26

2.7K 342 698
                                    

"Minghao, macam mana sekolah okay?" Soal Pn.Xu apabila mereka baru sahaja selesai makan tengah hari dan kini mereka di ruang tamu untuk berborak mendengar cerita Minghao dengan sekolah baharunya.

"Okay jerp banyak juga la benda yang berlaku" jawab Minghao lalu memakan buah epal yang disediakan oleh ommanya itu.

"Omma dan appa terkejut bila dapat tau kamu terpilih jadi The Witch Guardians padahal itu baru hari pertama kamu kan" ujar Tn.Xu yang baru sahaja join sesi cerita mencerita gitu.

"Haah!! Hao pun terkejut bila cikgu pilih Hao" terang jejaka itu dengan ceria, dia masih terkejut dan dia hairan mengapa dia terpilih masuk sekolah ni dia kena tanya Sir Dongwook balik.

"Nampak tak anak omma ni memang hebat" puji Pn.Hao lalu mengusap rambut anak tunggalnya itu bangga.

"Heheheh ermm omma.. appa.. boleh Hao tanya sesuatu?"

"Apa dia?"

"Pasal 10 tahun lepas, apa jadi? Kenapa Hao tak tau apa-apa" soal Minghao, memandang omma dan appanya yang sedang tersenyum tipis padanya.

"Appa dah agak kamu akan tanya soalan tu kamu pun dah besar jadi kamu memang layak tau lagipun perkara tu memang penting sebab kamu dah jadi The Witch Guardians" ujar Tn.Xu, tiba-tiba dia rasa gembira melihat anaknya tumbuh menjadi sosok remaja yang matang dan kuat di depan matanya sendiri.

"Ceritanya macam ni.. waktu tu kamu kemalangan dan kamu koma" cerita Pn.Xu yang masih teringat anaknya terjebak dengan kemalangan dan hampir sahaja kehilangan nyawa pada waktu itu.

"Ouh woah koma" komen Minghao terkejut, dia tau yang dia koma tapi dia tak tau apa jadi waktu dia sedang tidak sedarkan diri terlalu lama. Sebenarnya dia koma sebulan je.

"Woah kan dan lagi woahnya ada sesuatu buruk berlaku sehingga menggemparkan seluruh dunia magik, pertarungan diantara dua makhluk yang memang dilarang sekali kita sebut disini" ujar Pn.Xu sambil matanya memandang sekeliling takut-takut ada yang mencuri dengar padahal rumah mereka tertutup tapi siapa tau kan hanya ingin berjaga-jaga.

"Disebabkan pertarungan itu efeknya memang terkena pada semua orang, kamu pula di hospital dan waktu tu bangunan hospital tu runtuh nasib baik appa sempat selamatkan kamu walaupun waktu tu omma kamu hampir pengsan" sambung Tn.Xu pula lalu mencubit pipi isterinya yang sedang menggerutu tidak puas hati kerana cerita tentangnya yang hampis pengsan itu, Minghao pula hanya terkekek geli melihat kemesraan orang tuanya.

"Jadi semua selamatkan kat hospital tu?" Soal jejaka itu bimbang, tiba-tiba dia rasa bersalah kalau dia seorang sahaja yang selamat waktu tu tapi orang lain tak.

"Semua selamat jangan risau" Minghao menghela nafas lega, teurs hilang rasa bersalahnya.

"Kenapa Hao tanya?" Soal Pn.Xu pula.

"Sebab.. ahli The Witch Guardians kan ada tiga belas orang termasuk Hao dan Hao terdengar ramai member Hao ungkit kisah 10 tahun lepas bila mereka ungkit pasti ada yang sedih" ujar jejaka itu yang turut sedih apabila teringat wajah-wajah sedih rakan-rakannya, walaupun dia savage dia tetap hati lembut.

"Biasa la tu, nanti kamu cuba kumpulkan semua kawan Hao dan buat sesi luah meluah untuk mengeratkan lagi hubungan korang dan saling mengenali dengan lebih mendalam" cadang Pn.Xu.

"Okie omma, dan Hao hairan dengan Jisoo hyung dia macam takut sesuatu bila nak guna kuasa dia, Seungcheol hyung pula kata ingatan dia dulu macam ada yang sengaja padamkan" cerita jejaka itu lagi, soalan itu sentiasa berlegar-legar di kepala otaknya.

"Siapa Jisoo dan Seungcheol?"

"Jisoo hyung Element Ais dan Seungcheol hyung Element Api" serentak orang tua Minghao memandang antara satu sama lain tetapi jejaka itu tidak menyedarinya perlakuan aneh omma dan appanya.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now