Bab 45- Air Oren

420 28 10
                                    

"Hey Orked. Masyaallah..." suatu suara menyapa daripada belakang. Serta merta dia menoleh. Biasa benar dia dengan suara itu.

"Eh.. you..." Orked menyambut pelukan daripada suara tadi. Lama dipeluknya Orked.

"Orked... Allah... I tak sangka jumpa u kat sini.. Orked sihat...?" masih dia memegang kedua belah lengan Orked. Cempaka cuma senyum disebelah Orked. Teruja sebenarnya. Yang menegur Orked itu Heliza Helmi. Betullah Orked tak tipu, dulu sebelum Orked berangkat ke Palestin, dia mengaku yang dia kenal rapat dengan Heliza.

"Alhamdulillah... I sihat Ja... U buat apa sini Ja..." Orked memandang sekeliling melihat kalau-kalau Heliza datang bersama adiknya. Selalunya memang berkepit berdua adik kakak ni.

"I teringin makan chicken rice shop ni...itu yang ke sini..." Heliza menjawab. Pada masa yang sama melemparkan senyum hormat pada Cempaka. 

"Oh.. Ja.. ini Cempaka... peminat you ni ... heheh" Orked menyentuh belakang Cempaka.

Mereka berdua bersalaman. 

"Hahah... mesti Orked buat cerita kan...sedap nama Cempaka..." Heliza mesra ajak Cempaka bersembang. 

"Eh.. taklah... memang pun... tak.. maksud saya memang minat pun..." Cempaka menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gagap pula dia.

Heliza cuma tertawa mesra.

"Cempaka kejap ya, ajak Orked sembang..." Cempaka cuma senyum dan angguk-angguk. Alahai, tingginya adab. Sejuk hati punya teman begini.

"Ked... I rasa macam nak gugur jantung tahu pasal you...Kita kena duduk lama nanti untuk catchup..." Heliza masih tidak percaya di hadapannya adalah Orked.

"Insyaallah... boleh ja, kita lepak-lepak nanti... Itulah... umur masih panjang lagi... doa kawan-kawan, doa orang Malaysia... U doakan I tak?" Orked menguji.

" Mestilah doakan... I masa kejadian tu dekat Brunei. Adik yang beritahu. Terus kita semua, daripada team Aman Palestin, Mercy, Aqsa Syarif...semualah yang NGO bahagian timur tengah ni buat adhoc meeting untuk buat solat hajat setiap lepas isyak. Ya Allah... semua orang macam terkejut dan sedih sangat bila jadi benda ni..." Heliza berbicara satu nafas. Memang begitulah dia kalau teruja bercerita. Macam bertih jagung.

Orked terharu dengan cerita Heliza. Dia mengangguk perlahan. 

"Terima kasih Ja... I pun.. entahlah...I ingat I tak dapat balik Malaysia lagi..."

"U kuat semangat Ked.. kan Allah kata ajal belum sampai... dapatlah kita jumpa kat sini..." Heliza melepaskan nafas leganya.

"Eh... lama pulak sembang. Kesian Cempaka. Bagi nombor you."

"Kenapa? U tukar telefon lagi ke? Pastu tak save nombor I?" Orked berseloroh.

"Ala biasalah... nombor you terlepas". Heliza ketawa.

" Nah ambik. Simpan." Orked menghantar nombornya melalui Whatsapp.

"Ok. Thank you. I gerak dulu tau. Ada shooting" Heliza bersalaman dengan Orked dan Cempaka.

"Bye Cempaka.." Heliza melambai dan berlalu pergi.

Orked menoleh Cempaka disebelahnya.

"Kenapa muka tulus macam tu..." Orked merenung wajah Cempaka yang nampak insaf.

Cempaka geleng-geleng.

.

.

" Saya happy... ramai orang sayangkan awak..." Cempaka angguk-angguk.

"Happy ke terharu.. kenapa macam nak nangis je ni..." Orked menyentuh lengan Cempaka.

"Ala... sama la mana-mana pun.." Cempaka mengesat matanya. Kenapalah Orked kuat mengusik. Tapi mungkin Orked juga terharu seperti dirinya. Cumanya dia tidak mahu melayan perasaan.

"Sayang... saya ada kat sini tau." Orked memeluk bahu Cempaka.

----

Usai magrib, Orked bergegas ke dapur menghidangkan makan malam yang dibeli tadi. Dua set Kenny Rogers dipindahkan ke dalam pinggan. Cempaka juga baru keluar daripada bilik tamu. Segar rasanya dapat mandi. Dia memerhatikan sekeliling. Cantik rumah Orked. Apartment di tingkat 15 dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Hiasan dalamannya sederhana dan kemas. Tema putih dan peach.

Cempaka menuju ke dapur. 

"Nak saya tolong apa-apa?" Cempaka mempelawa bila dilihatnya Orked sibuk-sibuk mengeluarkan ais batu.

"Takda apa.. awak duduk je.. dah nak siap pun.." Orked menuangkan sedikit oren sunquick ke dalam balang air. Kemudian dimasukkan sedikit air suam dan ais batu. 

Cempaka cuba membantu. Dia mengambil gelas  beserta sudu garfu. Disusun disebelah hidangan.

"Haishh... duduk je la..." Orked buat suara tegasnya.

Cempaka jelir lidah. Geram rasanya.

"Amboi.. dah pandai melawan..." Orked senyum nakal.

"Jom makan..."ajak Orked.

Cempaka mengangguk kemudian segera kebelakang Orked, menarik kerusi untuk Orked sambil tersenyum-senyum. Orked pun terkejut dibuatnya. Selalunya, dia yang melayan para gadis begitu. Terharu.

Orked senyum tak lekang dengan kemanisan Cempaka. Dia cuma memerhatikan tingkah Cempaka yang mengalihkan hidangan makanannya ke sebelah kanan Orked. Susunan Orked tadi adalah bertentangan di hadapannya.

"Tak nak duduk situ?" Orked bertanya hairan.

"Duduk sini kan dekat dengan awak..." Cempaka menarik kerusi dan duduk. Air oren sejuk dituangkan untuk Orked.

Senyum lagi Orked. Alahai bestnye lah ada girlfriend.

---





Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now