Bab 20-Ros Merah

400 30 7
                                    

Cempaka memerhatikan skrin laptopnya. Sesekali dia melihat telefon bimbitnya pula. Baharu semalam selesai kursus online marketing menggunakan facebook, instagram, twitter dan tik tok. Puas dipujuknya Kak Fuzi, makciknya yang masih ortodoks dan lebih percayakan cetakan flyers berbanding teknik 'memviralkan' cerita. Dan semalam juga, Cempaka heret sekali makciknya itu mengikuti kursus. Ternganga-nganga kak Fuzi mendengar. Dan selesai sahaja kursus, terus sahaja disuruhnya Cempaka fikirkan strategi seterusnya.

"Buat apa tu?" Nathan menyapa. Mencapai kerusi kayu kecil dan duduk di sebelah Cempaka. Baru selesai penghantaran di tiga lokasi. Air mineral diteguk perlahan.

"Oh..Aku tengah godek-godek lagi semua soc med ni. Eh Nathan.. thanks tau suggest kursus tu. Serius..banyak sangat belajar." Cempaka masih lagi menatap skrin laptopnya.

"Oh.. no hal bos.. Tapi kenapa berkerut pulak ni dari tadi?" Nathan melunjurkan kaki.

"Aku fikir ... lelah juga nak handle marketing ni sorang2 aku..." Cempaka memeluk tubuh.

Nathan angguk perlahan. Dia faham kalau Kak Fuzi memang menyerahkan segala urusan kedai bulat-bulat pada Cempaka. 

"Aku rasa..boleh je kita buat ni sama-sama. Kau sediakan material, then kitorang boleh blast je. Aku boleh bantu part twitter. Tak kata aku ni famous.. tapi follower aku dekat 2000. Bolehla kalau nak viral2 kan post. Tu.. Suri tu Instafamous tu....ahhahahaha" Nathan ketawa mengusik. Kebetulan Suri berjalan masuk ke bahagian dapur daripada kaunter depan.

"Apsal? Gelak pasal aku ek?" Suri buat muka sambil menjeling Nathan.

"Takde... kitorang tengah bincang pasal marketing a..." Nathan menambah.

"Haah.. Suri berapa ramai follower dalam insta? Cempaka pula menambah.

"Oh...ingatkan apa....." Suri menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak ramai... dalam 20k je.." Suri bersahaja, sambil menyerahkan pesanan makanan untuk penghantaran kepada Nathan.

"See? ramai kan?" Nathan mengangkat bahu sedikit. Cempaka angguk perlahan. Teruja dengan idea Nthan.

"Suri ada ambil job paid review?" Cempaka mula berminat.

"Emm.. kadang-kadang je. Itu pun kalau betul-betul trusted." Suri menambah.

"Rate harga macamana?" 

"Kenapa? Kak Cem nak Suri buat review ke?" Suri menarik kerusi Nathan yang telah pun keluar menghantar tempahan kek.

"Haah. Mungkin nak buat video sikit. Dengan beruang tu...entahlah belum final say lagi" Cempaka menggaru dagunya perlahan.

"Oh.. ala..untuk Kak Cem free pun takpe.." Suri senyum bangga. Terasa hebat dapat menawarkan Cempaka pertolongan.

"Ish.. tak boleh gitu. Bukan untuk Kak Cem, untuk kedai ni..kenalah bayar..." Cempaka cuba rasional.

"Kan semua tu makan masa dan tenaga... Suri kenalah ada faedah sikit..bila ada habuan duit kan lebih semangat...macamana bisnes kalau bagi free?" Cempaka menegaskan. 

"Hmm.. yela.. Suri tahu. Nantilah kita bincang lain. Customer tengah ramai tu." Suri mohon berlalu ke kaunter depan.

Cempaka kembali fokus pada kerja-kerja strategi pemasarannya. Untungnya dikelilingi rakan-rakan yang tidak berkira kerja. Menguruskan perniagaan sudah melelahkan. Boleh jadi mental kalau staf yang berada di kedai bermasalah.

"Kak Cem! Nah..." Suri memanggil daripada depan. Ditangannya ada sejambak ros merah.

---

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now