"Waalaikumussalam, cik abang. Tak ada apa-apa." Hannah mengukir senyum yang manis buat lelaki yang sudah mengambil tempat duduk di hadapannya. Bukankah Hannah sudah beritahu, Rayyan sudah tidak lagi dingin seperti dahulu. Dia sudah pandai bergurau, berjenaka dan bicaranya juga semakin santai. Mata mereka bertentangan buat seketika, mengalirkan suatu rasa bahagia ke setiap urat saraf. Indahnya hidup andai dia dapat menatap sepasang mata hazel itu pada setiap masa.

"Cantik." Terluncur keluar perkataan tersebut saat dia memandang seraut wajah Hannah.

"Hah?" Hannah seakan-akan terkejut dengan pujian tersebut. Dia tak salah dengar kan?

Rayyan menggigit bibir saat tersedar dirinya terlepas cakap. Wanita di hadapannya kini memakai sehelai duck scarves yang dihadiahkan beberapa hari lalu. Matanya terpukau dengan keindahan alam yang terhidang di depan mata. Cantik bak bidadari. Senyuman disorokkan, tidak mahu perasaannya ditebak.

"Mama cantik, kan papa?" Fateh yang mendengar jelas pujian yang Rayyan berikan kepada Hannah mengulang semula apa yang disebutkan.

"Anak papa ni lagi kacak. Macam papa." Rayyan mengubah topik perbualan. Dia menggeletek pinggang Fateh membuatkan anak kecil itu kegelian.

Mereka berdua tertawa bahagia dan sekadar diperhatikan oleh Hannah. Tanpa sedar, dia turut tersenyum sama.

"Terima kasih untuk hadiah ni. Cantik, saya suka sangat. Saya tak pernah minta untuk awak belikan saya macam-macam untuk saya. Jadi selepas ini awak tak perlu susahkan diri awak dan berhabis duit untuk saya. Simpanlah untuk keperluan diri dan keluarga awak. Lagipun saya bukanlah sesiapa dalam hidup awak."

"Kasih diterima. Kau dalam jagaan aku. I'm your guardian angel. Bear that in your mind, young lady." Mata helangnya memandang tunak ke dalam anak mata Hannah bagi meyakinkan Hannah yang dia buat semua ini untuk menjaga Hannah walau di mana sahaja dia berada.

Hannah gerun dengan pandangan yang Rayyan berikan. Meskipun demikian, dia tidak dapat menafikan bahawa dia berasa selamat dan selesa apabila Rayyan ada bersamanya dan di sisinya. Tamakkah dia jika dia tidak mahu sekadar dilindungi dan dijaga Rayyan, tetapi dia mahu Rayyan menjadi milik dia. Dia mahukan Rayyan menjadi pasangan hidupnya dan menghadapi susah senang bersama-sama dengannya. Adakah permintaan dia keterlaluan?

"Fateh pun papa jaga juga, kan?" Fateh turut menyampuk perbualan antara Hannah dan Rayyan. Meskipun dia tidak berapa memahami butir bicara antara kedua-duanya, namun dia boleh tangkap serba sedikit apa yang dibualkan.

"Iya, betul. Kalau papa jaga mama, Fateh pun akan papa jaga. Tak ada apa pun yang boleh mencederakan kamu berdua selagi mana papa ada di sisi untuk melindungi." Ujar Rayyan dengan yakin. Dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.

"Yeay, terima kasih papa." Fateh berasa gembira mendengar kata-kata Rayyan.

"Sudahlah, Rayyan. Jangan bagi harapan kepada dia." Hannah memberikan peringatan. Dia masih keliru dengan perbuatan Rayyan sehingga sekarang. Rayyan tidak pernah menunjukkan minat kepadanya, jadi adakah mungkin mereka akan berkahwin? Tidak. Jadi, dia tidak mahu Rayyan memberikan harapan kepada Fateh dan juga dirinya.

"You know nothing, Hannah." Pandangan mata helang itu tajam sehingga menusuk kalbu tanda dia tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh Hannah.

"Then, explain to me. Why are you doing all these when I've never asked for that?" Hannah menegaskan suaranya. Dia perlukan jawapan. Penat untuk berteka-teki buat sekian lamanya. Kalau buka suka dan cinta, kenapa perlu dia buat semua ni?

"Kita bincang lain kali, jangan lupa Fateh ada dekat sini." Suara Rayyan kendur mengingatkan Hannah. Hannah juga terlupa Fateh berada di situ. Tidak elok jika Fateh mendengar mereka berbalah.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now