Dia terlalu berfoya-foya pada malam itu sehingga minum melebihi had yang sepatutnya.

Sebelum kejadian itu berlaku, Jimin dan kekasihnya bergaduh teruk. Mereka bertengkar di dalam sebuah kelab malam kerana salah faham.

Jimin yang sudah mabuk waktu itu ingin mengajak teman wanitanya pulang tetapi tidak pula dia sangka bahawa dia akan menemui gadisnya itu berada dalam dakapan lelaki lain.

Walhal, Jimin sebenarnya sudah tersalah anggap. Teman wanitanya hampir terjatuh daripada tangga namun sempat diselamatkan oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di situ.

Jimin tiba di tempat itu pada waktu yang salah menyebabkan salah faham berlaku. Mungkin kerana kesan alkohol yang begitu kuat, Jimin menjadi seorang yang sensitif. Waktu itu, dia berasa sangat kecewa kerana telah ditipu oleh gadis yang selama ini dicintainya.

Akhirnya, mereka bertengkar dengan teruk sehingga Jimin bercakap mengenai perkara yang tidak sepatutnya. Jimin mula mempersoal tentang kesucian teman wanitanya.

Dia meragui sama ada kekasihnya pernah disentuh oleh sesiapa walaupun perkara itu sudah berkali-kali dinafikan oleh teman wanitanya.

Untuk memastikan tanggapannya salah, Jimin telah memperkosa teman wanitanya sendiri. Kesan alkohol yang kuat telah menyebabkan Jimin berada dalam keadaan separuh sedar.

Dia bahkan sanggup menekup muka gadis itu menggunakan bantal daripada terus meronta-ronta. Akhirnya, teman wanitanya mati akibat kehilangan nafas.

Jimin benar-benar sudah hilang kawalan pada malam itu. Fikirannya seolah-olah telah dihasut oleh bisikan syaitan.

"Masatu, aku terlampau takut. Aku takut kalau polis datang mencari aku jadi aku buat keputusan yang bodoh. A-aku pergi tanam mayat dia kat belakang rumah." Jimin meraup mukanya kasar. Tangannya kelihatan sedikit menggeletar.

"Huh, pengecut kan aku? Sanggup tanam kekasih sendiri kat belakang rumah demi tutup kesalahan. Sepatutnya aku serahkan diri pada polis waktu tu." Jimin menjeda ayatnya seketika sebelum menyambung.

"K-kau jangan jadi macam kitorang Jungkook. Ingat, sejauh mana sekalipun kita cuba tutup kesalahan sendiri, akhirnya akan terbongkar juga."

Jungkook mengangguk perlahan mendengar pesanan yang diberikan. Sejujurnya dia berasa kasihan dengan Jimin. Tidak dapat dia bayangkan apakah perasaannya jika membunuh orang tersayang dalam keadaaan dipengaruhi alkohol. Pasti amat teruk.

❐❐❐

Jax menyisip sedikit kopi panas yang dihidangkan oleh juniornya sebentar tadi sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arah tingkap. Dia begitu fokus mendengar setiap perbualan banduan-banduan itu melalui mikrofon yang dipasang di dalam bilik eksperimen.

Nampaknya, mereka bertiga sudah mula selesa antara satu sama lain sehingga terbuka hati untuk bercerita tentang kisah silam masing-masing. Bukan senang untuk bercerita kisah lama pada orang sebarangan.

Lagi-lagi apabila kisah silam itu adalah berkaitan dengan perkara yang mereka ingin lupakan. Namun nampaknya tiga orang banduan ini telah meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.

Wajah mereka jelas memaparkan riak serba salah ketika menceritakan perbuatan yang lalu. Jax menyangka mereka akan bermegah dengan kesalahan sendiri namun tekaannya salah sama sekali.

Mereka kelihatan begitu menyesal dengan kesalahan sendiri.

Huh melihat adegan yang kasihan ini, sungguh Jax terasa seperti mahu ketawa sepuas hati. Dia tidak sangka, dua orang penjenayah yang kononnya paling terkuat di Penjara Seodaemun-gu kini kelihatan begitu lemah di matanya.

"How pathetic. Teruskanlah aktiviti berkenalan. Lagipun, persahabatan korang takkan kekal selamanya. Kesengsaraan bakal dirasai tak lama lagi jadi tunggu sajalah." monolognya sendirian seraya merenyukkan cawan plastik yang sudah kosong.

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now