Bab 42- Pertama kali

531 28 15
                                    

Kipas siling berputar sederhana. Meliuk lentuk bila ada angin daripada luar tingkap yang bertiup menyongsang. Kipas angin, aksinya sederhana, cuma berputar yang sama, tetapi tetap mendinginkan.Ia sederhana, tetapi tetap berfungsi selayaknya bagi yang merasa cukup. Begitu juga cinta. Tidak perlu sama dengan semua orang ciri-cirinya. Boleh jadi yang extrovert jadi kegilaan ramai. Tetapi tetap yang introvert punya pemujanya.

Jam sudah hampir jam 12:00 tengahari. Cempaka masih terlentang atas katil bujangnya. Dari tadi memerhatikan kipas siling yang berputar. Fikirannya seputar tindakannya melamar Orked menjadi teman wanitanya malam semalam. Tentang betapa jauh bezanya latar pendidikan dia dan Orked. Tentang betapa banyaknya gaji Orked berbanding dirinya. Tentang kemungkinan dipertengahan hubungan bakal terjadi ketidakserasian.

Cempaka pusing ke kanan pula. Otaknya masih lagi bersimulasi dengan kemungkinan kemungkinan masa hadapan.

"Aku ... belajar pun tak habis... kerja dengan mak su je..." Cempaka runsing. Dicapai telefon bimbitnya lalu di google;

'gaji doktor pakar hospital malaysia'

"Mak aiii... dekat 15k... " Cempaka mencampakkan telefonnya. Dia kembali telentang merenung si kipas siling yang berputar sederhana.

"Ini betul-betul tak sekufu...." Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sedih pula rasanya. Dia cuba berpersepsi positif, tetapi tetap dia merasa yang Orked seperti puteri raja yang cantik dengan segala kelebihan, dan dia cumalah... katak hijau yang bernasib baik ... setakat ini.

"hahhhh...." Cempaka mengeluh panjang. Mula ada sedikit rasa menyesal melamar Orked. Dirinya sendiri tidak kompetan, ada hati duduk sama tinggi dengan bidadari.

Ada pesanan masuk.

'Hai. buat apa tu? teman saya lunch jom' pasanan daripada Orked. Pantas Cempaka duduk. Terkelip kelip.

'Sayang siap ya. 10 minit lagi sampai' mesej Orked masuk lagi.

"Sayang? aishhh...lemah macam ni..."

'Ok. saya siap' Cempaka balas ringkas. Dia menepuk dahinya. Laju pula membalas setuju.

Kelam kabut dia lari masuk ke bilik mandi. Usai mandi, dia membuka almari baju mencari baju terbaiknya. 

"Aduhai... sekarang ni lah semua baju tak kena...." Cempaka stres. Memang bajunya dapat dihitung berapa helai dan tidak banyak pilihan warnanya.

Akhirnya dia pasrah, seluar jeans di sarung dengan kemeja plain warna peach cair. Lengannya dilipat hingga ke siku. Topi Nike Just Do it disarung di kepala. Tidak lupa rambunya diikat rapi ke belakang. Sedikit semburan minyak wangi. Secukup rasa. Lip gloss dioles buat modal menggoda.

Telefon berbunyi.

"Hello... ya. Ok saya keluar" Orked telah sampai dihadapan rumahnya.

Orked tidak berkelip memerhatikan lenggok jalan Cempaka yang sedang menutup pintu pagar. Senyumnya sampai ke telinga.

"Haishh... cantiknya..." puji Orked perlahan.

"Assalamualaikum..hai.." Cempaka membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.

"Waalaikumsalam..hai maniss" Orked menyapa penuh teruja. Diperhatikan sambil tersenyum Cempaka yang sedang mengenakan tali pinggang keledar. 

"Awak ok..?Tidur lena semalam?" Orked seakan tidak sabar untuk berbual. Direnungnya Cempaka di sebelahnya sepuasnya.

Cempaka angguk sambil senyum malu. Entah kenapa, bagai terkunci mulut pula untuk berbicara. Ewah, malam semalam punyalah berani.

"Cantik baju... material apa ni..." Orked menyentuh lengan baju Cempaka.

"Oh... ini kain cotton biasa ni...." Cempaka membalas jujur sambil turut menyentuh kain kemejanya.

"Em.. taklah... saya rasa ni girlfriend material ni..." Orked memandang Cempaka sekilas kemudian cepat-cepat memandang kehadapan untuk memulakan pemanduan.

'Cepat sangat gilerrr' Orked menyumpah dalam hati.

"Ha?...oh..." itu respon Cempaka. Terkejut juga dengan pikat line Orked.

Keadaan jadi senyap dan janggal beberapa ketika.

"Em.. awak daripada mana ni..." Cempaka bertanya lembut memecah kesunyian. Dia perasan reaksinya tadi tidak mengujakan. Jadi tentulah Orked merasa tidak enak.

"Saya baru habis shift..." Orked memberi isyarat ke kanan.

"Oh, malam tadi awak kerja?Kalau awak letih bagi saya drive" Cempaka menawarkan diri. Terkejut kesanggupan Orked mengajaknya keluar juga hari itu.

"Takpe.. biasa dah... harini awak ada plan apa-apa lepas makan?" Orked memancing Cempaka.

"Emm.. setakat ni free."

"Kita jalan-jalan nak? Tengok wayang ke..." Orked mengajak teruja.

Cempaka diam seketika.

'Oh..jenis tiba-tiba juga dia ni...' Monolog Cempaka dalam hati.

"Tapi kalau nak balik terus ke rumah lepas ni pun ok je... kalau awak letih..." Orked memberi cadangan lain bila Cempaka agak lama untuk memberi jawapan. Ada sedikit nada kecewa.

"Eh tak... saya ok. Kita jalan-jalan lepas ni ye.." pujuk Cempaka kembali. Dilihatnya Orked yang mula mengukir senyuman lebar kembali.

Selesai makan tengahari, mereka sama-sama berpapasan pusing keliling mall melihat kedai-kedai barangan di situ. Sesekali Orked singgah di beberapa kedai jenama terkemuka di situ. Dibeleknya baju, seluar, hand bag, kasut dan pelbagai barangan lain. Cempaka cuma memerhati sesekali memberikan pendapatnya bila Orked bertanya.

" Ok jom." Orked menarik lengan Cempaka.

"Eh.. tak jadi beli?" Cempaka bertanya.

"Hmmm... not worth... mahal sewa kedai je.." Orked membalas sambil ketawa.

"Oh... saya ingatkan tanya beria-ia tadi nak beli..."

"Hmm .. saya window shopping je...tak minat sangat pun..." Orked menambah.

Fuhh lega. Cempaka mengurut dadanya.

"Kita ke surau dulu, lapastu tengok wayang. ok?" Cempaka memberikan cadangan.

"Boleh" Orked menjawab ringkas. 

Tidak lekang dari senyum merenung Cempaka.

---





Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now