14

1.6K 1.5K 326
                                    

Di sebalik tingkap kaca yang memisahkan antara bilik eksperimen dan bilik pantauan, Jax sedang memerhati tingkah laku para banduan dengan penuh fokus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di sebalik tingkap kaca yang memisahkan antara bilik eksperimen dan bilik pantauan, Jax sedang memerhati tingkah laku para banduan dengan penuh fokus. Matanya mengerling seketika ke arah jarum jam yang sudah menunjukkan pukul tiga pagi.  

Satu keluhan berat dilepaskannya. Huh, seperti yang dijangka tiada sebarang perubahan berlaku pada hari pertama eksperimen dijalankan. Mereka masih dapat menahan ngantuk dan melakukan aktiviti normal.

Buku lima digenggamnya kuat. Menahan perasaan amarah yang bergejolak di hati. Ini bukanlah seperti yang dia mahukan. Jax mahu eksperimen ini berjalan dengan cepat seperti mana yang dirancang olehnya.

Dia tidak sabar mahu melihat banduan itu sengsara disebabkan seksaan yang dia cipta.

Bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan Jax kembali tersedar. Dia kemudiannya menyeru supaya gerangan di luar untuk masuk ke dalam bilik pantauan. Ternyata, gerangan yang mengetuk pintu tadi adalah juniornya.

"Prof masih memantau mereka?" Jax mengangguk bagi menjawab soalan itu. Iris matanya tertancap pada tangan lelaki muda itu yang sedang memegang secawan kopi.

"Kenapa?" soalnya ringkas.

"Saya rasa prof patut rehat dulu. Simpan tenaga untuk esok pula. Lagipun, kita ada cctv untuk perhatikan mereka, kan?" ujar juniornya dengan penuh prihatin.

Sejujurnya, lelaki muda itu tertanya mengapa ketuanya begitu taksub dengan eksperimen ini. Lihatlah, sampai tidak rehat kerana khusyuk perhatikan para subjek walhal mereka sudah sediakan kelengkapan cctv.

Takkanlah ketuanya itu mahu ikut serta dalam eksperimen ini? Tidak tidur sepanjang hari. Begitukah?

"Tak apa. Saya masih nak berada di sini." ujar Jax, menolak pelawaannya. Apabila melihat lelaki muda itu seperti mahu beredar, dia mula bersuara.

"Kopi tu untuk saya ke?"

"Oh, ya! Maaf, saya lupa nak bagi. Selamat malam, prof."

❐❐❐

"Dulu, aku ada seorang teman wanita. Kitorang boleh dikatakan sebagai pasangan yang paling manis ketika tu. Bergaduh pun jarang sekali. Kalau kau nak tahu, dia seorang gadis yang cantik dan ayu. Aku sangat menghormati dia tapi entah macam mana a-aku.. aku terlanjur dengan dia."

Sukar untuk Jimin membuka kembali kisah silamnya yang penuh dengan kepahitan namun dia perlu teruskan juga. Dia tidak mahu lelaki di hadapannya ini menjadi seseorang yang keji sepertinya.

"Tapi apa yang buat aku tak percaya adalah bila aku bangun saja daripada tidur d-dia sudah berada dalam keadaan tak bernyawa.. dengan kepala yang ditelekup dengan bantal."

Jimin masih ingat saat-saat yang menyedihkan itu. Dia tidak menyangka bahawa dirinya tergamak membunuh kekasih sendiri. Ini semua gara-gara pengaruh alkohol yang kuat.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now