" Ttuaannnn.." Jari berkuku hitam yang melebar seperti mata cangkul itu mencengkam pergelangan kaki salah seorang daripada pengawal berbaju besi tersebut ketika kedua-duanya melangkah meninggalkan penjara bawah tanah tersebut." Tuan Ares.Sayyya hendak berjumpa dengan Tuan Ares."

" Golongan seperti kau hendak berjumpa dengan Tuan Ares?" Salah seorang daripada pengawal tersebut tertawa meremehkan." Apa layakkah?"

Wajah kusam dengan jambang meliar dan rambut yang bergumpal tidak keruan itu tidak perduli tatapan meremehkan yang diterimanya daripada dua orang pengawal tersebut.

"Hanya katakan pada Tuan Ares bahawa Marius ingin berjumpa dengannya.Soal Orakulus Agung."

* * *

" Jadi ini penyebabnya Kaii meminta agar kita tidak mengikuti laluan biasa ?"

Athreyu yang menjadi pemerhati dari kejauhan itu berusaha untuk berbisik seperlahan yang mungkin agar butir bicaranya tidak singgah ke pendengaran sang ayah yang tampak menyeluruhi seseorang dengan raut wajah yang serius.

Siapa juga yang tidak curiga dan terperanjat. Awal pagi lagi mereka sudah dikejutkan dengan jeritan terperanjat sang ibu yang seperti biasa bangun lebih awal daripada yang lain-lain untuk menyudahkan rutin paginya-menyediakan sarapan buat suami dan anak-anaknya.

Athreyu yang sudah terjaga sejak terbit fajar itu bergegas ke beranda belakang demi mendengar timba kayu yang digunakan oleh mereka untuk menimba air dari dalam telaga itu terhempas ke atas permukaan berbatu di sekeliling telaga. Dan apabila dia sampai di situ,ibunya berteriak cemas sambil menunding seseorang.

Satu susuk tubuh dalam balutan kain kapas yang kasar kelihatan berlumuran darah pada paha dan lengan kanan sedang tersandar dengan wajah pucat pada dinding telaga.Ketika Athreyu mencengkam kolar baju yang digunakan oleh pemuda itu dengan lagak mengancam,Kaii pantas menerpa ke arah abangnya dan mengatakan bahawa dialah yang membawa pemuda tersebut di dalam kotak kayu sehingga mampu terlepas daripada pemeriksaan ketat para anggota garrison Istana Darmenta.

Sementara itu,Aergia sesekali melirik telatah Kaii yang lebih banyak mendiamkan diri walaupun Athreyu sudah beberapa kali bertanyakan hal tersebut.

Kaii memang diketahui mereka terbilang lembut dan prihatin kepada orang lain tetapi membawa seseorang yang cedera parah di dalam kotak kayu semata-mata untu membolehkan susuk misteri tersebut melepasi pemeriksaan ketat pada gerbang kota sebenarnya satu tindakan yang berbahaya dan berisiko tinggi.

Bagaimana jika pemuda tersebut merupakan orang yang dikehendaki di ibu kota? Tidakkah tindakan menyelamatkannya sama juga seperti mereka sekeluarga telah bersekongkol dengan penjenayah dan akan menerima akibat buruk jika perbuatan tersebut diketahui oleh Balai Temenggung?

Berurusan dengan Balai Temenggung adalah perkara terakhir yang diingini Aergia dalam keadaan begitu disebabkan banyak hal. Setelah dia berjaya menyembunyikan diri sejak sekian lama, mana mungkin dia mahu mendatangi Balai Temenggung apatah lagi jika membabitkan urusan dengan Menteri Keadilan yang berkuasa terus kepada biro khas tersebut?

Dengan baju daripada kain kapas yang kasar serta alas kaki daripada gentian jut yang dijalin longgar, tubuh berbahu kukuh dan lampai,bingkai wajah pemuda itu sebenarnya sedikit tidak padan dengan penampilan luarnya yang sangar dan berdarah di sana-sini.

Kulitnya terlalu cerah dan bersih malahan ada binar kebijaksanaan dan karisma aneh untuk dipadankan dalam balutan pakaian begitu.Letak kening yang kukuh melintangi sepasang mata,hidung mencuar di tengah wajah,bibir dan juga rangka wajah yang ditandai dengan pahatan dagu yang tegas .

Rambutnya yang hitam pekat dan diikat di belakang kepala tetapi sebahagian daripada wajahnya disembunyikan dengan kain yang menutupi mulut dan hidung sementara bahagian atas wajahnya terlindung dalam serkupan penutup kepala lebar daripada anyaman jerami-pakaian biasa golongan petani ketika mengerjakan ladang.

Jika pemuda itu menyarung pakaian sutera atau tampilan kumal itu ditanggalkan,pasti dengan mudah sahaja dia akan dianggap sebagai salah seorang daripada anak kepada golongan bangsawan istana ataupun anak salah seorang daripada para petinggi kerajaan.

" Kamu tahu bukan yang kami patut berhati-hati ?" Aergia memandang bingkai wajah pemuda tersebut dengan berhati-hati.

" Tidak ada apa yang mampu saya katakan dalam keadaan begini,Tuan.Anak Tuan telah menyelamatkan nyawa saya."

" Mengambil kira semuanya,apa tidak salah telahan saya jika sebenarnya kamu sedang melarikan diri daripada anggota-anggota garrison Balai Temenggung?"

Athreyu yang berpeluk tubuh dalam sila tegaknya di hujung beranda menatap tidak suka pemuda tersebut bertanya dalam nada yang jelas membawa rasa kurang berkenaan terhadap tindakan adiknya menyelamatkan susuk tubuh tersebut.

" Maafkan saya dan apa yang boleh saya katakan,ia tidak akan berulang pada masa depan."

" Jaminan apa yang kamu boleh berikan?"

Aazael.Keluarga Adeon.

" Nama saya Aazael.Dari Keluarga Adeon."

Kaii mengigit hujung lidahnya agar dia tidak terjerit apabila nama yang disebutkan pemuda itu ialah nama sama yang dilihatnya belasan kali dalam perenggan pada beberapa buah bab dalam Babad Saribu Bhyangkara.

Sesekali Kaii mencuri pandang kepada wajah Athreyu yang menautkan kening di tengah dahi yang menghantar isyarat jelas bahawa dia tidak menyenangi kehadiran pemuda tersebut di pondok mereka.Ketika sang abang seakan-akan hendak menjulur penumbuk ke wajah pemuda itu, Kaii merasakan darahnya meruap ke kepala.

Silap sedikit sahaja, dapat-dapat situasi jadi aneh jika Athreyu dihukum kerana mencederakan pemuda itu.

Walau apa pun,tindakan Kaii telah berjaya menghalang kejadian plot di mana watak Aazael telah mengakibatkan kematian kepada watak Kaii yang sedang diperankan olehnya ketika itu dan menjadi punca Athreyu memasuki istana untuk membalas perlakuan pemuda tersebut terhadap adiknya.

Jika mengikut jalan cerita asal,pemuda bermandi darah yang ditemuinya itu tidak lain tidak bukan ialah putera mahkota kerajaan Darmenta. Putera Amadeus yang lahir dari Permaisuri Adhreya yang dimakzulkan akibat dendam dan fitnah Keluarga Ares.

Mana mungkin dia hanya mendiamkan diri dan membiarkan jalan cerita Babad Saribu Bhyangkara mengikut alur cerita asal tanpa melakukan apa-apa? Bagaimana jika kematian watak Kaii membuatkan dia terus terperangkap dalam buku aneh tersebut dan tidak dapat melepaskan diri buat selama-lamanya?

* * *

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now