BAB 32

12.5K 800 22
                                    

Betul ke apa dia buat ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Betul ke apa dia buat ni?

Itu soalan yang terlintas di fikirannya ketika itu. Melissa duduk di sofa di dalam bilik wad itu sambil jarinya meleret skrin telefon bimbit. Pintu bilik air terbuka. Melissa memandang ke arah gerangan yang baru sahaja keluar dari bilik air itu. Lelaki itu turut memandangnya hairan.

Melissa mengukir senyum.

Lelaki itu jelas-jelas menunjukkan riak muka hairan bercampur terkejut. Namun, senyuman Melissa tetap dibalas dengan senyuman manisnya.

Dia mengambil tempat di sofa bertentangan Melissa.

"You buat apa kat sini?" soalnya memulakan perbualan. Melissa memerhatikan seraut wajah cekung milik lelaki itu.

Dulu, wajahnya tak secekung itu. Badan tegap milik lelaki itu juga sudah kelihatan semakin susut. Dia, lelaki yang tak pernah jemu menjaga Melissa ketika di luar negara dahulu.

"Mel?" suara garau Harith mematikan lamunan Melissa.

"Ya?" soal Melissa bingung.

"I tanya you buat apa dekat sini?" soal Harith semula.

"I melawat you? Obvious kot. Tak kan I saja saja berehat pula dekat sini?" kata Melissa. Harith mengukir senyum. Mungkin gembira dengan jawapan Melissa itu.

"You discharge hari ni kan? I hantar you balik" kata Melissa. Sekali lagi ayat yang terluncur dari mulut Melissa itu membuatkan kedua belah kening Harith bercantum. Terasa bagaikan mimpi.

"I nak guna toilet kejap. You siap-siap lah dulu" kata Melissa seraya bangun lalu terus menghilangkan diri ke dalam tandas ruang wad VIP itu.

Harith diam sejenak sebelum tak lama kemudian bibirnya menguntum senyum. Berkali-kali dia mencubit kedua belah pipinya yang cekung itu.

'Aku tak mimpi kan?' soal Harith pada dirinya sendiri.

Harith bangun dari duduknya. Dia mahu mengemaskan barang-barangnya memandangkan dia sudah boleh pulang ke rumah setelah beberapa hari menjalani rawatan di hospital itu.

Wayar drip yang tersambung pada tangannya tanpa sengaja tersangkut pada beg tangan Melissa yang diletakkan di atas meja kecil. Beg itu terjatuh ke atas lantai. Beberapa barang milik Melissa terkeluar dari beg itu. Harith menundukkan badannya, ingin mengemas kembali barang-barang yang terjatuh tadi.

Sekeping gambar dikutip. Lama gambar itu ditenung oleh Harith.

Pintu bilik air terbuka. Harith menoleh ke arah Melissa dengan gambar pada tangannya. Pandangan mata mereka berdua bersatu. Melissa cepat-cepat berjalan ke arah Harith sebelum merampas kembali gambar pada tangan Harith itu.

"Kenapa buka beg tangan I?" soal Melissa. Nada suaranya seperti agak marah dengan tindakan Harith itu. Gambar itu dimasukkan kembali ke dalam beg tangannya.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now