Bab 5-Pertama Kali

1K 37 33
                                    

Cempaka meneguk mineral yang diberikan Suri tadi. Kepala beruang diletakkan ditepi kerusi. Masih terasa panas tiap kali memakai kostum beruang coklat itu. Berfikir-fikir caranya mahu terasa sejuk sewaktu di dalam.

"Uishh..nampak panas bos." Jason menyapa.

"Memang pun. Apa cara nak bagi sejuk?" Cempaka sambung meneguk air. Ikatan rambutnya diperkemas.

Jason melabuhkan punggung di sebelah Cempaka.

"Material kostum ni.. I rasa kene cari yang lain ma.. kesian you macam pergi gym. hahah" Jason menambah.

Cempaka tergelak kecil.

"Nantilah I tanya big bos. Letak aircond ke kostum ni. hahah"

"Eh I teringin la nak pakai kostum ni. Rasa fun juga greet customer.." Jason membelek-belek kepala beruang.

"Tak yah lah... panas.. mesti tak tahan. Aku nak pergi derma darah kejap. Nanti apa-apa kau tolong lead ya." arah Cempaka.

----

Cempaka membetulkan pakaian seragamnya sambil langkahnya dipercepatkan menuju ke tempat menderma darah. Selesai tugasan sebagai beruang, semua pakaiannya ditukar baharu. Rambutnya terikat rapi sambil dikenakan dengan topi NYC.

"Selamat petang Cik.. duduk dulu. Pernah derma darah sebelum ni?" Sapa jururawat kecil molek memakai tanda nama Ayu.

"Pernah.." balas Cempaka sambil senyum menghulurkan kad rekod derma darahnya.

"Oh.. wahh ini memang kerap menderma ni.." puji jururawat Ayu. Cempaka cuma senyum membalas.

"Ok..kita cek tekanan darah dulu. Dah makan? Period tak hari ni..?" soalan biasa.

"Dah baru lepas makan. Tak period," Cempaka membalas.

"Malam tadi tidur jam berapa?" tanya jururawat Ayu lagi sambil memeriksa bacaan tekanan darah.

"11.30 malam. tidur awal" Cempaka menambah sambil membetulkan topi birunya.

"Ok. Tekanan darah semua ok. Cik duduk dulu dekat katil sebelah uncle tu. Kejap lagi Dr Orked datang." jururawat Ayu memberi arahan.

"Owh. Ok ok. Terima kasih." Cempaka berlalu ke katil yang dimaksudkan.

Tidak lama, datang si pemilik nama Orked menghampiri katil Cempaka. Jelas terbaca pada tag nama.

'Shit! Ini minah semalam'. Cempaka cuba mengawal reaksi wajahnya. Yang jantungnya pula tambah berdegup laju.

"Cempaka ya.. ok..relax ya.." Dr Orked menyapa sambil memakai mask muka dan mengikat di belakang kepala. Gayanya masih seperti semalam. Kemeja tuck-in, lengan singsing paras siku. Bila Dr Orked mula menyentuh dan mencari urat, seakan mahu pitam Cempaka rasa. Dia memejamkan mata, bila jarum mula dicucuk.

"Ok sikit lagi..ooorait. dah. Ok just relax ya..." Dr Orked cuba menenangkan bila dia selesai mencucuk jarum.

Cempaka buka mata mahu melihat jarum dan tiub di tangan kirinya. Diliriknya Dr Orked yang membelek-belek kad derma darahnya.

"Wahh..dah banyak kali derma darah. Sikit lagi nak cecah 50 kali. Lepas ni dah boleh pakai kad merah ni.." Dr Orked menyeluk daripada poketnya.

"Ohh.. ada kad macam ni..?" Cempaka teruja melihat kad warna merah darah, lalu dipegangnya.

"Haah. Semua pakai sistem sekarang. Tapi untuk penderma yang dah lebih 50 kali akan dapat kad ni. Awak sikit kali lagi bolehla pakai." Dr Orked menerangkan mesra.

"Ohh macam tu.." terasa hilang debaran dengan layanan mesra Dr Orked. Disebabkan tidak ramai orang, Dr Orked duduk disebelahnya, antara dia dan seorang pakcik. Face mask ditarik sedikit ke bawah dagu.

"Eh sorry. Unikla nama awak." Dr Orked ajak bersembang.

"Ha? ahaha.. Dr pun unik jugak. kita nama bunga." Cempaka menambah.

"Ya.. kebetulan cuma satu nama. Saya Orked. Awak Cempaka. hahaha.." Dr Orked yang mudah mesra sesekali membetulkan plaster pada jarum. Manis senyumannya.

"Oh? wahh nama Dr pun cuma Orked? Klasiknya..." ketawa mereka berderai. Cempaka rasa selesa dengan wanita dihadapannya. Suatu perasaan yang sekian lama tidak dirasakannya.

"Cempaka kerja area sini ke..?" tanya Dr Orked lagi.

"Ya.. kedai kek hujung sana tu.."

"Oh.. yang viral beruang tu..?"

"Hahaha.. iye.. saya kerja situ.."

"Nanti kirim salam bear tu ye... cakap kat dia.. 'He did a fantastic job!'" Dr Orked menambah sambil mengangguk-angguk.

Cempaka senyum lembut.

'She'. 

Kata hati Cempaka yang mengagumi keindahan di hadapan matanya saat itu.


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now