah dan cemburu. Hakim sudah terbiasa.

"Bukan you boleh bincang kat office aje ke, sampai nak bincang pasal kerja dalam restoran ni pulak?" Suara tidak puas hati diluahkan. Intonasi suara Khadija sudah mula berubah. Mata pun sakit melihat Murni bergelak ketawa dengan Hakim.

"Dija, you pun boleh bincang hal kerja you dalam restoran ni kan, jadi tak salahkan kalau I nak bincang hal kerja I dekat sini?" Hakim cuba untuk menahan tonasi suara supaya pelangan lain di dalam restoren tidak terganggu.

"Huh, you memang tak tahu nak jaga hati I kan. I..."

"Cik Khadija. Saya cuma ikut Encik Hakim. Saya hanya ikut arahan. Lagipun Cik Khadija tak perlu nak cemburu kat saya. Kami ni kawan satu pejabat saja, ok. Dan saya tahu Cik Khadija tunangan Encik Hakim." Murni yang diam sejak tadi mula bersuara.

'Entah apalah yang Khadija cemburukan pada dia agaknya,' Murni mengeluh perlahan.

"Hei!... You diam. I tak cakap dengan you pun." Jerit Khadija. Sakit hati bila melihat gadis yang nampak lebih cantik dari dirinya sedang duduk berduaan dengan Hakim.

"Hentikan Dija. Jangan nak buat malu dekat sini. Tak nampak ke ramai yang memandang tu." Kelakuan Khadija membuatkan Hakim mula panas hati.

Khadija tidak jadi hendak membuka mulut. Dia beredar dari situ dengan muka merah padam dan hentakan keras sepatu stiletto nya.

'Tak akan aku biarkan perempuan terlepas begitu sahaja,' bisik hatinya.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now