08

1.9K 1.6K 157
                                    

Guyuran hujan semakin berkurang, berubah menjadi gerimis yang semakin reda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Guyuran hujan semakin berkurang, berubah menjadi gerimis yang semakin reda. Kilat dan suara petir yang berdentum di langit gelap sebentar tadi turut membisukan suaranya.

Akhirnya, setelah perjalanan yang cukup panjang dan mendebarkan, mereka kini telah tiba di perkarangan makmal Urotex Lab tepat pada pukul lima petang.

Bas yang mereka naiki masuk ke dalam ruang bawah tanah, iaitu tempat di mana terletaknya garaj dan pintu masuk ke makmal utama.

Pintu besi yang terbuka bagi mengalu-alukan kedatangan mereka kini tertutup sepenuhnya bersama bunyi geseran yang mengilukan deria pendengaran. Sekaligus memecahkan kesunyian pada petang itu.

Kim Taehyung memerhati ke segenap kawasan bawah tanah. Tempat itu hanya diterangi dengan cahaya lampu yang agak malap membuatkan penglihatannya sedikit terbatas.

Keadaan di situ kelihatan gelap dan menakutkan walaupun matahari masih lagi gah memancarkan sinarnya di luar sana.

Dapat dirasakan suhu di situ semakin dingin. Sejuknya terasa bagaikan menikam ke tulang putih. Bulu roma juga sudah tegak berdiri.

'Uh, aku rasa tak sedap hati.' desis hatinya sendiri saat melilau ke seluruh kawasan. Hatinya mula menyenandungkan irama yang tidak enak.

Tetapi, pantas sahaja dia menggeleng, menidakkan kata-kata yang terlintas difikiran. Ah, tiada apa yang perlu ditakutkan.

Sedang Taehyung menenangkan hati yang gelisah, dia mengerling ke sisi. Matanya tertumpu pada seorang banduan yang berada tidak jauh dari tempat duduknya.

Serta-merta, alisnya bertaut tatkala baru sahaja menyedari akan kewujudan seorang lagi banduan yang turut menyertai eksperimen nanti.

Sebelum ini, dia tidak sempat untuk menegur mahupun berbalas pandangan. Yalah, kerana fokusnya lebih tertumpu pada sahabatnya seorang iaitu Jimin.

Wajah lelaki itu ditatap sekali imbas. Entah mengapa, dia seakan pernah melihat mukanya. Tetapi bila?

"Nama kau siapa?" soal Taehyung ringkas. Nadanya kedengaran dingin, tidak menunjukkan minat untuk beramah mesra.

Lagipun, banduan itu kelihatan seperti budak hingusan dan seorang yang lemah. Uh, itu benar-benar tipikal manusia yang Taehyung benci.

"Ah? N-nama saya Jeon Jungkook." gugup lelaki itu menjawab pertanyaan Taehyung.

Kepalanya tertunduk dan kekal memandang ke lantai. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Taehyung yang sememangnya digeruni oleh semua banduan di penjara Seodaemun-gu.

Taehyung hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Walaupun dia cuba untuk mengingati wajah lelaki itu, namun dia masih tidak dapat menangkap imej yang samar-samar terlayar di ruang memori.

Akhirnya, dia berputus asa. Pedulikan sahajalah. Lagipun perkara itu bukannya penting sehingga dia perlu berusaha untuk mengingati budak hingusan ini. Dia langsung tidak berminat.

❐❐❐

Jax Kyler yang ketika itu sudah tiba beberapa jam lebih awal, sedang berada di pejabatnya bagi menyiapkan diri untuk mengendalikan eksperimen.

Dari celahan tingkap kaca, matanya mengekori sebuah bas yang tiba di perkarangan makmal. Lama-kelamaan, bayangan bas bewarna biru itu hilang dari pandangan mata lalu memasuki ke ruang bawah tanah.

Pantas sahaja, bibirnya mengoyakkan senyuman yang cukup sinis. "Dah lama aku menantikan saat ini."

Memori silamnya yang pahit terlayar semula di kotak fikiran. Memikirkan betapa kejinya si pelaku itu, membuatkan Jax Kyler nekad untuk melakukan pembalasan.

Dia tidak akan berpaling lagi. Apapun risiko yang bakal dia hadapi, Jax sudah tidak peduli. Biarlah kerjayanya sebagai saintis hilang disebabkan tindakannya ini.

Lagipun, dia tidak akan menyesal. Jax menganggap perbuatan khianatnya ini sebagai perjuangan demi menuntut keadilan manusia yang tidak bersalah.

Ketahuilah bahawa setiap perbuatannya merupakan satu pengorbanan demi insan tersayang. Dia tidak akan melakukan kejahatan melainkan individu tersebut sengaja menggali kuburnya sendiri.

Dan sekarang, terimalah padahnya. Kecelakaan bakal menimpa buat si pelaku itu.

Bagi Jax, ini merupakan peperangan yang sudah semestinya bakal dia menang. Skenario ini telah dirancang rapi tanpa pengetahuan sesiapa jadi dia yakin bahawa perkara ini akan terlaksana dengan jayanya.

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now