Part 24-Harapan

331 25 1
                                    


Usai kelas mengajar kek tadi, Cempaka pantas mengemudi motornya ke kedai. Sudah jam 5.00 petang, tentu pelanggan sudah mula berpusu datang. Sudah seminggu umat Islam menyambut Ramadhan. Dia santai sahaja sebenarnya. Motornya tidak dibawa laju. Cuma sekadar sederhana menemani lamunannya atas motor. Terbayang wajah teruja Kak Zakiah dan suaminya tadi. Rata-rata gembira dengan ilmu baking yang dikongsikan Cempaka secara percuma tadi. Kalau ikut kursus diluar, tentu harganya beratus-ratus. Memang jadi acara mingguan kelas percuma Cempaka. Dan sasarannya adalah golongan miskin bandar yang sangat ramai di Kuala Lumpur. Mudah-mudahan ilmu yang sedikit itu jadi punca mereka berjinak-jinak dengan berniaga kecil-kecilan.

"Nak berniaga wajib ada ilmu. Ilmu ni macam-macam. Contoh kalau kita nak berniaga cup cake, mestilah tahu cara nak buat cup cake, kat mana nak beli barang-barang dengan kos yang murah, packaging, promosi, kira-kira hasil jualan, untung rugi. Mesti belajar. Jangan redah tanpa ilmu. Sebab kita sendiri tahu modal kita pun tak banyak. Takkan kita nak bazirkan duit dan rugi?" Cempaka berpesan ringkas.

Daripada 10 pelajarnya, 2 daripada mereka telah berjinak-jinak dengan perniagaan. Nampak ada perubahan sedikit.

"Kalau Cempaka tak bagi semangat, rasanya Kak Ros tak mampu nak ada bisnes kecil-kecilan."

"Kalau Kak Ros fokus dan konsisten, insyaallah...boleh... Semalam saya tengok follower Kak Ros dah dekat 2000. Ramai tu." Cempaka memuji.

"Itulah..lega. Order pun makin banyak.Terima kasih Cempaka. Anak-anak pun makin happy. Yelah... dah tak macam dulu, nak makan pun tak cukup." Luah Kak Ros. Janda anak 3 ditinggal suami tanpa nafkah buat anak-anak. Pernah, awal-awal diceraikan suami Cempaka mengingatkan Kak Ros berkaitan tututan nafkah untuk anak-anak.

"Kak Ros, minta maaf saya bukan nak pandai2 campur urusan akak. Kak Ros dah ke pejabat agama ke uruskan tuntutan nafkah anak-anak?"

Wajah Kak Ros cuma sugul. Tidak tahu apakah masih punya semangat pada harapan yang begitu sukar. Tetapi demi anak-anak, mengalah bukan pilihan walau telah hilang segala kudrat.

"Ada pergi ke sana. Masih menunggu juga ni." Perlahan suara Kak Ros.

"Insyaallah Kak Ros. Kita bersangka baik sahaja dengan kerja Tuhan. Kalau akak perlu apa-apa bantuan, saya cuba usahakan." Cempaka menjawab lembut.

"Terima kasih Cempaka. Fokus akak sekarang cuma nak besarkan anak-anak. " Kak Ros mengesat matanya yang bergenang.

Itu cerita beberapa tahun lepas. Sekarang Kak Ros pakai Kancil 2nd hand bayar tunai. Semangat seorang ibu.

Usai sampai di kedai, Cempaka terus ke kaunter membantu para pekerjanya. Tidak sangka menu baharu yang diperkenalkan bulan lepas mendapat sambutan yang baik. Aneka sandwich segar kini menjadi daya tarikan kedainya. Orang bandar, kadangkala ada yang gemar berbuka puasa dengan roti sahaja. Walaupun ada pelanggan menggelar menunya ala-ala Subway, namun Cempaka tetap positif dan bangga. Manakan tidak, menunya disamakan dengan jenama yang hampir 50 tahun bertapak dalam dunia. Kira hebat juga la kan?

Hanya dia dan Suri di kaunter, sementara 2 pekerja lain menyiapkan pesanan di bahagian dapur. Pesanan kek agak mudah, kerana perlu cuma potong dan masukkan dalam bekas. Cuma, pesanan sandwich memerlukan sedikit masa. Kerana ada bahan-bahan yang perlu di panaskan terlebih dahulu.

"Kak Cem. Kawan akak yang kat Gaza tu ok ke?" Suri membuka mulut. Tangannya tetap laju memotong kek coklat dan cheese. Kemudian memindahkan potongan kecil itu ke dalam kotak kecil. 

Cempaka cuba mengawal reaksi wajahnya. Semalam memang ada berita Gaza di bom lagi. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kawasan bahagian mana. Memang Cempaka risau. Memang dia teringatkan Orked. Selalu. Tapi apakan daya, tak usahlah dia mencampuri urusan Tuhan. Usaha dia cuma berdoa agar Orked kembali dengan selamat.

"Insyaallah ok. Allah pelihara.." Cempaka menjawab ringkas. Cuba tenangkan dirinya sendiri juga. Suri cuma melirik memerhatikan riak wajah Cempaka yang mesra menyerahkan bungkusan makanan kepada pelanggan.

Sesekali Cempaka melirik jam ditangan. Masih berbaki sejam sebelum berbuka.

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now