25

989 1K 83
                                    

Matahari telah melabuhkan tirainya, memberi laluan buat malam bersama bulan dan bintang menyinar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matahari telah melabuhkan tirainya, memberi laluan buat malam bersama bulan dan bintang menyinar. Itu bermakna, rancangan mereka untuk melarikan diri akan dilaksanakan sebentar saja lagi.

Namun, semuanya tidak mudah seperti yang disangka lebih-lebih lagi dengan keadaan mereka yang belum pulih sepenuhnya. Pelbagai perkara buruk boleh terjadi kepada mereka, sama seperti sekarang.

Banduan-banduan itu telah terdedah kepada gas stimulasi buat masa yang lama kerana mereka gagal menahan nafas.

Masing-masing mula merasakan kepenatan yang teramat. Jimin, Taehyung dan Jungkook mula menunjukkan semula kesan-kesan negatif seperti apa yang mereka alami dahulu.

Kesudahannya, mereka langsung tidak berganjak daripada tempat masing-masing sebaliknya, kekal diam membatu.

Masing-masing tiada tanda-tanda untuk melaksanakan rancangan itu. Minda mereka terlalu penat jadi tiada apa yang boleh difikirkan oleh mereka ketika ini.

"Ugh, kepala... sakit." ujar Jungkook sambil memegang dahinya yang terasa berpinar seakan ingin pengsan. Dia menggelengkan kepala sambil cuba mencelikkan mata dengan luas.

Jungkook menggagahkan diri untuk bangun dan menuju ke arah rak yang menyimpan air mineral. Sebotol air mineral dicapai, kemudian dia terhenti seketika. Dua lagi botol diambil kemudian Jungkook kembali ke tempatnya.

"Tae hyung, tolong berikan ni pada Jimin hyung." ujar Jungkook kepada Taehyung yang sedang duduk sambil memegang lutut.

Taehyung mengangkat wajahnya lalu mengambil air yang diberikan oleh Jungkook. Dia memberikan sebotol mineral kepada Jimin sebelum memberikan kata-kata semangat kepada mereka berdua.

"Bertahanlah, korang. Kita pasti boleh keluar." ujar Taehyung seraya meneguk air mineral bagi menyegarkan diri yang kian mengantuk.

Kata-kata Taehyung itu mendapat gelengan daripada Jimin. Dia yakin perkara itu takkan terjadi.

Lihatlah mereka sekarang, mereka terlalu lemah untuk bergerak. Mustahil untuk melarikan diri dalam keadaan sebegini. Mereka akan mudah tertangkap oleh pekerja-pekerja makmal.

Mindanya mula memikirkan tentang Hoseok. Lelaki itu bila-bila masa sahaja akan membunuhnya. Jimin juga tidak tahu apakah nasib yang bakal menimpa dua orang sahabatnya itu.

"Kita takkan berjaya." akhirnya kata-kata itu terluncur keluar daripada bibir Jimin.

Lelaki yang selama ini berfikiran positif dan sentiasa memberikan sokongan kepada rakan-rakannya yang lain sudah pun kehilangan semangat.

Baru sekejap tadi, dia bersemangat untuk keluar. Tetapi melihat keadaan sekarang, Jimin tidak lagi dapat melihat sinar harapan dalam hidupnya.

Sepatutnya, dia perlu menerima takdirnya sejak dari awal iaitu menerima hukuman gantung di penjara. Tetapi dia bodoh kerana mempercayai kata-kata pihak eksperimen. Sekarang, Jimin perlu diseksa oleh abang kepada mendiang teman wanitanya sendiri.

Tetapi dalam dia berasa kecewa, Jimin juga sebenarnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya Taehyung berada di sampingnya. Antara sebab lain dia bersetuju adalah kerana Taehyung.

Dia ingin memastikan sahabatnya selamat dan tidak berseorangan. Jimin langsung tidak kisah jika dia perlu mati di sini. Asalkan sahabatnya ada ketika saat-saat terakhir hidupnya.

Air mineral diteguknya sekali. Apabila air itu mengalir memasuki ke dalam kerongkong, tiba-tiba Jimin merasakan seperti dia tidak dapat bernafas dengan baik. Seolah-olah ada sesuatu yang menyekat salur pernafasannya. Automatik, dia terbatuk kuat.

Dahinya berkerut menahan rasa pedih. Entah bagaimana dia mula merasakan seluruh badannya seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Malah, kepalanya terasa berat dan pening yang teramat. Dengan tangannya yang masih memegang leher, badan Jimin terhuyung-hayang menahan kesakitan.

Perlahan-lahan, kelopak matanya tertutup rapat menjadikan seluruh pemandangannya gelap-gelita.

❐❐❐

Kelopak mata dibuka. Kepalanya terasa begitu berat. Taehyung melihat ke sekeliling bagi memahami apa yang terjadi. Ternyata, Jimin dan Jungkook juga tidak sedarkan diri. Apa yang telah terjadi?

Mindanya langsung tidak dapat memberikan gambaran tentang apa yang berlaku.  Perkara terakhir yang diingatinya adalah dia ada minum air mineral yang diberikan oleh Jungkook. Setelah itu, dia langsung tidak mengingati apa-apa.

Dengan penuh kepayahan, Taehyung bergerak mendekati Jimin yang baring membelakanginya. "Jimin, bangun."

Tiada jawapan. Taehyung mengulangi tindakan yang sama dengan menggoncangkan bahu Jimin.

"Hyung?" kedengaran suara Jungkook memanggil membuatkan tindakan Taehyung terhenti. Kepalanya menoleh ke arah Jungkook yang telah sedar.

"Apa yang berlaku?"

Taehyung menggeleng lemah. "Aku tak tahu. Bila aku tersedar tadi, tengok-tengok korang pun tak sedarkan diri." jelas Taehyung kemudian dia kembali memandang Jimin yang masih terbaring.

Jungkook menghampiri mereka berdua atau lebih tepat, berhadapan dengan Jimin.

"Bangunlah, Jimin." berkali-kali Taehyung cuba untuk mengejut Jimin namun tiada sebarang reaksi daripada sahabatnya. Ketika itu, Taehyung mula rasa tidak sedap hati.

"T-Tae hyung." gugup Jungkook bersuara. Taehyung mengangkat wajahnya.

Dapat dilihat ketika ini, raut wajah Jungkok kelihatan seperti terkejut melihat keadaan Jimin. Bebola matanya kelihatan bergetar dengan bibir yang terbuka seolah-olah ingin berkata sesuatu.

Semakin lama, semakin pantas kadar denyutan jantung milik Taehyung apabila memikirkan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak, Taehyung pantas memalingkan tubuh Jimin yang sejak tadi membelakanginya.

Nafasnya seakan-akan tersingkap apabila wajah Jimin menjamah pandangannya. Sahabatnya itu kelihatan pucat lesi dengan bibirnya yang telah merekah. Jimin juga tidak menunjukkan tanda-tanda seperti sedang bernafas.

"Jimin, bangun!" sekeras mana pun Taehyung cuba untuk membangunkan Jimin, dia masih belum sedarkan diri. Hatinya mula resah-gelisah.

"T-tolong panggilkan Jax sekarang."

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now