Bab 12-Ye Baby

546 37 14
                                    

Pagi tadi masuk sahaja ke biliknya, Cempaka terus tukar pakaian, gosok gigi, cuci muka, kemudian merebahkan tubuhnya ke tilam empuk. Telefon bimbit dicapai. Tercari-cari mesej daripada seseorang.

'Alah.. takkan dia nak order delivery pagi-pagi...' Cempaka cuba pejam mata. Jam hampir 6.00 pagi. Sekejap lagi pasti azan Subuh.

Cempaka senyum-senyum sendiri bila teringatkan betapa ramahnya Orked bercerita dalam kereta tadi. Mujurlah si Suri tertidur di belakang.

----- ---

"Cempaka memang team awal Street Kitchen ke?" Orked tenang memandu.

"Em..tak.. dulu yang start team ni ada dalam 5 orang. Lepastu baru saya join. Awal-awal tu, volunteer on off juga sebab busy" Cempaka menghela nafas. 

"Awak first time malam ni ke?" Cempaka pula ingin tahu.

"Eh taklah... dah dekat 3 minggu dah..." Orked menambah.

"Mula-mula nak gerak sendiri dengan team je.. tapi macam tak capai golongan sasaran. Last year dapat personally contact dengan Chua. This month yang betul-betul kami team up dengan Street Kitchen." Orked berhenti di lampu isyarat.

"Chua ada post dalam group pasal team medic datang. Tapi tak nampak pula awak dalam gambar." Cempaka menjelaskan.

"Ahahah.. mungkin tak ada rezeki la nak tengok saya tu..." Orked berseloroh.

Cempaka ketawa kecil. 

'Haishh banyak punchline juga dia ni' Cempaka menggaru-garu kepalanya.

"Sorry tanya, kedai kek tu.. kedai Cempaka?" Orked menyambung pemanduan.

"Saya tolong uruskan je... makcik saya yang punya..."Cempaka merendah diri.

"Wauu.. Eh Cempaka.. ramai orang banyak modal tapi tak reti uruskan business tau. Tak payah nak merendah diri sangat." Orked menoleh Cempaka di sebelahnya.

"Takdelah...kawan-kawan lain hebat-hebat semua...saya ni cuma uruskan kedai kek je.."Cempaka merendah diri lagi.

"Syukurlah Cempaka...kalau tak, mesti tak kenal saya kan..?" Orked mengusik lagi.

Cempaka tergelak dan bahagia dengan hikmah yang berada dihadapan matanya.

'Apa masalah dia ni tak habis bagi punchline...' Cempaka membuka sekilas WhatsApp untuk meredakan debar hatinya. 

"Kenapa? boyfriend cari ek?" Orked turut menjeling dari ekor matanya.

"Ha? boyfriend? Hm.. mana ada" Cempaka menafikan. Dia kembali fokus pada Orked.

"Orked..dekat HKL bahagian apa?" Cempaka memandang Orked.

"haa..panggil pun nama saya. dari tadi panggil 'awak' ..... je.." usik Orked.

"Ahahah..ala..tak biasa.. macam tak sopan pulak panggil nama je..." Cempaka cuba mengawal wajahnya yang sudah tersengeh-sengeh teruk akibat diusik daripada tadi.

"apa pulak tak sopan...kita kan kawan.." Orked menambah sambil senyum manis.

"Cepatla jawab soalan..." Cempaka menambah. Nada memujuk.

" ahahah.. saya bahagian sakit puan... " Orked menambah.

"Sambut baby jugak?" Cempaka teruja.

"Ye baby.." 

"Er.. dan berkaitan ibu-ibu baby juga." Orked menambah. Cuba kelihatan tenang. 

Cempaka berdehem. Ada suatu suasana tense dirasakannya. 

Not a bad one, but more to pleasure type of tense?

------

Cempaka senyum-senyum sambil memeluk bantal. Aduhai, dah lama tidak merasa semacam ini.

Azan Subuh pun turut berkumandang.

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now