Tidak !

Ramalan tersebut perlu dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa apatah lagi dengan menjelangnya hari keputeraan Putera Ardius tiga minggu dari sekarang. Bagaimana jika ramalan tersebut akan dijadikan alasan oleh Tuan Hemera dan Keluarga Nyima untuk menyingkirkan Putera Ardius kerana diramalkan akan 'menutupi' ayahndanya sendiri?

Bukankah itu juga alasan yang digunakan oleh Keluarga Ares untuk memakzulkan Permaisuri Adhreya lama dulu setelah baginda permaisuri disahkan bakal melahirkan putera pewaris Kerajaan Darmenta? Malahan,untuk melaksanakan rancangan tersebut bukan sedikit nyawa yang terkorban dan bukan setitis dua sahaja darah yang tumpah ke bumi.

Dan kini,tiba-tiba sahaja ramalan tersebut muncul lagi bahkan kali ini bukan satu bulan yang akan menutupi matahari tetapi ada dua!

*             *             *

Argeia pantas melepaskan cangkul di tangannya lalu melangkah separuh berlari anak menuju ke rumahnya apabila Athreyu menyampaikan khabar dengan wajah bersimbah peluh kerana jelas sekali anaknya itu tiba di situ dengan berlari.

Tiba di halaman,pandangan mata Argeia terpaku kepada dua batang tubuh yang sedang berdiri tegak sementara isterinya dan juga Kaii berdiri saling berhimpitan antara satu sama lain.Menerima kunjungan tetangga sudah terbilang agak luar biasa bagi keluarga tersebut kerana letak rumah mereka yang sedikit jauh dan terpencil daripada warga permukiman yang lain apatah lagi kedatangan dua orang lelaki yang jelas bukan daripada golongan biasa-biasa begitu.

Walaupun pakaian yang membaluti tubuh pemuda-pemuda itu tampak seperti orang kebanyakan tetapi dua ekor kuda hitam yang tenang mengibas surai itu hampir mustahil dimiliki oleh orang biasa.Hitam berkilat,gagah dan lengkap dengan ladam juga pelana sementara hulu pedang yang menghendap dari sebalik bahu lelaki-lelaki tersebut membuatkan Athreyu beberapa kali mengerling ke arah pintu di sebelah kanannya di mana sebilah pedang tergantung di sebaliknya.

" Apa hajat kalian ke mari?"

Argeia memandang curiga susuk sangar di hadapannya itu.Walaupun kedua-duanya berusaha untuk tampil sebagai orang kebanyakan,mata teliti Argeia tidak akan dapat dibohongi langsung kerana dia kenal plak perak yang tergantung di sebalik mantel pengembara lelaki tersebut.Plak dengan lambang rasmi yang hanya dimiliki oleh panglima yang membawa jawatan Arial.Panglima tahap tertinggi yang boleh mengerahkan ketumbukan seramai 5 ribu orang tentera.

Pertanyaan Argeia tidak diendahkan oleh dua orang lelaki tersebut tetapi sebaik sahaja pintu di beranda hujung terbuka menyerlahkan tubuh berbalut Aazael,kedua-dua lelaki berpedang tersebut pantas menerpa.

" Tuanku.." Seru salah seorang daripada lelaki tersebut membuatkan mata Athreyu membola terkejut " Tuanku tidak apa-apa?"

Antara mereka ,Kaii sahaja yang tidak terperanjat kerana sememangnya dia tahu siapa gerangan Aazael yang sebenar tetapi dia berpura-pura mengundurkan diri beberapa tapak ke belakang lalu tunduk hormat demi melihat perlakuan ayahnya .

Malahan ketika susuk berpakaian hitam Aazael yang cedera itu meletakkan mata pedang ke lehernya semasa berada di Pekan Annara beberapa hari yang sudah,dia sudah tahu siapa gerangan lelaki tersebut dan kerana itulah dia mengambil keputusan untuk membantu lelaki tersebut keluar dari ibu kota dan menyembunyikannya selama beberapa hari sebelum ibunya menemui pemuda tersebut pada suatu pagi.

Kaii tahu jika dia tidak membantu pemuda itu keluar dari ibu kota,pemuda tersebut akan membunuhnya dan ia menjadi penyebab Athreyu memasuki istana dan berusaha untuk membunuh putera mahkota.Lebih daripada itu,jika dia membiarkan sahaja alur cerita berjalan sesuai plot dalam Babad Saribu Bhyangkara,dia tidak tahu kematian watak Kaii akan meninggalkan kesan semacam apa kepada kewujudannya di dalam dunia Babad Saribu Bhyangkara itu.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now