Episode 30 : Hero!

1.3K 121 5
                                    

Pelekat terakhir di tampal pada hidung tu dengan berhati-hati. Selesai saja, doktor bertugas berdiri untuk lihat sentuhan rawatan pada hidung tu dengan senyuman nipis di bibir. "Dua atau tiga hari nanti surut la bengkak ni. Buat masa sekarang kamu hati-hati okay?"pesannya.

Aaliyah yang dengar mengangguk kepala.

"Saya akan berikan ubat tahan sakit untuk sementara waktu ni."doktor itu tunduk menanggalkan sarung tangan getah dari tangannya lalu pandang ke pelajar lelaki yang bersandar pandang dinding bilik rawatan dan tangan bersilang di dada. "Kawan kamu tak apa-apa. Hidungnya tak patah. Cuma pembuluh darahnya pecah sebab impak yang mengenai hidungnya saja."

Lucas pandang ke doktor itu lalu mengangguk kepala faham.

"Keluar nanti bila kamu dah sedia. Saya minta diri dulu."pamit doktor tersebut yang kemudiannya keluar dari bilik tersebut meninggalkan mereka berdua.

Aaliyah tunduk memicit kepalanya kerana rasa sakit yang berdenyut dekat sekitar hidung dan dahinya. Sengaja apa Aron baling bola dekat dia kuat-kuat tadi. Urgh!Habis hodoh dia dibuat tampalan ni. Macam baru buat nosejob je rasannya. Setelah itu dia pun angkat kepalanya untuk pandang ke depan.

Namun, pandang saja Aaliyah kedepan, dia dikejutkan dengan kehadiran Lucas di depan kakinya itu. Menahan nafas kerana tidak menjangka lelaki itu akan berada dekat dengannya seperti ini, Aaliyah pandang tak berkedip ke muka tu.

Apahal?Pandang-pandang. Nak ketawakan dia lah tu!Menyampah. Aaliyah gerak hendak turun dari situ.

"Stop!"arah Lucas serta merta.

Terus berhenti Aaliyah. Dia kerutkan keningnya masa pandang Lucas. Nak apa lagi? Jangan nak cari gaduh eh!DIa tak ada tenaga untuk semua tu. "Ada apa?"tanya dia dengan nada menggerutu.

"Kita pergi hospital."ajak Lucas.

Aaliyah buat muka terkejutnya. MAta dia naik turun menilik Lucas atas ke bawah. Dah kenapa mamat ni? "Hah?Buat apa?"tanya dia yang cuba turun dari katil tu. Tapi Lucas tolak bahu dia supaya duduk semula di situ. "Apa ni!"marahnya.

"Aku kata kita pergi ke hospital. Aku tak percayakan doktor tu."beritahu Lucas sambil keluarkan telefon dari poket seluar sukan warna biru gelap tu.

Eh-eh!Dah kenapa ni!Aaliyah cepat-cepat pegang lengan Lucas. Menghalang lelaki tu dari mendail apa saja pada skrin telefon tu. "Apa awak cuba buat ni?Kan doktor beritahu saya tak apa-apa. Jangan nak over sangat. Hidung saya tak patah atau apa."beritahu dia.

Lucas tundukkan kepala dia ke Aaliyah dengan mengejut.

Secara refleks Aaliyah cepat-cepat jarakkan kepalanya ke belakang. Mata dia bulat memandang mata Lucas. Dah kenapa ni!Arggh!

"Mana kau tahu hidung kau tak apa?Kau boleh nampak ke?"tanya Lucas di depan muka Aaliyah selepas tu.

Aaliyah telan air liur gemuruhnya. Kelu terus lidah dia dengan tindakan mengejut Lucas. Memangnya apa urusan lelaki ni untuk risaukan dia?

Tidak semena pintu bilik tu terbuka dengan kasar, lalu muncul Ian dengan pakaian latihan ragbi di badan menerpa ke arah katil tu sehingga buatkan Lucas tercampak ke tepi.

"Apa yang berlaku?Kenapa dengan kau?Apa yang patah?Kenapa boleh berlaku macam ni?Siapa buat kau?Dia orang buli kau?Mamat ni sakitkan kau?Mana yang sakit?Mana?"dengan kelam kabut Ian bertanya itu dan ini sambil memegang kedua-dua belah pipi Aaliyah.

Sementara Aaliyah pandang terkejut ke Lucas yang hampir hendak terjatuh tu dengan mata terbutang luas. What the heck?!

Sambil buat muka bengang dia, Lucas seimbangkan semula badannya lalu berdiri di situ memandang Ian dengan jengkel. Seriously?

"Hei!Apa hal dengan kau ni hah!"tegur Lucas setelah itu. Jengkel betul la dia. Memangnya siapa lelaki ni dengan Aaliyah. Boyfriend Aaliyah ke?Asal over sangat!

Elok Ian risaukan Aaliyah di situ, dia tersentak lepas di tegur begitu. Dia berkerut kening masa palingkan kepala ke Lucas. Mata dia naik turun meneliti anak dekan di depannya. "Patutnya aku tanya kau. Apa kau dah buat dekat Aaliyah hah?"dia jalan mendekati Lucas dengan postur penuh amaran.

Lucas yang memangnya samseng turut berikan postur yang sama. DIa mendabik dada sambil mengepal penumbuknya. Bersedia untuk buka langkah sekiranya Ian cuba macam-macam dengan dia.

Aaliyah tercengang. DIa pandang Ian dan Lucas silih ganti. Dah kenapa dengan mereka ni! "Ian!Lucas! Cut it off!"beritahu dia.

Dengan serentak dua kepala tu berpaling memandang Aaliyah lalu berkata. "You shut up!"arah mereka berdua sebelum saling bertemu muka semula.

Apa?Aaliyah pandang akan mereka berdua dengan mulut ternganga tak percayanya. Dia orang cakap apa dengan dia?Wow!Bagus. Sangat bagus. "Sudah la tu. Ian. Aku tak apa-apa. Lucas. Please behave. Dekan takkan suka kalau dia tahu tentang hal ni."beritahu Aaliyah semasa tunduk mengutip sweater Lucas yang kotor dengan kesan darahnya lalu turun dari katil tu dengan berhati-hati. Tak nak sakitkan lagi dirinya.

Ian yang nampak cepat-cepat dapatkan sepupunya dan bantu Aaliyah turun dari situ.

Lucas buat muka tak puas hati dia masa tengok tangan Ian pegang belakang pinggang Aaliyah."Siapa dia?"tunjuknya pada Ian.

"Kau tu siapa pulak. Sibuk pasal hal orang.."Ian pandang ke Lucas dengan muka tak suka dia.

"Kau cakap apa?"Lucas nak melawan, tapi Aaliyah pegang dada Ian lalu tolak sepupunya supaya berundur.

"Sudah la tu..kau ni. Pening la kepala aku. Bawak aku keluar dari sini."minta Aaliyah pada Ian setelah itu. Lalu dia pandang ke Lucas. "Saya akan cuci bersih dan pulangkan semula kepada awak nanti.."pandang dia ke Lucas sambil tunjuk sweater yang ada di tangannya itu.

Lucas tak cakap apa-apa. Dia hanya perhatikan belakang badan dua orang tu dengan kening berkerut.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now