BAB 18

13.6K 882 50
                                    

***

"Nak pergi mana tu?" jerit Melissa dari dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak pergi mana tu?" jerit Melissa dari dalam rumah. Hud yang baru sahaja naik motor itu menoleh.

"Nak ambil angin" jawab Hud ringkas.

"Nak ikut boleh?" soal Melissa manja.

"Tak payah la. Nanti kau mengadu kulit burn la kena matahari, panas la apa la. Motor ni tak ada aircond tahu tak?"

Melissa mencebik. Apa ingat dia tak tahu ke motor tak pakai aircond? Ingat dia kuno sangat ke?

"Janji tak complain. Please. Nak ikut please" kata Melissa lagi. Dia sudah bosan duduk di rumah. Puan Rosnani awal awal pagi lagi sudah hilang entah ke mana. Dahlia? Mungkin terlalu penat melayan tetamu semalam, selepas sarapan terus rakannya itu lesap ke dalam bilik.

"Ha cepat lah. Aku kira sampai 3 kalau tak aku tinggal" kata Hud. Bergegas Melissa menyarungkan selipar. Melissa berdiri di samping Hud. Dia tersengih.

"Helmet mana? " soal Hud. Melissa mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Dah, tepi la kau" kata Hud lalu turun dari motosikal. Dia masuk semula ke dalam rumah dan keluar tidak lama kemudian bersama sebiji helmet berwarna hitam.

Helmet itu diserahkan pada Melissa. Melissa memakai helmet tersebut di kepalanya tetapi terbalik. Hud ketawa.

"Wujud juga ye orang tak pandai pakai helmet ni" perli Hud. Melissa mencebik.

"Baby mana pernah naik motor la!" marah Melissa.

"Nyenyenye"

"Sini" Hud memakaikan helmet itu di kepala Melissa. Kemudian diketuknya helmet di kepala Melissa dua kali.

"Apa ketuk-ketuk pulak ni?" marah Melissa. Berkerut dahinya, dia memandang Hud dengan pandangan tidak puas hati.

"Saja nak test kuat tak helmet tu" kata Hud selamba. Melissa menjeling.

"Tapi kalau kau rasanya tak perlu pakai helmet dah, kepala kau lagi keras dari helmet" sambung Hud perlahan.

"Apa dia!!" jerit Melissa geram. Ingat dia tak dengar?

Terus diketuknya pula helmet Hud berulang kali. Hud mengelak tapi tangan Melissa lagi laju mengetuk helmetnya.

"Okay okay stop. " kata Hud bersama sisa tawanya.

"Cepatlah naik. Kalau tak aku tinggal" kata Hud lagi. Melissa memegang bahu Hud lalu naik ke atas motor. Belum sempat posisi duduknya dibetulkan, Hud sudah memecut laju.

"Hud!!!" jerit Melissa geram. Nasib baik tak jatuh.

Tanpa mereka sedar, kelakuan mereka berdua diperhatikan oleh Farezz dan Dahlia dari tingkap bilik tidur mereka.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now