"Sekali lagi aku tanya, kau ada masalah ke dengan pelajar-pelajar tu?" soalnya lagi tapi kali ini dengan nada yang lebih lembut, takut pula nanti ada yang kena heart attack, tak pasal-pasal dia yang disalahkan walaupun sememangnya tu salah dia.

"T-takde..."

"Bagus, jadi mari la kita mulakan tugas kita masing-masing, aku pun ada banyak benda nak buat, kejap lagi ada pelawat nak  datang rumah aku, mesyuarat kita pada pagi-pagi buta ini sudah tamat dan semua boleh bersurai" arahnya, semua hanya mengangguk dan mula keluar dari bilik mesyuarat itu sehingga tinggal dia seorang sahaja di dalam bilik itu.

"Aku tau kau ada kat situ keluar la" ujarnya lalu menghirup teh panas di dalam botol air yang dibawanya dari rumah, apabila dia berkata sebegitu maka keluar la seorang lelaki yang berpakaian jubah berwarna maroon di sebalik dinding, menatap jejaka itu sinis.

"Kenapa?" soal jejaka berjubah putih, mengangkat kedua-dua keningnya. Maklum la dia mana reti nak angkat kening satu-satu.

"Buku itu memilih mereka semua? Jadi bersiap sedia la dengan kematian" ujarnya lelaki berjubah maroon itu seperti dia tengah menyindir jejaka di depannya.

"Kau yakin pasti ada kematian?" jejaka itu tergelak kecil, nasib baik dia tak tersedak teh.

"Kerana aku tak yakin kematian tu ada kerana mereka semakin kuat dari apa yang kau fikirkan" sambungnya, dirinya mula bangun menghampiri lelaki berjubah warna maroon itu lalu membisikkan sesuatu di telinganya.

"Lagipun aku dah hidup lebih 100 tahun, aku dah tengok kehidupan lalu mereka, masih sama hanat macam dulu tapi mereka tetap berkuasa" bisiknya, jejaka itu berjalan dengan lenggang menghampiri pintu gerbang, mengabaikan lelaki berjubah warna maroon itu yang sudah terpaku selepas mendengar bisikkannya.

"Keluar la woi aku nak kunci bilik ni, kang aku tinggal menangis pula nanti" lelaki berjubah warna maroon merengus geram lalu lesap begitu sahaja meninggalkan dia yang sudah mengeluh perlahan.

'Kalau macam ni la jadinya memang takkan habis la perang kita untuk kali ni' bisik hatinya, dia terus keluar dari bilik mesyuarat itu. Ada orang sedang menunggu kedatangannya di sana.

🔮🔮🔮

"Aku tak percaya.. SIR KETUK TELEFON SAYA SIR?! TAU TAK TELEFON NI DAH HIDUP DENGAN SAYA LEBIH DUA TAHUN!!" marah Soonyoung sambil memeluk telefon kesayangannya dengan erat, baru je beberapa minit yang lepas semua member Seventeen sudah pulang ke tapak perkhemahan. Sir Dongwook yang elok berdengkur pun terus terbangun selepas mendengar jeritan padu dari Soonyoung anak lelaki Kwon.

"Ouh patutlah telefon tu nampak lama" ujar guru itu tanpa rasa bersalah, makin burukkan keadaan ada la.

"HEI JANGAN CAKAP MACAM TU DEKAT KESAYANGAN SAYA" marah Soonyoung lagi, sesekali dia membisikkan sesuatu pada telefonnya iaitu 'Jangan percaya dengan orang tua tu kau tetap kesayangan aku walaupun aku sebenarnya nak beli telefon baru'.

"Mana Jisoo, Seungkwan dan Chan?" soal Sir Dongwook pada anak-anak muridnya apabila dia mengira bilangan Seventeen tidak cukup lagi tiga orang.

"SIR JANGAN NAK TUKAR TOPIK!! SAYA TAK HABIS LAGI DENGAN SIR!! GANTI BALIK TELEFON SAYA!!" sampuk Soonyoung yang masih berdendam dengan gurunya itu.

"HALAH RETAK SATU JE CAKAP JELAH ENGKO NAK AKU BELIKAN KAU TELEFON BARU" Sir Dongwook merengus geram, anak muridnya yang seorang ni tak habis-habis dengan telefonnya.

Magical Highschool ||Seventeen||Onde as histórias ganham vida. Descobre agora