Bab 2-Kek

1.1K 36 10
                                    

Suri menyusun segala kek dan manisan ke dalam display chiller. Bos kedai baharu sahaja menghantar 500 stok baru awal pagi tadi. Sesekali ditoleh pengurusnya; Cempaka yang sedang leka dengan segala kiraan. Cempaka anak saudara Bos; Kak Fuzi. Dingin orangnya, tetapi mesra dengan pelanggan apabila sudah menyarung kostum beruang coklatnya. Umur Suri dan Cempaka tidak jauh beza, mungkin juga sebaya.

Termasuk Suri dan Cempaka ada 5 pekerja tetap yang bekerja setiap hari. Kedai mereka khusus menjual kek dan pencuci mulut yang lain, termasuklah aiskrim yang pelbagai rasa.

"Suri..kau pandai main tik tok tak?"Cempaka menyapa sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

"Err... main..? Selalu saya tengok video je.. tak pernah lagi main." Suri membetulkan kaca matanya.

"Kenapa bos? kita nak buat marketing pakai tik tok ke?" Si Nathan menyapa sambil meletakkan topi keledarnya.

Nathan bertanggungjawab untuk bahagian penghantaran. Walaupun mereka ada menggunakan khidmat GrabFood dan FoodPanda, tetapi penghantaran sendiri oleh pihak kedai lebih murah dan menjimatkan pelanggan. Berniaga zaman sekarang mesti pelbagai kaedahnya.

Walaupun cas 35% FoodPanda dikenakan terhadap hasil jualan, Cempaka bijak mengambil peluang memberitahu pelanggan agar menggunakan servis penghantaran yang disediakan oleh pihak kedai dengan harga yang lebih berpatutan.

"Haah.. aku plan macam tu. Tapi tak mahula buat benda joget2 tu." Cempaka menambah.

"Oh.. boleh tu.. sekarang ramai je yang tunjuk gambar produk. Tak perlu tayang muka pun" Tambah Nathan. Suri disitu kembali menyambung pekerjaannya.

"Ha.. macam tu. Masalah sekarang, aku ni tangan kayu. Nak buat video pun takda seni." Cempaka garu kepala.

"Ada bajet ke nak buat benda ni? Aku boleh kenalkan kawan" tambah Nathan.

"Kau tahu kan..kedai ni baru nak untung sikit. Aku kalau boleh nak buat sendiri"

"Ala...yang ni don't worry. Dengar je dulu idea kawan aku ni.Kalau OK baru buat. Kalau tak pun...takda bayaran" Nathan meyakinkan.

"Takkanlah free macamtu...biar betul ni...Siapa kawan kau tu?"Cempaka membetulkan ikatan rambutnya.

"Classmate dulu.. sekarang dia buat social media marketing...aku dulu dalam kelas malas..kalau tak bolehla tolong.." Nathan gelak berdekah.

"Haah.. baru saya ingat.. Nathan marketing juga kan..?" Suri pula menambah.

"Aku tak minat sangatla...serabut fikir." Sambung Nathan.

"Okla..nanti send details dia kat aku.Thanks." Ucap Cempaka ringkas dan terus membuka kunci pintu grill hadapan kedai.

Kedai mula beroperasi jam 10.00 pagi. Tapi selalunya masih belum ramai pelanggan yang datang. Maklumlah, menyewa lot di dalam pusat membeli belah. Pelanggan hanya akan ada bermula jam 11.00pagi.

Dari kejauhan, terlihat sekumpulan orang berpakaian putih sedang menyusun kerusi/katil di bahagian tengah pasaraya.

"Oh...ada derma darah ke nanti ni..." Ucap Cempaka perlahan. Tangannya kemudian laju mengelap kaunter dan cermin chiller display.

"Assalamualaikum Kak. Kedai dah bukak ke?" Suatu suara menyapa.

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now