Jangan Takut Menghadapi Kejahilan Dan Terjebak Dalam Kesilapan

21 0 0
                                    

Saya juga pernah menempuh zaman saya kebingungan dalam bahasa Arab dan kejahilan yang amat dalam ilmu hadis. Pada masa itu❟ saya merasakan agak mustahil untuk saya menguasainya dan untuk mencapai tahap pemahaman yang asas pun❟ ia bagaikan langit dan bumi. Saya lebih menumpukan kepada kemahiran uṣūl fiqh dan kaedah fiqh yang saya kira dapat menyerlahkan kemampuan saya.

Sudah tentu saya sangat bergantung kepada karya yang diterjemahkan. Dalam hadis❟ saya bertaklid kepada penilaian al-Albāniyy untuk kebanyakannya dan jika tidakޱ saya akan memilih Šuᓫayb al-Arnā^ūṭ atau Aḥmad Muḥammad Šākir. Saya memang tidak boleh independen dalam bahagian ini. Saya juga pernah keliru bagaimana perawi yang ada dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» dan «Ṣoḥīḥ Muslim» boleh ditolak beberapa hadisnya kerana ada masalah kejituan dan menyalahi perawi yang lebih mapan daripadanya.

Entah suatu hari kemudian dengan izin dan hidayah-Nya❟ saya mula memberanikan diri untuk membuat penilaian sendiri terhadap status hadis. Terima kasih kepada laman Islamweb dahulu yang pernah menyediakan semakan untuk biografi perawi yang mana apabila kita klik pada nama perawi pada sanad tersebutޱ kita boleh lihat tajrih dan taᶜdil ahli hadis terhadapnya dari dahulu sehinggalah yang terkemudian. Saya perlahan-lahan mula melepaskan diri daripada pandangan al-Albāniyy. Masa inilah saya mula dapat mendalami ilmu hadis sepertimana yang saya mahu.

Saya mula-mula pun bergerak atas haluan sendiri dan bekalan yang saya peroleh melalui pembelajaran kendiri dan pemerhatian. Boleh dikatakan pada masa itu❟ saya tiada guru yang boleh mengajarkan saya tentang ilmu hadis. Malahߨ pada masa itu❟ tokoh-tokoh hadis tempatan kita bukan begitu menonjol seperti sekarang. Nama-nama mereka tidak gah sepertimana asatizah fiqh atau ahli nasihat. Sukar untuk bertemu mereka yang benar-benar berkeahlian yang boleh saya tadah ilmu daripadanya.

Sehinggalah kemunculan Rozaimi Ramle dan Kamilin Jamilin. Saya mula mempelajari hadis sebelum nama ini meraih populariti yang berpengaruh pada hari ini. Namunߨ setelah saya mengikuti kuliah dan cara mereka dalam penilaian hadisܦ saya bersyukur kepada Allah bahawa apa yang saya lakukan sebelum ini menepati dengan cara merekaߨ terutamanya cara mentaᶜlilkan hadis.

Setelah saya dapat menguasai bahasa Arabܦ saya mula mengikuti forum dan karya berbahasa Arab sama ada artikel, jurnal, tesis atau buku. Sekali lagi saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada-Nya dengan sebanyak-banyak kesyukuran bahawa saya bukan sahaja boleh menelusuri dengan lancar perbahasan merekaߨ malah apa yang saya lakukan ini sama sepertimana mereka paparkan.

Selama iniܦ saya memang mempelajari hadis tanpa guru dan saya memang khuatir kalau saya tersilap. Hari ini❟ saya dapat mempraktikkan ilmuᓫilal al-Ḥadīṯ dalam penulisan saya dan saya berjaya menghasilkan penulisan yang khas tentangnya sebagai membuktikan kemampuan saya dalam ilmu tersebut. Judul tersebut saya menamakannya sebagai «Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan ᓫIlal al-Ḥadīṯ».

Saya tahu ada orang meragui kebolehan saya dalam ilmu hadis apabila saya menyatakan bahawa saya tidak belajar berguru secara khusus untuk ilmu hadis. Namunߨ saya mempersilakan dan mengalu-alukan untuk semua orang menguji dan analisis penulisan saya tersebut.

Buktikan bahawa saya terbabas dalam hal itu. Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa untuk bahagian ilmu. Saya mahu bersikap telus atau transparensi. Jika ada kelomponganޱ maka ia juga bermanfaat untuk saya yang saya boleh pelajari daripada kesilapan yang dinyatakan.

Malah,ߨ untuk pengetahuan❟ Aḥmad bin Muḥamamd bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wa ālihi wasallam⁃ dalam «al-Baḥr al-ᓫAmīq Fī Marwiyyāt Ibn aṣ-Ṣiddīq» menyebutkan bahawa dia menguasai ilmu hadis sehingga ke tahap huffaz kebesaran tanpa bertalaqqi dengan sesiapa pun. Namunߨ tidak ada sesiapa pun yang menafikan kehebatannya dan keunggulannya dalam ilmu hadis. Ini boleh dilihat dalam pembentangan ᓫAlyā^ Muḥammad Zaḥl dalam «al-Ḥāfiẓ Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq Wa Juhūduh Fī H̱idmaẗ al-Ḥadīṯ Min H̱ilāl Ajzā^ih al-Ḥadīṯiyyaẗ».

Diari Diri Tentang Amir KazumaWhere stories live. Discover now