Episode 57 : Family Gather!

1.4K 114 1
                                    

Hujung minggunya, empat adik beradik ini berkumpul di kediaman ibu dan ayah mereka. Habiskan masa di situ Bersama-sama. Selesai makan malam mereka pun duduk melepak dekat ruang tamu di hadapan perapian. Sementara ibu dan ayah mereka uruskan kerja masing-masing.

Di atas bean bag, duduknya Allan dengan PSP di tangan.

Di sofa satu seat duduknya Aaliyah dengan kaki berada di lengan sofa.

Di bawah, bersandarnya Ken pada sofa sama dimana Hector sedang duduk di atasnya.

"Wei...Little Bear."panggil Aaliyah semasa membaca buku teks sejarahnya. Dia ada kuiz lepas naik cuti nanti. Itu yang dia sibuk belajar no matter dia berada.

"Hm."jeda Allan yang tekun menekan itu dan ini pada PSP itu.

"Kau dah dapat apa yang aku mintakkan tu?"soal Aaliyah lagi sebelum tutup buku teks itu lalu di letakkan atas dadanya.

Ken yang sedang duduk bersila depan meja kopi di mana set catur berada bersuara. "Apa yang kau orang berdua rancangkan hah?"soal dia sambil gerakkan buah catur hitam ke atas papan catur tu.

"Dah. Kau nak bila?Make sure kredit kadnya sekali disediakan. Kalau tak aku takkan berikan dekat kau"beritahu Allan dengan kening berkerut bila avatar game dia hamper saja hendak di kalahkan!

Hector yang sedang membelek telefon itu terus turunkan telefon ke bawah sebelum palingkan kepala ke Aaliyah. "Kau jangan nak susahkan Allan ya. Dia baru masuk akademi. Jangan libatkan dia dengan masalah kau."beritahu dia.

Aaliyah jeling menyampah ke Hector. Protective sangat. Tahu la dia nak buat apa. "What ever...memandangkan kau dah ada, tolong sediakan untuk aku. Sebab aku nak gunakannya."beritahu dia pada Allan.

"Apa rancangan kau kali ni Aaliyah?"tanya Ken yang sudahpun mematikan catur hitam bishopnya.

"Hari lahir kau orang berdua dah dekat kan...aku nak kau orang prepare something untuk Farina sekali nanti."dia bangun dari kedudukan baring melunjur di sofa itu sebelum bersila di atas sofa itu.

Dengan serentak Hector, Ken dan Allan palingkan kepala mereka memandang Aaliyah.

Tersenyum Aaliyah lepas dirinya di pandang oleh mereka. "Kenapa kau orang pandang aku macam tu. Aku tak buat apa-apa yang serius okay. Aku just nak buat Farina sedar. Yang rating bukan segalanya dan nak dia tahu, aku ni penting untuk dia dan dia patut respect aku untuk tu."beritahu dia.

Hector buat muka menyampah. "Kau ingat kau tu saint sangat ke?"

Aaliyah ketawa. "Baik tak baik bergantung pada cara orang treat aku. Kau menyetan, aku menyetan. Kau berbudi Bahasa, aku berbudi pekerti. Simple. "bidasnya.

"Ian pulak?Apa yang kau akan buat dekat dia?"soal Ken pula.

"Aku ada jumpa gambar bukan video untuk mamat sengal tu kalau kau nak tahu.."sampuk Allan dengan muka baru tersedar sesuatu.

"It okay."Aaliyah lambai tangan tak kisah pada Allan. "Asal ada pun dah kira cukup."

Hector topang kepala dengan tapak tangan kirinya yang disiku pada kepala sofa tersebut, lalu bersila sebelah kaki menghadapkan badan ke adik perempuannya. "Beritahu aku...apa rancangan kau. Aku tak nak kau buat something yang tak sepatutnya."

Ingat dia ni apa?Tahu la! "Perlu ke?"Aaliyah mencebik bibir tak suka.

"Beritahu aje la."gesa Ken pula.

"Aku pun nak dengar jugak."sampuk Allan yang terus matikan PSPnya lalu duduk tegak memberi perhatian ke Aaliyah.

"Sure ni kau orang nak dengar?"soal Aaliyah sambil menjungkit kening cuba dapatkan kepastian.

"Ya!"serentak mereka bertiga menyahut.

"Well..pelannya simple."Aaliyah turun dari sofa itu lalu duduk dekat dengan Ken dan Hector. Allan yang Nampak ikut serta. Dia bersila dekat depan meja menghadap kakak dan abangnya di situ. "So...ceritanya pelannya macam ni"mula Aaliyah sambil pandang mereka bertiga seorang demi seorang.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now