Hannah terkejut. Macam mana Rayyan boleh tahu Fateh akan keluar dari hospital hari ini? Seingat dia, dia langsung tidak memberitahu apa-apa kepada Rayyan malah perkara itu langsung tidak dibangkitkan. Mungkin dia bertanya kepada jururawat atau doktor yang bertugas.

"Nanti papa baliklah rumah sekali. Tinggal dengan mama dan Fateh." Hannah sudah naik risau. Alamak, Fateh mengetengahkan semula isu tadi.

"Tak boleh. Mama dengan papa mana boleh tinggal sekali." Rayyan memandang Hannah. Habislah, mereka sudah jatuh ke dalam perangkap yang dicipta.

"Kalau macam tu papa kahwin lah dengan mama. Kita boleh tinggal sekali. Jadi satu keluarga yang bahagia."

Rayyan terdiam seribu bahasa. Namun, sehabis baik dia cuba menyusun ayat yang sesuai untuk membalas apa yang dikatakan oleh Fateh. Muka Hannah pula sudah berbahang. Fateh yang tanya, Hannah pula yang berasa malu. Pipi Fateh Rayyan pegan, matanya ditenung dalam mengharapan pengertian. Dia tahu budak kecil seperti itu tidak tahu apa-apa. Hidupnya pasti sukar kerana berbeza daripada orang lain yang mempunyai sebuah keluarga yang sempurna, "Fateh, kalau mama dan papa tak tinggal bersama pun, Fateh masih boleh jumpa papa. Kalau papa cuti, papa akan lawat Fateh. Okay?"

"Papa janji?" Fateh menghulurkan jari kelingking.

Dengan teragak-agak Rayyan melakukan perkara yang sama. Pinky promise!

InshaAllah Fateh. Papa tak janji, tapi papa akan cuba usahakan.

Hannah dan Rayyan bertentang mata buat seketika. Tiada apa-apa yang keluar dari mulut mereka namun masing-masing memahami apa yang tersirat di hati. Bukan mudah untuk mereka berhubung lagi selepas ini kerana mereka tiada lagi hal untuk dibincangkan atau diuruskan. Bukan senang untuk mereka melunaskan apa yang Fateh impikan. Bab hati dan perasaan bukan perkara yang boleh dibuat main dan tidak boleh dipaksa.

"Dah, jom balik rumah. Fateh mesti rindu nak balik rumah kan?" Hannah cuba mengalih topik perbualan, risau jika Fateh bertanyakan soalan yang bukan-bukan. Naya nak menjawabnya nanti.

"Jom kita balik!" Sahut Fateh dengan penuh bersemangat. Dia sudah bosan duduk di hospital menghadap muka jururawat dan doktor setiap hari. Dia mahu pergi ke sekolah untuk belajar dan berjumpa dengan kawan-kawan. Dia mahu bermain permainannya yang banyak di rumah.

"Sekejap, sebelum tu." Rayyan menghulurkan satu beg kertas kepada Fateh.

"Papa ada hadiah untuk Fateh." Ucap Rayyan bersama senyuman di bibir. Oh kalau dengan Fateh, mukanya manis kerana asyik tersenyum sahaja. Apabila dengan Hannah, tak sudah ditunjuk muka tegang dan tak ada perasaan.

"Terima kasih papa!" Ucap Fateh dengan begitu gembira sekali apabila mendapat hadiah tersebut.

"Untuk mama pula..." Rayyan terhenti. Dia bangun mendekati Hannah.

Hannah tidak memberikan sebarang reaksi. Satu, dia terkejut sebab Rayyan panggil dia mama. Bila masa aku jadi mama dia? Dua, Rayyan belikan aku hadiah? Wah, seperti bermimpi pula!

Semakin lama semakin dekat. Mata mereka melekat bersama. Hannah berundur ke belakang sedikit. Rayyan berhenti betul-betul di hadapan Hannah.

"Untuk kau." Rayyan menghulurkan satu beg kertas kepada Hannah.

"Boleh saya tengok?" Pertanyaan Hannah dibalas dengan anggukan.

Hadiahnya berbentuk segi empat tepat bersaiz A6. Dibalut dengan kertas coklat bersama tali kasar berwarna coklat dibuat silang pangkah. Sangat aesthetic dan vintage. Macam tahu-tahu sahaja citarasa Hannah. Nanti di rumah baru dia buka. Tanpa sedar, terukir senyum tipis di bibir Hannah. Sudah lama dia tidak mendapat hadiah daripada sesiapa.

"Happy birthday." Ucap Rayyan ringkas.

Sekali lagi Hannah terpempan. Mana Rayyan tahu hari ini merupakan hari jadi dia? Sudah lama dia tidak mendapat ucapan Hari Jadi daripada sesiapa. Lama-kelamaan dia sendiri boleh lupa tarikh lahir sendiri.

"Awak..." Mata Hannah masuk habuk. Sebak dan terharu!

Rayyan memandang tanpa riak. Ratu air mata gelaran yang sesuai buat Hannah.

"Terima kasih sangat-sangat. Saya sangat hargai apa yang awak buat untuk saya dan Fateh selama ini. Semoga Allah balas kebaikan yang awak lakukan ini. Saya harap kita boleh jadi kawan." Ucap Hannah panjang lebar.

"Sama-sama. Tapi aku tak nak jadi kawan kau." Rayyan menggelengkan kepalanya tanda menolak pelawaan Hannah.

Hannah hampa namun dia cuba mengawal riak mukanya. Baru ajak jadi kawan dah kena tolak, kalau dia luah isi hati dia kepada Rayyan, pasti dia tidak tahu hendak sorok muka di mana apabila ditolak mentah-mentah.

"I just want to be your guardian angel. To protect you wherever you go and wherever you are." Sambung Rayyan apabila dia tidak mendapat apa-apa balasan daripada Hannah.

"Why?" Hannah memberanikan diri bertanya soalan itu. Dia pelik setiap kali Rayyan kata hendak jadi pelindungnya. Apa motif Rayyan? Kenapa dia sanggup bersusah payah demi dirinya?

Rayyan diam dan membiarkan soalan itu berlalu.

"Jom balik." Rayyan mengalihkan pandangan matanya lalu berpaling dan berjalan mendekati Fateh, meninggalkan Hannah di belakang.

Hannah melepaskan keluhan berat kerana dia tahu persoalan itu pasti tidak akan ada jawapan jika pemilik jawapan yang sebenar enggan memberitahu apa-apa. Dia berasa senang dan selesa serta selamat apabila Rayyan bersamanya. Tetapi, apa sebenarnya tujuan dia melakukan semua itu? 


Siapa rasa Rayyan ni sweet angkat tangan. Agak-agak hadiah apa yang Rayyan beri kepada Hannah ya? Jeng jeng jeng.

Jangan lupa tinggalkan komen anda sebab saya suka baca readers saya membebel macam saya hehe.

HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now