BAB 4

14.1K 811 23
                                    

***


Bunyi loceng rumah yang tidak berhenti dari tadi mengganggu tidur Melissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi loceng rumah yang tidak berhenti dari tadi mengganggu tidur Melissa. Dengan rambut yang kusut masai dia melangkah turun ke tingkat bawah rumah itu. Pintu dibuka kasar.

"Tak boleh ke tekan sekali je? Memekik je tau" katanya sambil menyanggul rambutnya. Pandangannya jatuh pada sosok tubuh di hadapannya. Senyuman melebar. Teruja melihat gerangan di depan mata.

"Marissa!!!" jeritnya gembira. Terus Melissa ambil Marissa yang berada dalam dukungan sepupunya, Sara.

"Kot ye pun pergi la cuci muka , berus gigi dulu ke apa" kata Sara.

Melissa menjawab.

"Aih aku tak gosok gigi pun wangi tau. Nah bau." Kata Melissa menghembus nafasnya betul betul di hadapan muka Sara.

Sara yang terkejut dengan tindakan Melissa tadi hanya memandang Melissa yang sudah menculik Marissa ke tingkat atas.

'Tak senonoh punya sepupu' katanya sambil menggelengkan kepalanya. Langkah diatur menuju ke tingkat atas.

Sara masuk ke dalam bilik Melissa yang agak kucar kacir itu. Faham benar dia dengan perangai sepupunya itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Aku terpaksa hantar Marissa dekat kau sebab aku ada kursus minggu ni" kata Sara.

"Berapa lama?" tanya Melissa sambil mengagah bayi yang berusia 2 tahun itu. Sekali sekala bayi itu terkekek ketawa dengan aksi Melissa.

"Seminggu je. Kalau boleh aku tak nak susahkan kau. Tapi tu la, nak harapkan laki aku tu... Sibuk 24 jam" kata Sara.

"No problem la, lagipun anak buah aku, tak susahkan aku pun" jawab Melissa.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah Sara.

"Thank you Mel!!!" kata Sara.

Marissa Adriana nama secomel empunya nama. Anak kepada arwah kakaknya. Usianya kini dua tahun menandakan sudah dua tahun kakaknya pergi menghadap ilahi. Kasihan anak sekecil itu hidup tanpa kasih sayang ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Mujur ada Sara yang sudi menjaga anak buahnya itu. Lagipula Sara sudah 5 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat.

Bukan Melissa tidak mahu menjaga anak buahnya itu sendiri namun ketika itu, dia dalam persediaan melanjutkan pelajaran di luar negara. Walaupun hatinya berat hendak meninggalkan anak buahnya yang baru lahir itu, Sara meyakinkan Melissa bahawa dia akan menjaga Marissa seperti anaknya sendiri.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now