38

2.8K 261 994
                                    

Di tempat lain, kelihatan empat sosok sedang duduk di satu bulatan meja besar menunggu kedatangan seseorang. Sebahagian dari mereka bermain telefon dan yang selebihnya tidur kerana mereka terpaksa datang ke tempat mesyuarat mereka tepat-tepat pukul 12 tengah malam.

"Mana la jantan ni, ada juga yang kena hempuk dengan meja bulat ni kejap lagi kang" ujar seorang wanita yang kelihatan seperti berumur 40-an.

"Noona sabar la nanti mati awal siapa nak jaga anak noona kat rumah tu" tegur seorang lelaki tua yang berumur lebih muda  dari wanita itu.

"Anak aku dah besar tau la dia nak jaga diri" balasnya tajam, nasib la lelaki sebelah dia ni orang penting kalau tak memang dia sebat bontot lelaki ni.

Puk!

"Sorry woi!! Jalan jem tadi" ujar seorang jejaka  yang kelihatan seperti berusia pertengahan 20-an, baru sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan tergesa-gesa.

"Mende kau jalan jem? Sekarang ni dah tengah malam bijak lawannya" seorang lelaki yang berpakaian jubah hitam hanya menggelengkan kepalanya kesal, menyempat lagi buat lawak jantan depan dia ni.

"Alah nak buat lawak pun tak boleh ;-;" katanya sadis, apalah nasibnya dapat berkumpulan dengan orang-orang tua yang membosankan ni hiks.

"Tak boleh, sekarang kenapa kumpulkan kami semua kat sini? Aku dah la mengantuk sekarang ni" balas seorang lagi lelaki yang berumur 50-an sedang mengusap janggutnya yang panjang, sesekali dia akan menguap kecil kerana sekarang ini adalah waktu tidurnya.

"The King utuskan aku yang hensem ni untuk bincang pasal buku yang Dongwook maklumkan" terangnya sambil membetulkan jubah putihnya yang kadang kala terbang akibat angin dari kipas besar di depannya. Nampak sangat dia panas sampai tamak pakai kipas besar seorang padahal dah buka aircond.

"Engko hensem ke?" celah wanita paruh baya itu, memandang jejaka berjubah putih dari atas sampai ke bawah dengan kerutan di dahi terserlah dari wajah jelitanya.

"Berbalik di situasi tadi, aku nak kita semua kena ketatkan kawalan di setiap kerajaan terutama sekali kerajaan ais, kita tak nak sejarah berulang lagi" arahnya tegas, mengabaikan soalan kbat dari wanita itu.

"Sekejap, bukan ke buku tu dah dihapuskan?" soal lelaki berjanggut itu hairan, dia masih ingat lagi buku itu dibakar dengan api biru sehingga hangus di puncak gunung di kerajaan api, tempat tinggal burung pheonix yang merupakan penjaga gunung itu.

"Macam aku cakap dulu, buku tu tak boleh dihapuskan!! Ianya abadi, buku tu akan muncul bila ia dah jumpa orang yang layak untuk memegangnya dan lenyap kembali apabila semuanya menjadi sedia kala" terangnya lagi sambil mengurut pelipisnya, mereka ni bila makin tua makin banyak benda pula nak tanya, dulu waktu muda takde pun yang berperangai macam ni.

"Dengan jumpa tiga belas pelajar di Magical Highschool? Jumpa dekat perpustakaan sekolah mereka pula tu" sindir lelaki berjubah hitam itu, dia tak faham kenapa buku itu pilih pelajar dan bukannya pahlawan-pahlawan di luar sana, budak sekolah juga la buku tu nak rembat.

"Kau ada masalah ke dengan mereka?" soalnya dingin, tiba-tiba suasana di dalam bilik mesyuarat itu terasa menyeramkan kerana aura gelap dari jejaka itu.

Penghuni-penghuni di dalam bilik mesyuarat itu meneguk air liur mereka dengan kasar, semua terdiam yang mengantuk pun terus tak mengantuk melihat wajah seram jejaka itu, yang lain memandang lelaki berjubah hitam itu lalu memberikan pandangan tau-dah-tua-tapi-jangan-la-minta-nak-mati-awal-sekarang.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now