Jika Ada Ideologi Yang Boleh Saya Nisbahkan Kepada Diri Saya

51 0 0
                                    

Masing-masing dalam setiap individu akan ada pemahaman yang diperjuangkan dan dijadikan pengamalan hidup yang berupa pemikiran, persepsi atau pengamalan peribadi. Kadangkalaܦ mereka tidak menamakan secara spesifik atau tidak mengetahui nama bagi ideologi dan fahaman tersebutߨ tetapi bukan bermakna ia tidak mengandungi apa-apa inti dalamnya. Hanya nama sahaja yang tidak dinisbahkan.

Di sini❟ saya kongsi ideologi yang saya berpegang padanya supaya kita boleh mengenal antara satu sama lain dan merapatkan jurang pemahaman kita dalam interaksi.

Dalam isu agama❟ saya bermanhaj ahli sunnah. Namunߨ jika ada ideologi yang boleh saya nisbahkan untuk diri saya sendiri adalah saya adalah seorang pascasalafi (post-salafist), bukan salafi semata-mata.

Istilah ini saya lihat ia tidaklah begitu popular dan masih belum ada definisi yang jelas untuknya. Jika ada punޱ ia tidak menepati dasar ilmu yang diperlukan dan samar-samar. Makaߨ dalam penulisan ini❟ saya ambil inisiatif untuk membuat pendefinisian yang boleh dipegang secara bersama serta alasan saya untuk menggerakkan dan memperjuangkan ideologi ini.

Mungkin timbul persoalan; mengapa saya memilih salafi sebagai teras kepada proses mencipta ❛pasca‒❜? Saya sebenarnya berpegang kepada ideologi salafi sebagai batu asas dan penggerak kepada perletakan metodologi dalam kefahaman dan perjuangan agama. Apa sahaja penafsiran akan dimenangkan kepada ideologi salafi yang bukanlah atas dasar ketaksubanߨ tetapi dasar disiplin ilmu yang sistematik.

Pun begituߨ setelah melalui penelitian yang mendalam❟ saya meyakini bahawa kita memerlukan penafsiran, pendekatan dan wajah baharu yang lebih segar dan lebih relevan untuk mendepani pelbagai cabaran dan perubahan di hadapain kita. Jika kekal dalam keadaan sedemikianߨ kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang saya akan terangkan kemudian.

Momentum salafi perlu dikekalkan memandangkan ideologi ini pada pengamatan saya❟ sememangnya kejituan yang kukuh dalam keseimbangan titik cerapan. Namunߨ adakalanya aliran itu terbentuk secara kolektif oleh majoritiߨ lantas majoriti itu dijadikan foundasi asas, estalibisimen dan menjadi kesepakatan bagi orang yang terkemudian yang belajar, mengajar dan berjalan di atas aliran ini. Kemudianߨ sesiapa sahaja yang menyalahinya akan dianggap tidak cukup salafi walaupun ia adalah sebahagian daripada yang diterima, dipraktikkan dan diamalkanߨ khususnya daripada pendahulu dan fasa awalnya.

Kita ambil contoh pada aliran ahli sunnah itu. Mereka yang terkemudian bersepakat bahawa Abū Bakr ⁃semoga Allah meredhainya⁃ adalah lebih tinggi kedudukannya berbanding para Sahabat ⁃semoga Allah meredhai mereka⁃ yang lain. Akan tetapiߨ dalam kalangan ahli sunnah terdahulu❟ terdapat segelintir ahli sunnah yang melebihkan ᓫAliyy bin Abū Ṭōlib ⁃semoga Allah meredhainya⁃ berbanding yang lain. 

Ini adalah seperti ᓫĀmir bin Wāṯilah sepertimana yang disebutkan Ibn Ḥajar al-ᓫAsqolāniyy dalam «al-Iṣōbaẗ Fī Tamyīz aṣ-Ṣoḥābaẗ» dan al-Ḥakam bin ᓫUtaybah sepertimana yang disebutkan aḏ-Ḏahabiyy dalam «Siyar Aᓫlām an-Nubalā^». Malahߨ Ibn ᓫAbdul Barr dalam «al-Istīᓫāb Fī Maᓫrifaẗ al-Aṣḥāb» menyebutkan bahawa salaf berselisih pandangan dalam pelebihan ᓫAliyy bin Abū Ṭōlib ⁃semoga Allah meredhainya⁃ berbanding Abū Bakr dan ᓫUṯmān -semoga Allah meredhai mereka berdua-. 

Sebegitu juga keluar menentang pemerintah penindas. Ibn Ḥazm dalam «Marōtib al-Ijmāᓫ» yang membantah dakwaan ijmak terhadap penegahan ini. Malahߨ Ibn Ḥajar al-ᓫAsqolāniyy dalam «Taẖdīb at-Taẖdīb» pada pembiografian al-Ḥasan bin Ṣōliḥ al-Hamdāniyy menyebutkan bahawa pandangan keluar menentang pemerintah penindas adalah mazhab salaf yang terdahulu.

Di sini❟ jelas bahawa kalau ini yang berlaku pada ahli sunnahޱ maka yang menjadi kefahaman kepada salafi pada hari ini tidak semestinya mencerminkan apa yang sebelum daripada orang yang terkemudian membuat persefahaman secara kolektif sama ada tertulis atau diwarisi secara lisan atau terus menjadi tradisi zaman-berzaman secara tidak langsung sehingga ia terestaliblisi dalam identiti salafi. 

Diari Diri Tentang Amir KazumaWhere stories live. Discover now