BABAD 51

58 11 0
                                    

Gerbang Barat.Tempat pembuangan mayat pesalah yang dijatuhkan hukuman kerana melanggar undang-undang Darmenta.Seperti mana fungsinya,tempat tersebut sememangnya menyeramkan dengan pohon-pohon yang mencuar tinggi sementara ranting kering merentang sebarangan arah.

Angin bertiup sebentar-sebentar kasar sebentar pula perlahan bagaikan mewakili rasa para roh yang bergentayangan di tempat tersebut tanpa dihantar oleh ritual khas menuju ke tempat abadi mereka.Bahkan tidak diziarahi oleh para keluarga .

Dingin ,menyeramkan dan ketika malam menjelang tempat tersebut akan menjadi tumpuan para haiwan pemangsa kerana haiwan buas tersebut tahu mereka akan memperolehi mangsa dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.

Ren duduk tegak di sebalik pokok yang paling besar di tempat tersebut.Menjengukkan kepalanya sekali-sekala ke arah pintu gerbang yang bertutup rapat.Menunggu dengan hati yang berdebar-debar.Kepada Hatra dan juga Enuma dikhabarkan firasat hatinya yang kuat mengatakan ada sesuatu sedang berlaku dan ada sebab pula mengapa mereka dilepaskan melalui Gerbang Barat.

Alasan Enuma bahawa baginda raja tidak mahu desas-desus timbul dalam kalangan rakyat akibat kejadian tuduhan terhadap puteri mahkota itu tidak masuk akal bagi Ren.Sempat dia melihat kelibat sinar mata yang aneh daripada Panglima Madeia.Entah.Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang sedang berlaku dan mereka perlu menunggu sehingga keadaan di istana betul-betul reda sebelum mula bertolak semula ke permukiman Suku Marais.

Ketika malam semakin gelap dan hujan pula mendadak turun dengan lebatnya,Ren pantas merapatkan tubuh ke arah pohon tersebut sambil mengisyaratkan kepada Hatra dan Enuma agar menyembunyikan diri sesenyap yang mungkin.Dua kelibat kelihatan mengusung sebuah tandu dengan nyalaan obor yang hampir padam dek guyuran hujan yang deras dan tidak bersahabat.

Tiga orang? Tidak.Ada lebih daripada tiga orang semuanya.

" Ren!!" Tegak berdiri cuping telinga lelaki itu tatkala namanya diseru oleh satu suara yang dikenalinya." Keluarlah.."

Dalam keadaan basah kuyup,ketiga-tiga mereka keluar dari tempat persembunyian masing-masing.Enam orang semuanya termasuklah Panglima Madeia yang memegang obor.

" Panglima.."

" Nampaknya tuan memahami tindakan saya.."

Panglima Madeia mencacakkan tangkai obor di tengah pondok beratap lusuh tersebut dan segera menepi.Seorang demi seorang daripada susuk tubuh yang basah kuyup itu menurunkan selubung kepala dan bingkai wajah terakhir membuatkan Ren,Hatra dan Enuma pantas menunduk hormat.

"Tuanku.."

Wajah orang nombor satu kerajaan Darmenta itu sekadar mengangguk.Bukan sahaja baginda, ada juga kelihatan baginda permaisuri dan putera mahkota sendiri selain Panglima Agean dan juga Athreyu.

" Ada sampan yang sedang menunggu di sungai sana.Pergilah.Bawa pergi anakanda beta,Puteri Kaiiara.."

Ren pantas menundukkan kepalanya.Tidak perlu diterangkan dengan lebih jelas.Kehadiran orang-orang penting kerajaan Darmenta ke tempat itu sudah cukup menunjukkan segala-galanya.

" Ini penawarnya.Berikan segera kepada tuan puteri sebaik sahaja kalian sudah keluar dari sempadan Gerbang Barat."

Ren tidak menyahut namun pandangan matanya jatuh kepada bingkai wajah Permaisuri Adhreya yang pucat dan tampak kedinginan.Mereka senyap seribu bahasa memerhatikan bagaimana wanita itu mengucupi dahi pucat Kaii yang masih berselubung kain dan tampak lebih tebal.

Athreyu yang memerhatikan keadaan itu mengetap giginya senyap-senyap.Renyuk sekali dia memerhatikan keadaan Kaii ketika itu namun tidak ada apa-apa lagi yang boleh mereka lakukan.Itu adalah tindakan terbaik yang boleh mereka lakukan bagi menyelamatkan Kaii.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now