49

2K 229 570
                                    

Setelah tamat waktu persekolahan, Seventeen terus berkumpul di bilik mesyuarat menunggu Sir Dongwook yang masih belum tiba. Sakit perut la tu dia, itu yang masuk lambat tu. Hari raya macam ni apa kata kita cuba husnuzon sikit. Gitew

"Mana Sir Dongwook ni? Nak dekat 30 minit kita tunggu jangan sampai aku balik asrama sekarang" rungut Seungcheol sambil melihat jamnya.

"Alah sabar la hyung, macam tak biasa Sir Dongwook datang lambat, woi Soonyoung mana cikgu kesayangan kau tu? Harap je kau anak murid ikan dia" marah Wonwoo pada rakannya yang sedang sibuk mengorek hidung Jihoon yang sedang tertidur di atas meja mesyuarat itu.

"Whattahell, sejak bila dia jadi cikgu kesayangan aku?! No way la cikgu kesayangan aku Sir Jongsuk!" bantah Soonyoung, tidak terima apabila namanya dijual menjadi anak murid kesayangan Sir Dongwook.

"Serius la? Tadi baru je kau kutuk dia sebab dia denda kau berdiri kat luar kelas tadi" celah Junhui lalu menampar tangan Soonyoung menjauh dari hidung Jihoon yang sudah mula kemerahan.

"Diam kau, halah kau pun kena denda juga jangan cakap macam kau tak pernah kena denda tadi" bidas Soonyoung menjeling rakannya sambil mengusap tangannya akibat tamparan itu tadi.

"Aku kena denda sebab KAU! KALAU KAU TAK BALING BUKU AKU! AKU TAKKAN KENA DENDA BERDIRI LUAR KELAS DENGAN KAU!" hambur Junhui dengan penuh amarah, kalau Seokmin dan Seungkwan tak tahan dia dah lama muka Soonyoung melekat kat kerusi.

"BAWA MENGUCAP HYUNG! JANGAN SAMPAI AKU BUAT TOTURIAL MENGUCAP KAT SINI" Seungkwan menepuk dada Junhui perlahan, cuba meredakan amarah hyungnya itu.

"ALAH KAU NI!! KAN AKU DAH KATA AKU BUAT SEMUA NI UNTUK RAPATKAN LAGI HUBUNGAN KITA SESAMA SAUDARA" balas Soonyoung, semakin mengapi-apikan kemarahan Junhui yang baru sahaja hendak surut.

"KAU JANGAN NAK NGAKU AKU NI SAUDARA KAU! PAK CIK AKU TAK KAHWIN PUN DENGAN MAK CIK KAU" teriak Junhui tidak mahu kalah, yanda feikir saiya teidak taihu maerah deyyyy.

"MALAS AKU NAK LAYAN KAU NI" Soonyoung meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu dengan diva, tak kuasa la kitew nak layan orang macam ni.

"KALAU MACAM TU JANGAN LA LAYAN AKU!" Seungkwan dan Seokmin yang dari tadi menahan Junhui mula melepaskan kedua-dua lengan jejaka itu apabila terlihat sosok seseorang yang sedang menghampiri Soonyoung dan Junhui yang masih bergaduh.

PAK! PAK!

"Diam bodoh, beria betul gaduh kalau nak gaduh juga pergi gaduh kat luar alang-alang tu ajak pengetua kita gaduh sekali aku nak juga korang berdua kena sumpah jadi emas" Jeonghan meniup lengannya perlahan, memandang Soonyoung dan Junhui yang sudah mengusap kepala mereka akibat diketuk kuat oleh hyung mereka.

"Maaf.." ucap kedua-dua jejaka itu perlahan, memberikan jelingan antara satu sama lain dengan senyap supaya tak kena ketuk lagi dengan Jeonghan.

BAM!

"Maaf lambat-- ada sesuatu terjadi ke tadi ;-;" soal Sir Dongwook bingung apabila melihat ruang bilik mesyuarat itu agak huru hara walaupun nampak kemas je bilik mesyuarat itu, entah la dia ada firasat ada sesuatu terjadi waktu dia takde tadi.

"Takde apa-apa la Sir, sekarang kenapa Sir nak jumpa kami?" tanya Hansol, cuba mengalihkan perhatian gurunya untuk tidak bertanya lebih tentang kejadian lima minat yang lepas.

"Okay, aku nak jumpa korang sebab pagi tadi aku ada dapat laporan yang salah satu hutan di kerajaan air dah jadi hitam dan kering, memang sah tu kerja ahli sihir hitam jadi semua nak berlatih kan kuasa masing-masing?" kata Sir Dongwook, Seventeen mengangguk perlahan mendengar perbicaraan guru mereka dengan serius.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now