BAB 1

41K 1.2K 54
                                    

***

Ting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ting

Pintu lif terbuka. Tatkala melihat lelaki di dalam lift itu semua staff yang sedang menunggu di hadapan lift tadi melangkah ke tepi memberi laluan kepada lelaki yang kemas bersut hitam itu.

Masing-masing tunduk kepadanya.

Lelaki itu memandang mereka semua tanpa riak. Dingin sahaja wajahnya, sedingin ais batu.

Dia melangkah keluar dari lift itu dengan penuh karisma.

Telefon bimbitnya yang berbunyi di dalam kocek menghentikan langkahnya. Lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya sebelum melekapkan telefon itu di telinganya.

Sebaik sahaja selesai menjawab panggilan tangannya membuat isyarat memanggil salah seorang pengawal keselamatan yang sedang menjaga pintu masuk.

"Ye saya bos?"

"Panggil technician baiki lif VIP yang rosak ni. Make sure esok lif ni dah boleh guna" katanya mendatar sebelum melangkah keluar dari lobi syarikat itu.

Semua staf yang memandang melepaskan nafas lega.

"Nasib baik mood boss tu okay hari ni. Kalau tak, naik tangga lah kita." kata salah seorang pekerja. Rakannya yang juga salah seorang staff di situ mengangguk bersetuju.

Lelaki itu tak suka berkongsi. Apa tah lagi berkongsi lif dengan staff. Sudah lah tidak suka berkongsi, beramah mesra dengan staff juga dia tidak mahu.

Siapa lagi kalau bukan Hud Zahred? Pewaris syarikat pembinaan milik arwah ayahnya, Tuan Zarif.

Hud baru sahaja menjadi pemilik syarikat itu sepenuhnya beberapa bulan lalu setelah pemergian arwah Tuan Zarif.

Arwah Tuan Zarif sangat berbeza dengan Hud.  Dari segi perangai, Hud lebih suka berdiam diri berbanding Tuan Zarif yang ceria. Semasa syarikat ini dipegang oleh Tuan Zarif, setiap hari  Tuan Zarif akan menyapa pekerja pekerja dengan mesra. Berbeza dengan sekarang, pantang melihat Hud lalu, pekerja-pekerja pasti akan mengelak dan menundukkan kepala. Entah apa yang mereka takutkan.


20 June 20xx

Hud Zahred memberhentikan keretanya di tepi jalan. Cuaca hari itu agak panas berbanding kebiasaannya. Dompet di dalam dashboard kereta diambil. Sehelai not dua puluh ringgit diambil. Langkah diatur menuju ke gerai ABC setelah keluar dari keretanya itu. Ramai orang yang ada di gerai itu petang itu.

Hud mengambil tempat di bahagian paling hujung. Jam Rolex di pergelangan tangan kirinya dipandang. Sudah jam 5 petang. Setelah selesai memesan sepinggan keropok lekor dan semangkuk ABC special, Hud mendail nombor pada iphone 11 miliknya.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now