Bab 17-Jangan Datang Lagi

514 36 13
                                    

"Awak kan dah jadi ibu sekarang..." Cempaka cuba memujuk bila dilihatnya Syiela masih cuba mengawal perasaannya.

"Dah..tak mau nangis..." Cempaka hulurkan tisu terakhirnya. Hatinya sebak juga lihat Syiela begitu.

Syiela mengesat sisa air mata diwajahnya. Cuba menenangkan perasaannya sendiri. Lega rasanya dapat menangis.

"Kenapa awak masih baik dengan saya..?" Syiela menyoal.

"Apa maksud awak?" Cempaka kerut dahi.

"Saya ni dah buat jahat dengan awak. Jangan buat saya rasa bersalah lagi dengan kebaikan awak.." Syiela menuturkan perlahan.

"Sampai benda ni pun awak nak pentingkan diri awak jugak Syiela? Kenapa? Awak nak selalu jadi orang baik? Sebab saya 'macam' ni? Jadi saya patut balas jahat, sama macam apa awak buat pada saya?" Cempaka membalas sinis.

Syeila menundukkan pandangannya. Dia bersedia jika Cempaka menghukumnya dengan kata-kata sinis dan perlian. Sesungguhnya itu lebih baik daripada silent treatment.

" Saya tahu kita tak berakhir dengan baik..." Syeila masih menundukkan wajahnya.

"Dah cukup apa yang terjadi. Pengakhiran kita memang macamtu. Awak kata awak nak berubah. Tak mahu 'terlibat' dengan saya lagi. Tapi kenapa awak datang lagi harini?" Cempaka membidas lagi.

"Saya tahu saya salah..."

"Tak.. apa yang awak buat tu betul. Awak dah berjaya keluarkan diri awak SENDIRI daripada 'benda ni' Macam awak cakapla dulu. Hubungan 'macam ni' tak akan kemana. Sia-sia. " Cempaka cuba menahan suaranya.

Makin berdesing telinga Syiela.

"Cubalah awak faham keadaan saya Cem..." Syiela merayu.

"Keadaan apa ..? Awak ingat saya bangga ke dengan 'perasaan ni'?Saya happy nak tayang dengan orang? hm?

Awak ingat saya tak rasa malu dengan Tuhan ke sebab 'perasaan ni'?" Cempaka tepat memandang wajah Syeila.

"Kalau dulu awak sampai hati selamatkan diri awak sendiri..kenapa awak datang lagi harini..?"

suasana jadi sepi.

.

.

.

.

"Cem...saya tak bahagia Cem...Saya menyesal dengan keputusan saya..." Syiela membalas.

.

.

Cempaka merenung kosong.

"Kita sama-sama muda dulu...kita sama-sama buat keputusan yang salah. Tapi saya tak sangka, setelah kita dewasa pun sekarang, awak tetap buat keputusan yang salah! " Cempaka tarik nafas dalam-dalam.

Luka telah lama sembuh, tapi parutnya masih dalam dan berbekas. Kalau terlihat mesti teringat kan?

"Jangan datang cari saya lagi. Saya dah ada hidup saya sendiri. Dan semuanya bukan lagi pasal awak."

Cempaka tegas menyampaikan.

Dia terus bangun dan beredar pergi.

----


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now