Mengapa Saya Menyarankan Untuk Menjadi Mujtahid?

34 0 0
                                    

Dalam mana-mana penulisan❟ saya sentiasa akan menekankan bahawa setiap orang perlu mengerahkan segala kemampuan untuk analisis dalil supaya ikutannya di atas pegangan yang jitu dan komprehensif. Sekalipun dia tidak menamakan dirinya sebagai mujtahidޱ tetapi nama tidaklah penting. Yang penting adalah usaha yang cekal dan dedikasi yang ikhlas semata-mata untuk Allah Taᓫālā dan agama ini untuk sentiasa mendahulukan argumentasi yang kukuh dan kehujahan yang konkrit. Ini menepati apa yang disebutkan Maḥmūd Saᓫīd Mamdūḥ tentang mujtahid :

هناك نوع فريد من العلماء لاينبغي أن تخلو الأمة من أمثاله. هم المجتهدون أو قل المتبعون الذين يدورون مع الدليل وهم من استكملوا الآلات المؤهلة للفهم الصحيح للنصوص ومشوا مع النص وداروا معه.

"Di sana❟ ada jenis tersendiri daripada ulama yang tidak patut ia sepi daripada umat dari golongan terhormat. Mereka adalah mujtahid atau katakanlah bahawa mereka adalah pengikut orang yang mengelilingi bersama dalil. Mereka adalah orang yang telah sempurna ilmu alat yang membawa kepakaran untuk kefahaman yang tepat pada skriptur, berjalan di atas skriptur dan mengelilingi bersamanya". [Rujuk ᗒ https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=242554779492136&id=100012128473491].

Makaߨ mujtahid di sini adalah orang yang mempunyai kemampuan ilmu yang mencukupi dan berkemampuan untuk menghadam, menganalisis dan mengikuti perbahasan dalam aspek yang ingin dia berijtihad padanya serta mampu menetapkan keputusan sendiri bersama pembinaan hujah ilmiah yang matang lagi rasional atas dasar dedikasi untuk mengikuti dalil tanpa terikat dengan mana-mana seseorang imam atau kelompok tertentu atau mazhab tertentu.

Selalu sahaja gambaran tentang mujtahid ini terlalu berlebihan sehingga di luar layar realistikߨ bahkan seakan-akan dewa yang martabatnya hampir mustahil untuk dicapai untuk orang zaman sekarang. Aḥmad bin Muḥammad ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wa ālihi wasallam⁃ telah pun membahaskan secara tuntas tentang hal ini dan memurnikan salah faham sebahagian orang tentang mujtahid dengan menjawab beberapa syubhat dan kemusykilan yang ditimbulkan dari orang yang salah faham ini.

Perbahasannya tentang ini telah dikumpulkan ᓫAbdullah bin ᓫAbdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq». Kalaulah bukan kerana ketokohan Aḥmad al-Ġumāriyy dalam kewibawaan ilmunya sehingga digelar al-Ḥāfiẓ dan diperakui dengan kedudukan mujtahidޱ pasti pandangannya tentang mujtahid tidak ada merit pada sebahagian orang. Oleh ituߨ sewajarnya kita menimba pandangan dari mujtahid sendiri supaya kita mengambil berat apa yang diutarakan tentang mujtahid.

Ini juga diikuti oleh adiknya; ᓫAbdul Ḥayy al-Ġumāriyy dalam «Iqōmah al-Ḥujjaẗ ᓫAlā ᓫAdam Iḥāṭoẗ Aḥad Min al-A^immaẗ al-Arbaᓫaẗ Bi as-Sunnaẗ». Judul penulisan ini sahaja seolah-olah menampakkan bahawa penulis ingin merendahkan kedudukan para imam yang memiliki kekurangan pengetahuan dalam hadis dan sunnah. 

Padahalߨ tujuan besar penulisan ini adalah untuk menjernihkan salah faham orang tentang martabat mujtahid dan meletakkan mereka dalam kedudukan yang sebenarnya serta menyninggung pentaklid yang berlebihan dalam pengimejan kedudukan mujtahid demi menjustifikasikan taklid mereka.

Adiknya; ᓫAbdul ᓫAzīz al-Ġumāriyy juga merespons sebahagian sangkaan orang bahawa capaian kepada independen untuk menganalisis dalil di luar keterikatan dengan mazhab tertentu. Dia berkata :

وأما الفروع، فلست بحمد الله مقيدا فيها بمذهب من المذاهب، بل مذهبي في ذلك ما صح عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم من غر نظر إلى موافق أو مخالف. ولعلك تستغرب هذا وتستبعده لقصورك وقصور من حولك عن إدراكه ولكن فضل الله يؤتيه من يشاء ولا ينكر فضله إله القوم الخاسرون. وقبل أن تنكر وتعرض علي وعل من يقول مثل قولي، جرِّبْ نفسك في الدخول في مثل ما دخلنا فيه وروِّضْها على العمل بمقتضاه واعمل على الحصول على الأسباب الموصلة إليه فإنك إن شاء الله سندرك ما أدركناه وتبلغ إلى المقام الذي بلغناه. ثم تصير تعجب ممن يزعم بعد حصول مثل هذا كما تحتقر من يرضى في دينه بالدنية فيقلد فيه كل ناعق ويتبع كل داع كاذب أو صادق. والوصول إلي هذا المقام سهل لمن وفقه الله وهداه إلى العمل على الحصول عليه. فبشيء من الاجتهاد والمباثرة على مطالعة كتب الخلاف العالي مع دوام النظر والمراجعة في كتب الأحكم من الحديث والوقوف على شروحها المبينة لنساخها من منسوخها ومجملها من مُفَصَّلها وخاصها من عامتها، تستطيع أن تصل إلى المرتبة تختار فيها القول الذي تراه موافقا للدليل الصحيح من غير أن ترجع إلى قول إمام من أئمة المذهب مطلقا. والله أعلم.

Diari Diri Tentang Amir KazumaWhere stories live. Discover now