BAB 38

11.1K 801 48
                                    

***

Melissa memetik suis lampu utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melissa memetik suis lampu utama. Sandal yang dipakainya ditanggalkan lalu disimpan ke dalam rak kasut. Baru sahaja dia hendak berjalan menuju ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan dapur, langkahnya terhenti.

Pandangannya terarah pada Hud yang sedang duduk di sofa sambil merenungnya tajam itu. Melissa menjeling Hud sekilas.

Melissa terus melangkah pergi dari situ namun sekali lagi langkahnya terhenti tatkala telinganya disapa oleh suara Hud.

"Melissa Adanni"  ada nada tegas dalam panggilan itu.

Melissa berdecit. Dia menoleh ke arah Hud yang masih lagi memerhatikannya itu.

"Apa lagi yang awak nak Hud?" soalnya malas.

"Kau balik dengan siapa tadi? " soal Hud.

"Dengan kawan saya? Kenapa? Ada masalah dengan awak ke?" jawab Melissa tanpa memandang ke arah Hud.

Flashback

"Apa awak cakap? Saya? Saya mengecewakan awak?" soal Melissa tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya itu.

Hud diam sambil matanya masih lagi terarah pada jalanraya. Wajahnya serius sahaja ketika itu.

"Jawab lah! Saya mengecewakan awak??" soal Melissa lagi.

Hud menghela nafas berat.

"Biy, jangan buat perangai macam ni boleh?" pujuk Hud. Malas dia mahu memulakan pergaduhan dengan Melissa.

"Jawab lah! Kenapa kakak dan saya mengecewakan? Ha? Jawablah" desak Melissa tanpa henti. Tak peduli dengan riak wajah Hud yang serius itu.

"Sebab kau dengan kakak kau sama je. Tak cukup satu tetap nak menggatal dengan lelaki lain." sinis Hud menjawab soalan Melissa itu.

Melissa terdiam.

Hud mengerling sekilas ke arah Melissa yang hanya mendiamkan diri itu. Tadi beria sangat tanya, bila dah jawab... Diam pulak.

"Kenapa kalau saya nak menggatal dengan lelaki lain pun? Awak takut saya jatuh cinta pada dia? Takut saya tinggalkan awak macam kakak tinggalkan awak?"

Hud meraup mukanya dengan sebelah tangan. Fikirnya pergaduhan itu bakal berhenti sampai di situ sahaja. Tetapi ternyata tidak. Nafas dihela perlahan.

"Kenapa kau susah sangat nak percayakan aku? Pasal aku dengan kakak kau tu, semua tu masa lalu. Aku sendiri pun dah tak nak ingat semua tu. Yang penting, sekarang aku ada kau" pujuk Hud lembut.

"Masa lalu konon. Padahal tak move on lagi sampai sekarang" sindir Melissa.

Hud memandang sekilas ke arah Melissa dengan ekor matanya.

1000 kali dinafikan tetap juga Melissa tidak akan percaya padanya.

Sejak akhir-akhir ini Melissa sering memberontak dengannya. Masuk kali ini entah sudah berapa kali soalan yang sama sering diutarakan oleh Melissa. Soal Melinna.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now