Antara Kelunakan Dan Kebengisan Saya

19 0 0
                                    

Ada masaܦ saya perlu memberikan ruangan yang luas, selesa dan ditoleransi. Ada masaܦ saya akan bersikap tegas dan kadangkala mungkin tampak bengis dan kejam. Mengapa perlu saya nyatakan ini walaupun ini maklum untuk semua orang akan ada dua perkara yang kontra dalam isu yang berbeza-beza? Ia ada kaitan dengan penulisan ilmiah saya yang lain. Ia adalah keperluan untuk saya untuk tegaskan pendirian saya yang sebenar-benarnya kepada setiap pembaca di sini.

Sebelum saya tegaskan isunyaܦ mari kita lihat terlebih dahulu cita-cita, impian dan hasrat saya apabila saya memegang tampuk pemerintahan ⁃dan itu pun jika saya mampu⁃ atau ada orang lain akan membantu dalam merealisasikan apa yang saya dambakan supaya para pembaca tahu di mana landasan perjuangan saya, apa visi saya dalam membentuk sebuah masyarakat, negara dan orde serta di mana bahagian saya agak berlembut dan di mana bahagian saya sangat keras.

Cadangan tentang visi dan pembangunan masa hadapan ini adalah refleksi pemikiran seseorang dalam membentuk sebuah masyarakat dan negara, tanggapan alamnya tentang kedua-duanya serta sejauh mana kecelikan dalam isu yang berkaitan dengan kedua-duanya. Adakalanyaܦ seseorang mampu berhujah secara bernas dan menyerlah dalam perdebatanߨ tetapi dengan menjengah bagaimana impian pada masa hadapan❟ ia memperlihatkan peribadi tulennya, orientasi perjuangan dalam hidupnya dan gerak kerjanya dalam memandu masyarakat.

Sebahagian orang berceramah sana siniߨ tetapi impian sebenarnya hanyalah sekadar untuk memenuhi poketnya, menstabilkan pendapatannya dan kekal dalam pengaruh masyarakat. Apa yang ingin dibawa kepada masyarakat adalah soal yang kedua atau seakan-akan boleh tidak dipedulikan jika perlu.

Mereka mungkin ada keinginan untuk menyedarkan masyarakat untuk kembali beragama dan sentiasa hidup dalam keberagamaanߨ namun keberagamaan yang sepertimana yang mereka inginkan? Inilah yang menjadi titik persoalan bagi setiap pewacanaan. Kita tidak akan berjuang tanpa berlanskapkan realiti di sekeliling kita dan membawa masyarakat tanpa hala tuju yang sekadar utopia sahaja.

Sebahagian orang mungkin sudah membaca beberapa idea dan penghujahan sayaߨ namun mereka mungkin tertanya-tanya apa yang saya impikan dalam masyarakat untuk direalisasikan. Sekalipun kita bukanlah bakal pemegang tampuk kepimpinan pada masa hadapanޱ kita sekurang-kurangnya bukan hanya bersembang atau berbahas semata-mata tanpa meninjau realiti, keadaan semasa dan arus perjalanan masyarakatߨ tetapi kita juga ada sesuatu yang ingin diharapkan terjadi dan terlaksana.

Apa yang saya cadangkan ini mungkin tidak seberapa dan sebahagiannya mungkin agak remeh. Namunߨ walau bagaimanapunߨ saya bukan membentangkan kesemua ini atas dasar pemikiran kosongߨ tetapi ia dari pemerhatian dan analisis saya untuk pelbagai isu, pembacaan dari pelbagai sumber dan pelbagai asas yang lain. Apa yang saya nyatakan di sini mungkin akan bertambah atau saya tarik balik mengikut perkembangan ilmu yang saya perolehi. Kemungkinan penulisan ini akan berlakunya editan dari semasa ke semasa.

Inilah yang saya akan merealisasikannya ⮯

⟾ Menjayakan cita-cita buku «Panas, Rata Dan Sesak» karya Thomas L• Friedman bagi mewujudkan dunia yang beriklim stabil, penggunaan tenaga bersih secara global, pemuliharaan biodiversiti, pengurangan pencemaran serta memberikan hak kependudukan dan penempatan untuk memperoleh akses tenaga bersih, maklumat bersih dan lain-lain.

Ini perkara yang paling penting dalam jaminan kebahagiaan dan keselamatan manusia sejagat supaya kehidupan mereka tidak digugat oleh kesan buruk yang ganas akibat penyelewengan dan kerosakan yang berlaku pada alam.

⟾ Memotong jumlah pendapatan secara drastik bagi mereka yang terlibat dengan dunia hiburan seperti penyanyi, pemain muzik, pelakon, atlet dan lain-lain. Hasil pemotongan akan diagihkan kepada ahli akademik dan kajian santifik serta kepada pendidikan.

Hal ini saya tidak melihat mereka ini melainkan sekadar objek sorakan, tepuk tangan dan hiburan. Mereka tidak ada apa-apa fungsi melainkan sekadar perehat dan relaksasi. Tidak lebh daripada itu. Memberikan suntikan yang lebih terhadap mereka menjadikan hiburan itu sebagai suatu kelalaian dan kehanyutan. Kecuali jika hiburan itu menerapkan unsur ilmiah dan falsafah atau sejarahޱ ia akan diberikan dana jika benar-benar diperlukannya.

⟾ Mengurangkan rancangan berbentuk hiburan yang tidak membawa apa-apa makna serta mempergiatkan wacana ilmu sama ada filem dokumentari, cerita sains fiksyen, cerita yang penuh falsafah lagi sejarah dan lain-lain bagi merealisasikan rakyat yang celik kepada pengetahuan dan sentiasa tercetus dengan kecendekiaan.

Diari Diri Tentang Amir KazumaWhere stories live. Discover now