Usah Gentar Menyelisihi Saya Jika Saya Menyalahi Kebenaran

29 1 0
                                    

Walaupun saya selalu berpesan kepada para pembaca, pengikut atau sahabat untuk sentiasa menyelisihi sesiapa sahaja yang dirasakan bersalahan dengan kebenaran walaupun daripada tokoh kenamaan yang berpengaruh yang besarޱ ia juga termasuk saya sendiri yang mungkin lebih rendah daripada mereka semua itu. Allah lebih tahu tentang semua itu.

Yang wajib diikuti adalah Quran dan sunnah serta bukti-bukti kebenaran dan hujah ilmiah. Tokoh dan saya sendiri bukanlah maksum.

Inilah pesan oleh para ilmuwan sepanjang zaman dari awalnya sehingga kini yang menyeru kepada pembebasan fanatisme dan ketaksuban kepada seseorang individu atau sesuatu pihakߨ malah kepada diri mereka sendiri.

Bermula daripada zaman keemasan tiga kurun؛ iaitu zaman para sahabat Rasulullah ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wa ālihi wasallam⁃, zaman tabiin, zaman pengasasan mazhab, zaman kestabilan kodifikasi hadis sehinggalah zaman yang seterusnya yang dinamakan khalaf, kontemporari atau mutaakhirin. Abū Ḥanīfaẗ berkata :

لا يحل لمن يفتى من كتبي أن يفتي حتى يعلم من أين.

"Tidak halal untuk seseorang berfatwa daripada kitab-kitab aku yang dia berikan fatwa sehinggalah dia mengetahui sumbernya". [Al-Intiqō^ Fī Faḍō^il aṯ-Ṯalāṯaẗ al-A^immaẗ al-Fuqohā^ Mālik Wa aš-Šāfiᓫiyy Wa Abū Ḥanīfaẗ ⁃Roḍiyallāhu ᓫAnhum⁃﹇karya Ibn ᓫAbdul Barr﹇m/s 145﹇keluaran Dār al-Kutub al-ᓫIlmiyyaẗ].

Mālik bin Anas berkata :

كل أحد يؤخد عن قوله ويترك إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم

"Setiap orang diambil pendapatnya dan ditinggalkan melainkan penyemadi di dalam kubur ini ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wasallam⁃". [Siyar Aᓫlām an-Nubalā^﹇karya aḏ-Ḏahabiyy﹇jilid 7﹇m/s 178﹇keluaran Dār al-Ḥadīṯ].

Ibn Wahb berkata :

قال مالك: الحكم حكمان حكم جاء به كتاب الله وحكم أحكمته السنة. قال: ومجتهد رأيه لعله يوفق. وقال: ومتكلف فطعن عليه.

"Mālik berkata: ❝Hukum itu ada dua؛ iaitu hukum yang datang daripada kitab Allah tentangnya dan hukum yang sunnah tetapkannya❞. Dia berkata: ❝Pandangan mujtahid kadangkala bertepatan❞. Dia berkata: ❝Orang yang mengada-adakan dicela terhadapnya❞". [Jāmiᓫ al-Bayān al-ᓫIlm Wa al-Faḍl﹇karya Ibn ᓫAbdul Bar﹇jilid 1﹇m/s 775﹇keluaran Dār Ibn al-Jawziyy﹇tahqiq Abū al-Ašbāl az-Zuhayriyy].

Aš-Šāfiᓫiyy berkata :

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بها ودعوا ما قلته.

"Apabila kalian mendapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wasallam⁃ޱ maka berfatwalah dengannya dan tinggalkan apa-apa yang aku perkatakan". [Siyar Aᓫlam ām an-Nubalā^﹇karya aḏ-Ḏahabiyy﹇jilid 8﹇m/s 248﹇keluaran Dār al-Ḥadīṯ].

Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

لا تقلدني ولا تقلد مالكا ولا الثوري ولا الأوزاعي وخذ من حيث أخذوا.

"Jangan engkau bertaklid kepadaku dan jangan engkau bertaklid kepada Mālik, aṯ-Ṯawriyy dan al-Awzāᓫiyyߨ tetapi ambillah daripada mana yang mereka ambil". [Iᓫlām al-Muwaqqiᓫīn ᓫAn Robb al-ᓫĀlamīn﹇karya Ibn al-Qoyyim al-Jawziyyaẗ﹇jilid 2﹇m/s 138﹇keluaran Dār al-Kutub al-ᓫIlmiyyah﹇tahqiq Muḥammad bin ᓫAbdul Salām Ibrōhīm].

Tidak terkira banyaknya kalam seperti ini untuk dimuatkan dalam satu artikel ini. Nasihat yang seumpama ini boleh dilihat dalam «ar-Rodd ᓫAlā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull ᓫAṣr Wa Farḍ» karya Jalāluddīn as-Suyūṭiyy.

Diari Diri Tentang Amir KazumaWhere stories live. Discover now