BAB 40

13.1K 796 42
                                    

Dah baca bab 39? Kalau belum, gi baca dulu hahahah

***

"Aah kotak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aah kotak. Dalam tu ada kad yang kakak tulis untuk awak" jelas Melissa. Cuba mengingatkan Hud.

Jeda.

Tak lama kemudian, Hud menepuk tangannya kuat.
Terkejut Melissa dibuatnya. Nasib tak terberanak di situ juga.

Hud tersengih tatkala melihat reaksi terkejut Melissa itu. Comel bercampur lucu.

"Dalam kotak tu.. Ada hadiah yang Ad bagi dekat aku. Aku pulangkan semula pada dia lepas dia mengaku dia suka pada aku. Tu je, tak ada apa pun." terang Hud.

Melissa mengangguk angguk faham. Jadi terjawablah sudah semua keraguannya selama ini. Teruk betul dia kerana tidak percaya pada Hud.

"Sebab tu je ke kau tuduh aku sampai macam tu biy? Dahsyat betul cemburu kau" ujar Hud lalu ketawa. Senang hati apabila segala-galanya sudah dijelaskan.

"Bukan cemburu.. Saya ada terserempak dengan Afeefah sehari sebelum Farah kahwin. Dia cakap macam-macam pada saya. Dia kata awak kahwin dengan saya sebab tak move on yang kakak tak terima awak" adu Melissa.

"Then, kau pun percaya bulat-bulat?" tanya Hud.

"Well, mana tahu kan. Awak tu bukan boleh percaya sangat pun. "

"Eh suka hati je tuduh aku, percaya lah, tak ada perempuan lain dalam hati aku selain kau baby" kata Hud spontan.

"Taknak percaya" kata Melissa sambil menutup kedua belah telinganya sendiri.

"Kena percaya" balas Hud kembali sambil cuba menarik tangan Melissa dari telinganya.

Sehari sebelum hari perkahwinan Farah.

Melissa duduk berehat di dalam office di butiknya. Walaupun Hud melarangnya daripada bekerja, tetap sahaja dia berdegil hendak ke butik.

Tapi dia cuma singgah sekejap sahaja. Bukan apa, dia dah berjanji untuk menyerahkan baju tempahan Farah pada hari itu.

Bunyi pasu bunga di dalam kedai yang pecah buatkan Melissa segera keluar dari pejabat mininya itu. Melihat sahaja perempuan berkurung riau yang sedang membuat kacau di butiknya itu buatkan darahnya menggelegak naik.

"Beb tolong aku!!" jerit Farah yang sedang menyorok di bawah kaunter.

"Mana dia? Aku nampak dia masuk sini tadi lah!!" tempik Afeefah.

Dengan selamba Melissa menjawab.

"Kau ni gila ke memang gila atau buat buat gila? Datang butik orang baling itu baling ini, ewah ewah banyak cantik?!"

Afeefah menoleh ke arah Melissa yang sedang bersandar di pintu pejabatnya. Tiba-tiba sahaja riak muka Afeefah berubah terkejut. Pucat lesi kulit wajahnya ketika itu. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Benci Tapi Sayang✔Where stories live. Discover now