"Macmm mana kau boleh disalah tuduh? Ada orang perangkap kau?" soal Jimin.

"Saya tak tahu. Saya didakwa kerana polis terjumpa rakaman cctv yang menunjukkan saya ada bawa dua tong gas untuk naik ke apartment abang angkat saya, Yoongi hyung."

"Mereka anggap saya sengaja bagi tong bahan bakar tu sedangkan dia yang minta pertolongan saya." jelas Jungkook panjang lebar.

Jungkook sedar walau dia berusaha keras untuk melupakan peristiwa itu sekalipun, dia tetap tidak dapat lupakan kerana Yoongi merupakan sebahagian daripada kehidupannya.

Dia telah menghabiskan separuh daripada kehidupannya bersama Min Yoongi yang telah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri. Mana mungkin dia dapat melupakan lelaki itu.

Detik-detik kejadian di mana tubuh abangnya dimamah api masih segar di ingatan. Hubungan yang disangka akan kekal bahagia selamanya ternyata berakhir dengan kedukaan yang amat memilukan. Dan itu amat meninggalkan kesan di dalam hidup Jungkook.

Dia tidak boleh melupakan abang angkatnya dengan begitu mudah. Lebih-lebih lagi, dia sudah bertekad untuk mencari keluarga angkatnya dan berdamai sebaik sahaja dia keluar daripada penjara.

Tiada apa yang dia harapkan selain berdamai dengan keluarga Min. Dia tidak minta untuk menjadi anak angkat mereka semula tetapi apa yang dia mahukan adalah kemaafan dan kepercayaan daripada mereka.

Dia tidak mahu dirinya dan keluarga angkatnya berpecah-belah disebabkan tuduhan yang tidak munasabah itu.

"Hei, kau bodoh ke? Kenapa kau tak terfikir untuk apa dia beli dua tong gas? Mestilah untuk bunuh diri. Huh, polis pun bodoh. Suka hati tuduh orang macam tu." Taehyung merengus kasar.

Memang benar Jungkook ada terfikir kenapa abang angkatnya membeli dua tong gas pada masa yang sama tetapi ditepis segala syak wasangka itu kerana mungkin Yoongi ingin menjadikan tong itu sebagai bekalan disebabkan rumahnya yang jauh daripada kedai.

"T-tak. Saya tak rasa dia bunuh diri."

"Kenapa pula? Kalau dia dibunuh oleh orang lain, sudah tentu polis jumpa bukti di tempat kejadian. Tapi sebaliknya kau pula yang dituduh. Bukti yang mengatakan dia beli dua tong gas sudah cukup jelas yang dia bunuh diri. Cuma polis yang terlalu bodoh, tangkap orang tak bersalah." ujar Taehyung

"T-tak apalah hyung. Jika difikirkan semula, tak apalah jika saya disabitkan kesalahan sekalipun. Lebih baik saya percaya keadaan sebegini daripada mempercayai kenyataan bahawa dia bunuh diri. Itu.. lebih menyakitkan."

"Huh, tengoklah. Kau pun rasa dia bunuh diri, kan? Cuma kau sengaja nak tipu diri sendiri."

Ya, Jungkook sebenarnya tahu, bahawa abang angkatnya telah membunuh diri dalam kejadian itu. Tetapi dia tetap menafikan kenyataan dengan berpura-pura seperti ada dalang di sebalik semua ini.

Setiap hari dia mengingatkan kepada dirinya bahawa dia akan membalas dendam kepada sesiapa sahaja yang membunuh abangnya. Namun pada hakikatnya, tiada siapa yang bersalah.

Jungkook berbuat sebegitu kerana ingin melepaskan diri daripada perasaan serba salah yang asyik membendung dirinya. Jungkook sering menyalahkan diri sendiri di atas kematian Yoongi kerana baginya, dia sebagai adik sepatutnya sentiasa berada di sisi abangnya saat lelaki itu memerlukan.

Dia malah tidak tahu punca yang menyebabkan Yoongi bertindak untuk membunuh diri. Itu adalah perkara yang paling dia kesali sekarang.

"Hyung pula macam mana?" soal Jungkook kepada mereka berdua. Cukuplah bercakap mengenai dirinya. Jungkook juga ingin tahu bagaimana kisah hidup mereka. Apa yang membuatkan mereka sanggup melakukan jenayah.

Baginya, Jimin dan Taehyung tidaklah begitu kejam. Mereka juga ternyata mempunyai hati yang baik. Lihatlah seperti tadi. Mereka sanggup mempercayai bahawa dirinya tidak melakukan jenayah.

"Apa yang membuatkan hyung berdua masuk penjara?"

Soalan Jungkook itu disambut dengan gelakan sinis dari Taehyung. Jungkook memerhatikan bagaimana lelaki itu memandang penuh makna ke arah Jimin yang berada di tengah-tengah antara dia dan Taehyung. Matanya yang tajam kelihatan seperti menyimpan seribu satu rahsia.

"Kau yakin nak tahu jenayah apa yang kitorang dah buat?" terkebil-kebil Jungkook apabila disoal sebegitu.

"Hm, mungkin kau akan lebih takut dengan kitorang lepas ni. Sebab jenayah yang kitorang dah buat.. sangat kejam kau tahu?"

❏❏❏

❏❏❏

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now