Sang Jadong Dalam Kalangan Agamawan

23 0 0
                                    

❛Jadong❜. Kadangkalaߨ saya rasa terpesona dengan perkataan yang asalnya akronim kepada jahat, bodoh dan sombongߨ lalu ia menjadi suatu makna dalam perkataan yang ringkas lagi padat. Adakalanya saya kagum betapa kreatifnya orang yang mencipta perkataan sebegini. Jadong ini boleh berada di mana-mana bahagian sama ada bidang agama, politik dan lain-lain.

Untuk ini❟ saya ingin menumpukan kepada agamawan. Saya sebenarnya sudah menghasilkan penulisan yang memberikan bantuan, tips dan nasihat untuk sampai kepada ilmu alat yang penting dalam pemahaman agama. Untuk bahasa Arab❟ saya telah menulisnya dalam «Diari Diri ߸ Nasihat, Tips Dan Panduan Untuk Belajar Bahasa Arab Bagi Pemula». Untuk ilmu hadis❟ saya telah menulisnya dalam «Jalan Menuju Kepada Kemahiran Ilmu ᓫIlal al-Ḥadīṯ» dalam kolum «al-H̱iṭōb al-Wajīz ߸ Isu Hadis». Untuk ilmu uṣūl fiqh pula❟ saya telah menulisnya dalam «Menuju Kepada Kemahiran Ilmu Uṣūl al-Fiqh dan al-Qowāᓫid al-Fiqhiyyah» dalam kolum «al-H̱iṭōb al-Wajīz ߸ Isu Fiqh Dan Uṣūl Fiqh».

Saya akui bahawa saya bukanlah ahli ilmu yang layak dibandingkan dengan mereka yang lain yang memiliki kedudukan yang tinggi dan kewibawaan yang berprestij. Apa yang saya usahakan yang sedikit ini jika ia tidak melahirkan seorang ahli ilmuޱ sekurang-kurangnya ia mampu merapatkan jurang antara tahap ahli ilmu yang tinggi dan tahap sang awam secara purata. Di samping itu❟ mengharapkan juga agar sama-sama kemahiran ilmu ini membawa kita kepada jalan yang lurus dan istiqamah di dalamnya dengan manhaj yang tulen lagi mapan sehingga akhir hayat kita.

Saya tidak ada apa-apa kepentingan untuk menyembunyikan tangga untuk mencapai kemahiran ilmu alat. Saya ikhlas kerana Allah Subḥānahu Wa Taᓫālā ingin membantu semua orang meski dari orang yang memusuhi saya supaya mereka pun mampu meningkatkan diri mereka dengan pengetahuan yang berguna. Mudah-mudahan boleh menjadi lawan yang setara atau lebih baik daripada saya sehingga dia mampu mengenal pasti dan membetulkan bahagian yang saya kurang dan silapߨ tetapi saya tidak nampak dan menjadi orang yang saya boleh tadah ilmu daripadanya.

Itu pun ada yang menyindir saya dengan berkata: "Ini semua adalah pembelajaran dengan cara memandai-mandai sendiri tanpa bimbingan guru". Dalam seumur hidup saya ini❟ saya dan mereka yang lain yang menggalakkan pembacaan tidak pernah kata pembelajaran melalui guru adalah tidak diperlukan.

Demi Allah! Ini tuduhan dusta terhadap saya dan mereka yang lain. Dalam bahasa Arab❟ guru yang saya cadang untuk belajar adalah Rusdi Alias. Malahߨ saya juga menekankan pembelajaran secara talaqqi dalam menguasai ₍al-Jumlah al-Ismiyyah₎ dan ₍al-Jumlah al-Fiᓫliyyah₎ serta kemahiran iᶜrab adalah sangat penting. Begitu juga saya secara peribadiܦ mengikuti kelas talaqqi secara langsung sama ada dalam talian atau di luar dan mengambil kesempatan yang semampunya untuk menghadiri ke kelasnya.

Jelas sekali bahawa ia adalah tuduhan dusta. Marilah kita bersumpah laknat kalau berani menanggung tuduhan itu di akhirat kelak. Sejujurnyaܦ saya tidak pernah sama sekali mengajak sesiapa untuk bersumpah laknat meskipun dari musuh saya. Ia sebenarnya tanggungan yang berat baik di pihak saya atau di pihak lawan.

Namunߨ tuduhan untuk menggalakkan memantapkan ilmu melalui pembacaan selalu sahaja dilemparkan secara sembarangan sebagai orang yang tidak menghargai pembelajaran secara berguru dan lain-lain seumpamanya. Oleh sebab ada orang sengaja memburukkan orang lain dengan tuduhan jahat lagi rambang sebeginiߨ mereka ini sewajarnya diajarkan secukup-cukupnya.

Ada beberapa sebab saya tidak mencadangkan nama-nama guru yang memiliki penguasaan dalam ilmu tersebut dan mengajarkannya. Pertamaߨ walaupun saya kenal beberapa guru yang terbaik untuk bidang tersebutޱ sebahagian mereka tidak membuat rakaman video pengajiannya sama ada sengaja atau sememangnya tidak berkemampuanߨ sudah tentu lagi tidak akan berpeluang untuk mendapat video pengajiannya dalam kuliahnya dalam laman maya supaya boleh dipelajari setiap orang.

Diari Diri Tentang Amir KazumaWhere stories live. Discover now