20

1.3K 1.3K 399
                                    

Tindakan Hoseok menyerang Jimin terhenti angkara si banduan bernama Taehyung yang datang menyelamatkan Jimin pada saat-saat akhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tindakan Hoseok menyerang Jimin terhenti angkara si banduan bernama Taehyung yang datang menyelamatkan Jimin pada saat-saat akhir.

Hoseok hampir ditumbuk oleh banduan ganas itu tetapi mujur sahaja dia segera bergegas keluar dari biik eksperimen.

Jika Hoseok tidak keluar dari bilik itu, mungkin pergaduhan besar akan berlaku dan bakal mengejutkan junior-junior Hoseok.

Dia tidak mahu menimbulkan kekecohan, bimbang jika rahsia yang selama ini disimpan terbongkar akibat tindakan luar kawalannya.

Bukan itu sahaja, malah Hoseok yakin bahawa junior-juniornya akan menyoal mengapa dia berada di dalam bilik eksperimen sedangkan mereka telah sebulat suara untuk tidak membuka bilik eksperimen selagi tiada hal yang mustahak.

Hoseok sedikit kesal dengan dirinya yang bertindak di luar kawalan. Cadangannya masuk ke dalam bilik itu adalah ingin mendedahkan identitinya sahaja.

Namun disebabkan dendam yang membara di hati, dia jadinya tidak dapat menahan diri.

Rancangan utamanya ialah mahu menyeksa Jimin secara senyap, tanpa pengetahuan sesiapa dan bukannya secara terang-terangan di mana ada saksi di tempat kejadian, sama seperti tadi.

Hoseok melepaskan keluhan berat. Sekali lagi, saintis itu membisikkan pesanan pada diri sendiri agar segala rancangan yang diatur perlulah dilakukan dengan teliti dan bukannya secara terburu-buru.

Dia memalingkan wajah ke arah tingkap. Dari situ, dia dapat lihat Jimin sedang dibantu oleh Taehyung. Tidak sampai beberapa saat, Hoseok mengerutkan dahinya.

Aneh. Bagaimana Taehyung boleh tersedar daripada halusinasi? Bukankah banduan itu sudah terdedah kepada gas stimulasi yang berbahaya?

Mustahil untuk banduan itu tiba-tiba sahaja boleh tersedar. Malah, dia tersedar tepat sewaktu Hoseok sedang menyerang Jimin. Bagaimana perkara itu boleh terjadi?

Lagipun, penggunaan gas stimulasi bukannya sedikit. Hoseok telah melakukan pembebasan gas stimulasi selama 20 minit. Itu sudah cukup lama dan sangat berisiko.

Tidak mungkin Taehyung boleh melawan kesan gas itu daripada terus menguasai tubuh badannya.

Hoseok benar-benar tidak dapat memikirkan hal itu kerana ia adalah perkara yang mustahil untuk terjadi.

❐❐❐

"J-Jimin apa yang berlaku pada kita?" gugup Taehyung menyoal sahabatnya. Wajahnya tampak lebih kesal apabila Jimin menggeleng tanda dia juga tidak tahu.

Taehyung keliru melihat keadaan sekarang. Dia masih ingat pada hari pertama dan hari-hari sebelumnya, mereka melakukan aktiviti seperti biasa.

Tiada apa yang aneh pada waktu itu dan semuanya kelihatan normal dan baik-baik saja.

Tetapi sekarang, melihat keadaan Jungkook yang bertindak aneh, Jimin yang tidak dapat mengeluarkan suara dan dirinya yang tidak mengingati apa-apa, Taehyung yakin bahawa gas stimulasi telah memberikan impak negatif kepada mereka bertiga tanpa mereka menyedarinya.

Perkara terakhir yang dia ingat adalah kata-kata Jax yang mengatakan bahawa penggunaan gas stimulasi akan ditingkatkan kepada 20 minit.

Pada waktu itu, dia memang sudah dapat mengagak yang mereka bertiga sedang berada dalam keadaan bahaya.

Tetapi disebabkan Jax begitu bertegas menyuruh mereka meneruskan eksperimen ini, akhirnya Taehyung tidak mampu berbuat apa-apa. Lagipun mereka telah terikat dengan perjanjian.

Namun setelah penggunaan gas stimulasi ditingkatkan, Taehyung langsung tidak dapat mengingati apa yang telah terjadi. Dia seperti telah hilang separuh daripada ingatannya.

Taehyung yakin kemungkinan perkara ini berlaku adalah disebabkan gas tersebut. Tapi, apa motif Jax menipu mereka semua?

"Betullah apa yang aku fikir, Jimin. Gas tu membahayakan kita. Kau tengoklah apa yang jadi sekarang. Dengan keadaan aku yang tak ingat apa-apa dan kau pula sudah kehilangan suara."

Jari telunjuknya dihalakan ke arah Jungkook yang sedang duduk di hujung bilik. "B-budak tu. Dia dah macam bukan diri dia yang sebenar!" suara Taehyung sudah naik seoktaf.

Dia kemudiannya meraup wajah dengan kasar. "Apa yang mereka mahukan dari kita sebenarnya ni?"

❐❐❐

Jimin diam tidak berkutik. Dirinya dihempap perasaan serba salah yang menggunung tatkala melihat keadaan Taehyung yang begitu runsing.

Dia kesal dengan diri sendiri kerana tidak dapat memberitahu perkara sebenar.

Sungguh, waktu itu dia amat keliru. Jimin tidak tahu jalan mana yang perlu dipilih.

Sama ada perlu mendedahkan kebenaran kepada Taehyung dan menyelamatkan mereka bertiga daripada tempat ini atau merahsiakan tentang rancangan jahat Hoseok.

Dia sangat menyayangi Taehyung, sahabat yang sudah lama berada disisinya. Begitu juga dengan Jungkook. Dia sudah menganggap lelaki muda itu seperti adiknya sendiri.

Tetapi Hoseok, lelaki itu juga merupakan seseorang yang penting dalam hidupnya. Hoseok pernah menjadi kenalan rapat kepadanya suatu ketika dahulu.

Tetapi disebabkan tindakan Jimin jugalah yang menyebabkan hubungan mereka berdua musnah.

Secara peribadi, Jimin juga tidak dapat memaafkan perbuatannya yang dahulu. Jadi, sudah tentu Jax berhak untuk merasakan hal yang sama.

Dia tahu, Hoseok benar-benar terluka atas kematian adiknya.

Akhirnya, Jimin memilih untuk berdiam diri saja. Dia akan cari jalan bagaimana mahu mengeluarkan Taehyung dan Jungkook daripada tempat yang penuh penyeksaan itu.

Dia tidak mahu mereka berdua terlibat dalam perkara yang mereka tidak lakukan

Meskipun Jimin tahu nyawanya bakal terancam selepas ini, dia tetap ingin teruskan. Dia mahu dendam Hoseok terhadap dirinya langsai serta-merta.

Walaupun banduan itu perlu menggadaikan nyawa sekalipun. D-dia sanggup.

"Jimin kau dengar tak apa yang aku cakap?"

Jimin tersentak. Dia mengangkat wajahnya yang sedari tadi hanya menunduk sahaja.

"Apa?" soal Jimin dengan suara yang tidak begitu jelas.

"Aku kata, kita bertiga perlu keluar dari tempat ni. Keluar dengan senyap tanpa sesiapa tahu."

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now